Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Novel Cik Isteri Dan Encik Suami ~Penulis Airisz~

Tajuk: Cik Isteri Dan Encik Suami  Penulis: Airisz Rating: ⭐⭐⭐⭐ Ulasan: Fia janda kepada Hud, bos bahagian tempat kerja. Hud dan Fia selalu bergaduh².. Hud dengan tindakan mahu dekat dengan Fia manakala Fia mahu jauh dari Hud, jadi selalu la berperang walaupun orang sekeliling tak perasan.  Disebabkan nenek Fia, mereka berkahwin kembali. Tapi Fia letakkan banyak syarat dan kali ni Hud setuju untuk semua. Mereka berkahwin tapi di tempat kerja mereka buat² tak kenal. Bagi Fia, dia mahu berkerja dan tak nak kembali macam dulu².  Di tempat kerja, Cik Aida dari sebelum berkahwin cuba nak dekat dengan Hud tapi sampai dah berkahwin Hud tetap pilih bekas isterinya. Yang bagusnya tempat kerja mereka tak tahu yang sebenarnya Fia ni bekas isteri Hud. Sampai Cik Aida ni fitnah Hud, Hud digantung kerja. Fia masih kerja di tempat sama dan Hud kerja di tempat lain. Mereka jalani hidup suami isteri yang normal bukn macam perkahwinan pertama.  Novel ni banyak pasal suami isteri. Tolak ansur

Novel Cik Cally Lily Dan Encik Bos ~Penulis Airisz~

Selamat Tahun Baru 2023 Tajuk: Cik Cally Lily Dan Encik Bos Penulis: Airisz Rating: ⭐⭐ Ulasan: Chinta Adara aka Cik Ta, gadis berumur 26 tahun dan katanya anakdara tua?? Cik Ta ni lantang bersuara dan kerja di bahagian kewangan. Hidup dia start kacau bilau lepas balik dari team building di Janda Baik. Ada secret admirer kirim calla lily dengan tulisan ' TUNGGU ABANG'.  Mak Cik Ta jodoh kan dia dengan anak kawannya. Cik Ta setuju la. Walaupun Cik Ta tak suka tapi akhirnya dia berkahwin dengan Fahrain. Banyak yang dia tak tahu pasal Fahrain.. mula² duda sebab isterinya, sepupu keluarga itu curang, anak pungutan sebab tu nenek family itu tak suka Fahrain dan pengurus besar syarikat Cik Ta berkerja. Dan yang selalu Cik Ta dapat bunga itu sebab Fahrain la.  Novel ni so-so la. Nasib baik nipis sekejap la bacanya.