Langkau ke kandungan utama

Novel Anak Cikgu Sebelah Rumah ~Penulis Sha Ibrahim~

Assalamualaikum dan Hai. Saya nak kongsi novel yang saya baca. Baru dapat 2 minggu lepas dan baru sekarang dapat bacanya. 

Novel ni tak berat emosi dan simple sangat. Comel dan sedikit kelakah. Klo di adpatasi kepada telemovie atau drama tv pun boleh kot sebab simple sangat. Langsung tak berat. 


Tajuk: Anak Cikgu Sebelah Rumah
Penulis: Sha Ibrahim
Muka surat: 636 helaian
Tahun Terbit: Ogos 2022
Kulit Belakang: Farah pernah buat kerja gila. Masuk meminang anak cikgu sendiri, merangkap jiran sebelah rumah. Lebih memalukan, pinangannya ditolak dan dia pula membawa diri ke Auckland selama empat tahun.

Balik semula ke Malaysia, Farah sekali lagi buat kerja gila. Kali ini, dia bersetuju untuk menjadi menantu bekas cikgunya itu. Kalau dulu, yang dia gilakan sangat adalah si abang. Namun, yang dia nak kahwin kali ini adalah dengan si adik, merangkap musuh sepanjang zaman.

Entah 'ubat pengasih' apa yang dihembus Hairi. Perasaan dia terhadap lelaki itu berubah mendadak. Perasan benci bertukar sayang. Dan perasan meluat yang dirasakan setiap kali memandang seraut wajah itu, bertukar menjadi suka. Malah, dia mula kenal erti rindu.

"Aku tak tahulah apa yang kau dan mandremkan aku. Ayat pengasih apa yang kau dah tiup kat aku? Apa yang aku tahu, perasan aku pada kau dan berubah. Kalau Tuhan dah tetapkan yang aku bakal isteri kau, Insya-Allah aku akan terima dan cuba yang terbaik." - FARAH

"Inya-Allah. Kita sama-sama cuba yang terbaik." - HAIRI

Itu sebelum khwin.  Selepas kahwin, lain pula jadinya. Hairi tiba-tiba berubah. Perubahan mendadak yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam benak Farah. Dia ada buat silapkah? Dia adabuat Hairi marahkah? Rasanya, mereka brkahwin atas kerelaan masing-masing. Namun, mengapa sekarang mereka seperti kena kahwin paksa. Diakah yang terpaksa? Ataupun Hairi yang sebenarnya dipaksa? Entahlah. Dia sendiri pun keliru.

Dan disebabkan itu, Farah terus-menerus buat kerja gila. Lebih parah, kali ini Hairi turut diheret sama!

"Apa kata kalau kita hidup macam dulu-dulu.  Macam sebelum kahwin. Kau dengan urusan kau. Aku dengan urusan aku. Habis cerita! Apa pendapat kau?" - FARAH

"Kau serius ke?" - HAIRI

Itu sahaja pilihan yang ada; untuk memberi ruang kepada Farah, memikirkan ke mana hala tuju perkahwinan mereka, serta mencari punca sebenar perubahan mendadak encik suami. Berjayakan Farah mengekalkan ikatan suci yang sudah termeteai itu? Apa punca sebenar perubahan Hairi? Berjayakah Farah dan Hairi mengecap bahagia?

Ulasan: Kisah Hairi dan Farah yang merupakan jiran sebelah rumah dan musuh tradisi. Kedua-dua keluarga itu berkawan baik malahan berniat mahu satukan keluarga. Keluarga Hairi yang terdiri daripada Papa (Encik Hashim) dan Mama (Puan Zaharah) merupakan cikgu sekolah, dan mereka punya 2 orang anak iaitu Qal dan Hairi. Kedua² adik beradik tak rapat dan kadang-kadang bergaduh adik beradik. Manakala keluarga Farah terdiri daripada Ayah (Encik Falah) dan Ummi (Puan Aziyah) punya 3 orang anak perempuan. 2 darinya dah berkahwin manakala Farah, anak bongsu keluarga itu. Hairi pun sama merupakan anak bongsu. 

Selepas 4 tahun melanjutkan pelajaran di luar negara, Farah balik dengan penampilan yang baru. Cuma perangai masih sama tapi versi sopan. Sebab dia dah berumur 30 tahun, jadi topik kahwin ni selalu didengarkan oleh mak dia. Sama dengan kes Hairi, umur dia 32 tahun jadi mama dia dah kenalkan banyak calon, seperti biasa Hairi reject sebab tak sesuai. Akhirnya Puan Zaharah menyuarakan calon sebelah rumah iaitu Farah. Hairi tak reject kali ni tapi dia minta untuk selesaikan. Sebab dia tak nak kahwin paksa. Lagipun Farah merupakan Cinta Pertama dia, jadi dia nak melamar Farah dengan cara dia. 

Farah pula makin lama makin dia rasa Hairi ni seorang lelaki yang menarik dan baik. Pendek cerita dia calon suami yang sempurna. Sepanjang 4 tahun dia tak ada, Hairi sangat rapat dengan keluarganya. Apabila Hairi menyuarakan hasratnya mahu berkahwin dengan Farah, Farah mengambil masa yang lama untuk setuju. Sekeliling mereka macam tak percaya dan masih perjudis sebab dulu Farah sangat suka dengan Qal sampai sanggup melamarnya. Malahan Hairi pun masih curiga sebab takut Farah masih sayang abangnya walaupun dia sangat-sangat suka Farah. Qal pula terus menerus provosi Hairi sebab bagi dia Farah tak sesuai dengan Hairi. Natalia, sepupu Qal dan Hairi pun menunjukkan rasa tak sukanya pada Farah sejak meraka berjumpa di zaman remaja. Bekas calon isteri Hairi, Marlia pun menunjukkan tak puas hati. Walapun Hairi reject dia dengan baik tapi Marlia tak putus asa untuk mengambil hati Hairi. 

Mereka bertunang dulu dan diduga bermacam-macam tapi mereka tetap bersama. Gaduh Baik Gaduh Baik akhirnya mereka berkahwin. Akan tapi Hairi menjarakkan diri dari Farah. Semakin lama, hubungan mereka tak macam orang dah berkahwin. Tidur asing, selalu bertegak macam dulu- dulu. Puas Farah fikir apa salahnya, Hairi tetap macam tu walaupun Hairi ucapkan dia sangat cintai Farah. 

Akhirnya, hubungan mereka diketahui oleh Puan Zaharah, membuatkan keluarga Hairi bersedih. Hairi tertekan dan Farah malu, dalam proses untuk menjernihkan kembali hubungan Hairi dan Farah dengan tiba-tiba Puan Zaharah kemalangan. Hairi meyalahkan Farah kerana dia fikir Farah keras kepala yang membuat mamanya kemalangan. Farah sedih tapi dia tetap pertahankan rumah tangga dia walaupun Hairi terus menerus membencinya. Akhirnya kebenaran terbukti, dan mereka kembali bersama. Mereka hidup bahagia dengan Avengers. 

Ada watak yang tiba-tiba di matikan begitu sahaya seperti Firdaus, Marlia, Rosman, Kak Ngah dan Kak long. Watak mereka tu klo tak wujud pun tak apa tapi dah wujud saya mengharapkan perkara yang menoktahkannya bukan hilang bergitu membuat saya tertanya-tanya apa jadi. Malahkan rancangan jahat Natatia macam ta ada balasan sebab dia hilang begitu juga. Tapi tengokkan watak utama, Hairi dan Farah mereka memang Sweet Couple walapun permulaan musuh tang tang. 

Saya suka ayat dalam novel ini:-

"Tapi Ayie kena ingat, perempuan ni..."
"Ya, tahu... mama selalu cakap, Perempuan ni hatinya lembut. Sekasar mana pun seseorang perempuan tu, hati dia tetap hati perempuan. Perempuan ni memang dijadikan untuk lelaki. Pendamping kaun Adam. Dan lelaki pula kena layan perempuan tu sebaik mungkin. Wanita tu untuk dimanja, untuk disayangi bukan untuk dijadikan pemuas nanfsu semata-mata. Ya, ma. Ayie ingat pesanan mama tu sampai sekarang. - muka surat 79

"Jangan ajar hati kau untuk curiga. Curiga ni ibarat virus. Sekali ia menapak dalam hati, kau kena hati-hati. Jangan sesekali biarkan ia menyerang. Dan jangan juga biarkan ia tular sampai jadi satu wabak. Nanti, sukar untuk kau cari penawarnya." bersahaja Farah menjawab walaupun jari masih menari di atas skrin telefon di hadapanya. - muka surat 191

Banyak moral dan pembelajaran hidup saya dapat dalam novel ini walaupun semua tu fantasi semata-mata. Harus ingat ambil moral baik dan buang yang buruk dan berusaha menjadi yang lebih baik. 

Rating: 5/5 bintang!

JUMPA LAGI! 

Ulasan