Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Novel Sayang Yang Tak Terungkap

Tajuk: SAYANG YANG TAK TERUNGKAP Penulis: MUHARIKAH Harga: RM32 Sinopsis: “Iman, please stay. You don’t have to do this to me!” “I have to leave. Until you can explain everything to me.” ***  Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi.  Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut. Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara.  “Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?” Mampukah keperc

Novel S.K.Y

Tajuk : S.K.Y Penulis: Fiy Suri Harga: RM28 Sinopsis: Pekak. Socially anxious. Anak yatim.  Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.  Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi. “Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...” Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari? Teaser: BAB 1 - Februari - Singing Store, Bangsar Village II   Sementara menunggu ketibaan orang itu, Nur Syakirah menconteng pada resit  Starbucks. Seperti contengan tanpa tujuan pada kertas itu, fikirannya juga diconteng dengan pelbagai kemungkinan negatif dek pertemuan hari ini. Ikutkan hati, mahu

Senaskhah Hidup

Tajuk: Senaskhah Hidup Penulis: Azzah AR Harga: RM29 Sinopsis: Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza. Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata. Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan. Review: Alhamdulillah dapat baca dalam 1 hari walaupun ada part² saya terpaksa berhenti sebab tak boleh nak hadam huhu. So far ok la novel ni. Buat drama pun bagus juga cerita ni. Cerita real walaupun susunan tu

Novel Ekspres Jupiter

Tajuk: EKSPRESS JUPITER Penulis: RILEY FIZAN Harga: RM29 Sinopsis: "Selamat datang ke Ekspres Jupiter." Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup. Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter. Dia hanya mahu menjadi lebih kuat! "Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter." Teaser:  #1 - "Okey, kapten!" Terbata-bata Teja melihat lelaki redah yang dipanggil Aranzi tadi menonong ke arahnya. Sementara individu yang langsung terlindung wajahnya dan dibahasakan Aranzi sebagai kapten tadi kembali menumpukan perhatian mengemundi stereng. Bertambah bingung dia apabila Aranzi mahu memegang lengannya. Pantas Teja menarik lengan kirinya itu sebelum berdesir kesaki