Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Novel Taranum Lelaki Rambut Perang ~Penulis Usako Princessz~

Belakang Buku~ Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan. Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati. "Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau

Novel Cik Buah Hati Encik Sendu ~Penulis Airisz~

Belakang Buku~ Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik. Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya. Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini. Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di sisi. Aku ingin terus hidup! Lebih menyedihkan, keadaan hidup kami yang susah langsung tak dipeduli

Novel Miss Ducati ~Penulis Sufea Hareez~

Belakang Buku ~ “You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman. Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati.  Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan. Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati. “Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila. “Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman. “Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila. “Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman. Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya. “Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.

Ebook Di Penjara Daisy ~Penulis Amwa~

BLURB~ Kejadian semalam betul-betul membuatkan aku jatuh pada dasar yang paling gelap. Perigi tanpa siapa, tanpa air, tanpa tali dan tersembunyi di hutan yang paling dalam. Kosong dan menakutkan. Buat seketika, hidup aku rasa tiada punca. Aku mungkin dikelilingi oleh manusia tetapi melihat tubuh Rafeal yang kaku menjadikan aku seperti manusia terakhir di dunia. Aku keseorangan. Aku nekad mahu ikut dia, kemana saja dia pergi. Aku mahu tinggalkan jasad kami dan lahir untuk bersama dia lagi. Aku mahu cintakan dia sehingga ke alam abadi. Ulasan~ Daisy dan Rafeal Teo, seriously saya suka watak mereka. Ok cerita ni lebih kepada open relationship. Seperti kata Mary, kak Rafeal "FWB" - friend with benefits.  Rafeal Teo dan Daisy mempunyai mental problems, sebab tu mereka rapat walaupun first time kenal. Dua² kesunyian sebab tu perfect. Rafeal digambarkan orang kaya manakala Daisy doktor gigi. Daisy mempunyai sejarah yang membuatkan dia membenci relationship, perkahwinan d

Novel Gadis Kepunyaan Tuan Arman ~Penulis Suci Hidayat~

Belakang Buku ~ “Tuan kata saya cuma perlu jadi teman Tuan kan? Teman minum. Teman makan. Teman keluar. Takkan lebih dari itu kan?” - ARMEL NUR NERINNA. "Ya. Jadi teman I. Teman I makan. Teman I minum. Teman I keluar. Tapi... What if... I nak lebih dari itu?" - TUAN NOAH ARMAN. Kemelut ringgit satu demi satu datang menghimpit. Malah situasi Armel semakin terbelit apabila ianya melibatkan orang yang paling Armel sayang. Membuatkan Armel berada dalam situasi yang maha menjerut. Membuatkan Armel tak punya pilihan lain, selain dari menyerah. Dan sangka Armel itulah permulaan titik hitam dalam hidup Armel menjadi perempuan simpanan kepada seorang yang dipanggil sugar daddy. "Ini yang tuan nak kan? Ambillah. Ambil semua." "Memang ini antara yang I nak dari you. Tapi bukan dengan cara macam ni." Tapi tidak. Segalanya berbeza. Tuan Noah Arman yang Armel sangka adalah lelaki perosak, pemusnah, dan peragut sebuah kesucian, tampil menjadi lelaki oenyelam

Ebook Mula Semula ~Penulis Amwa~

BLURB:- Estella dan Adam. Pasangan ideal. Wanita feminis dan lelaki menolak patriarkis. Tiada siapa pun percaya bahawa mereka bernikah kerana terpaksa. Tiada siapa bakal percaya jika mereka berkata yang mereka tidak pernah bercinta atau jatuh cinta selama bersama. Dan tiada sesiapa pun yang mahu percaya tentang kehidupan sebenar mereka. Estella pejuang hak wanita. Bebas adalah slogannya. Merdeka adalah cita-citanya. Namun, kejadian lima tahun lalu telah mengunci segala haluan pilihannya. Dia terkurung memegang gelaran isteri. Isteri kepada seorang lelaki idaman para gadis. "Divorcing now will not do us any good, Stella. Trust me. I need you and you, me. Kita bahagia bersama-sama, Stella. I don't need anything else, but you as my company." Adam punya segalanya. Petik jari, semua datang membida. Terlalu tinggi harganya. Rupa, wang, kerjaya, semuanya milik dia. Namun, tidak hati Stella. "Kiss me, Adam. I miss your lips." "You are behaving like you