Sweet Sour

Tajuk: Sweet Sour

Penulis: Nasz

Harga: RM11.20 (Google Book)

Sinopsis: A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Review:  Dah lama cari novel ni. Secondhand pun tak ada jumpa. Akhirnya dapat juga baca dalam google book/play books. Apa lagi marathon la membacanya. 

Lia sebenarnya bercinta/ berkawan dengan Zarul. Selama 7 tahun mereka bersama², tiba Zarul bagi kad perkahwinan. Lia frust sebab dia ingat Zarul cintakan dia sama macam dia cintakan Zarul. Zarul pula buat macam tak ada apa² menyebabkan Lia yang kepala ting tong terima pinangan Joe aka abang Zarul. Mula² Lia macam tak percaya dia akan bertunang dengan Joe siap jumpa untuk batalkan sebab tahu Joe ni playboy tapi Joe cakap dia tak kisah kahwin dgn Lia jadi mereka pun berkahwin. 

Lia masih tak boleh lupakan Zarul. Zarul versi lepas kahwin sangat pelik sampai ajak lari tapi Lia still dengan Joe. Joe pula macam misi bercinta dengan Lia. Akhirnya Lia dapat terima Joe selepas banyak halangan yang berlaku. 

Lia ni perempuan yang buntal. Dia setia dengan Zarul sebab dia cintakan Zarul. Tapi takdirnya berkahwin dengan abang Zarul, si Joe. Mula² Lia susah nak terima Joe, sebab tu Lia macam berskandal dengan Zarul. Yang pelik bini Zarul relex je tak ada pergi serang Lia ni. Yang serang Lia ni skandal orang lain haha. Lama² baru Lia sedar yang di sayang dengn Joe. Jadi dia kembali ada Joe.

Joe seorng lelaki playboy dengan gaya yang prefect. Punya banyak teman wanita sampai dia jumpa Lia, girl yang terlupa pertemuan dengn dia. 5 kali berturut² membuatkan Joe terus jatuh cinta dan mahu bersama dengan Lia. Mula² dia giveup sebab Lia tu girlfriend adik dia. Tapi dia mahu mencuba dah akhirnya takdir menyebelahi dia walaupun guna taktik kotor. 

Sepanjang baca novel ni, memang suka sangat cara Joe layan Lia. Sweet sangat macam tak tahu tapi pasti wujud cuma Joe ni versi playboy yang insaf manakala cara Lia masih terfikir dan tercari. Sour bila masing² ego walaupun sebenarnya suka.

Zarul, dia memang menepati lelaki idaman yang boleh buat stok husband tapi sayangnya dia tak tetap pendirian dan mudah percaya. Klo la dia yakin.. pasti jodoh dia dengan Lia. 

Pss:: dengar² ada novel remark ni keluar bulan 8... Jom beli!!!  

Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐/5


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~