Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Sweet Sour

Tajuk: Sweet Sour Penulis: Nasz Harga: RM11.20 (Google Book) Sinopsis: A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul “Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.” “Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap. “Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia. “Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri. Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula. “Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi. Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan! B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul “Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni. “What?” aku terjerit di situ. “Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi. “Okey... saya bayar!” Aku jeling dia. Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni! * * * Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat ber

Hero Untuk Jiyan

Tajuk: Hero Untuk Jiyan Penulis: Yumi Hyra Harga: RM35 Sinopsis:  Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan. Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga. "Awak cari apa lama sangat tu?" ~Han "Cari perhatian awak." ~Jiyan  Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. "Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~Jiyan "Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia." ~Han Hati Jiyan masih berdeba

Bitter Honey

Tajuk: Bitter Honey  Penulis: Seri Maya Harga: RM29 Sinopsis :  Nurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya. Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar. Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan. Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri men

SI MANGKUK TINGKAT

Tajuk: Si Mangkuk Tingkat (Edisi Khas) Penulis: Faziela Harga: RM36 Sinopsis:   Impiannya satu dalam seribu. “Nampak tak apa yang aku nampak, ni?” Huh? “Budak perempuan tu.” “Yang tadi? Jadi?” “Dia pakai baju kurung la.” Eh, haah la! “Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil, kan?” Senyap. “Kau nampak benda yang dia bawa tadi?” Geleng. “Mangkuk tingkat.” Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan. Sreeeeet! Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni??? “Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?” “Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir. “Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.” Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka. Adakah bahagia milik mereka, buat selamanya? Review: Si Mangku