Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Novel Adanya Engkau ~Penulis Ieya Sya~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca. Tajuk Adanya Engkau penulis Ieya Sya. Bagi saya novel ni memang toxic . Semua aura negative sampai saya rasa sedih dah lelah. Menyerap aura negative memang menyakitkan. Derita Naura lepas kematian anak saudara dia, membuatkan Naura jadi pasif. Naura bertemu dengan bakal calon suaminya, Karl selepas dipaksa oleh ibunya. Karl pun memang anggap Naura seperti perempuan lain, jadi dia memang menolak perjodohan ini.  Tapi 5 hari mereka bercuti bersama², Karl mula melihat Naura dari sudut yang berbeza. Lepas percutian itu, Karl bersetuju berjodoh dengan Naura tapi Naura menolak. Mereka berjumpa berkali² secara kebetulan dan berbincang dan akhirnya Naura bersetuju untuk berkahwin. Seperti pasangan berkahwin yang lain, mereka cuba berlajar menerima masing². Bercerita kisah masing² sampai kekasih lama Karl, Fara kembali mahu Karl. Naura pula bergeluk t dengan perasan rendah diri dan permikiran negative. Orang sekeliling m

Novel Kupilih Cintamu, Sayang ~Penulis Cik Tet~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Kupilih Cintamu, Sayang , penulis Cik Tet .  Pendapat peribadi: Bermula dari darjat, Tengku Rizki suka menghina² Naura. Tak tahu apa masalah Tengku Rizki sampai dia ajak kahwin! Hanya sebab nak elakkan saman Naura pun setuju untuk berkahwin dengan Tengku Rizki tanpa pengetahuan keluarga Tengku. Kiranya Naura jadi isteri rahsia la.  Bila dah kahwin, memang Tengku layan Naura sebagai isteri la. Naura oula dengan sikap waspada, rendah diri dan macam² dia fikir. Maklum laa, dia anak tak tahu asal usul. Ada keluarga angkat tapi mereka layan macam irang luar. Selalu minta duit. Muncul Lara, bakal isteri Tengku Rizki yng diperkenalkan oleh ibu Tengku, Puan Nisa. Lagi sadis PA Tengku Rizki pun tak suka Naura (Zira fikir lelaki tu sotong sebab suka sangat muncung mulut hahaha). Disebabkan Tengku Rizki mungkir janji, Naura bawa diri pergi kuantan. Kebetulan rakan sekerja, Fazran nak kahwin. Bila duk sana, rupanya Pua

Novel Seteguh Fiyqa ~Penulis Hanina Abdullah~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Seteguh Fiyqah karya Hanina Abdullah .  Fiyqah menyelamatkan kawan baik dia, Dzahim dari mangsa dipukul oleh samseng. Jadi Fiyqah menelefon salah seorang ahli keluarga Dzahim untuk bagitahu keadaan Dzahim yang cerdera parah di hospital. Dari situ, Dzariff sebagai abang sulung terus mengawal Fiyqah disebabkan dia bakal menjadi manga selepas menyelamatkan Dzahim. Bermulalah kehidupan Fiyqah dari sebantang kara kepada mempunyai keluarga. Fiyqah mengelar Dzariff dari jeneral kepada jeneral sengal kena kawalan Dzariff sangat ketat bagi Fiyqah. Lama kelamaan Dzariff menyukai Fiqah. Fiqah pun dalam diam suka dengan Dzariff disebabkan lesung pipi. First dating diaorg kat cameron highland. Rahsia yang Fiyqah nak sorokkan terbongkar bila Fiyqah mahu keluar dari keluarga Dzariff iaitu dia anak tiri Dato. Mak dia jadi bini no 3, disebabkan itu dia hidup menyendiri disebabkan malu. Sedangkan hakikatnya sebaliknya. Dzar

Novel Bagaikan Angin ~Naniey TJ~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca.  Tahun Terbit: 2022 Jadul:  Bagaikan Angin Nama Pengarang:  Naniey TJ Penerbit:  Anaasa Publication  Bil. M/S Buku:  525 Helai Belakang Buku:     Pertemuan antara Dhia Sofia dan Syed Shameer terjadi saat dirinya hilang tempat bergantung. Di ugut dan di ganggu setiap hari oleh Luqman yang tamakkan harta membuatkan dia nekad menerima Syed Shameer sebagai pelindungnya.  “kita bukannya kahwin kontrak, kita kahwin sebab kita sama-sama mahukan perkahwinan ni. You patut layan I selayaknya sebagai suami you” Shameer.  Tak kenal maka tak cinta, namun saat perasaan sayang mula bercambah dalam perkahwinan mereka, muncul Syed Shahir membongkarkan rahsia terbesar Syed Shameer. Hancur hati Dhia Sofia saat mengetahui dia sedang berkongsi kasih dengan model dan pelakon terkenal, Indah Karmila. Lebih memilukan dia hanyalah isteri simpanan Syed Shameer. “menunaikan amanat tak beerti awak boleh tipu saya macam ni. Selama ni awak tak ikhlas. awak buat seb

Novel Teduhan Kasih ~Penulis Marissa~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2013 Jadul:  Teduhan Kasih Nama Pengarang:  Marissa Penerbit:  Karya Seni Bil. M/S Buku:  575 Helai Belakang Buku:     "Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL. Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam. "Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun aba

Novel Tangisan Berapi ~Penulis Ameen Typewriter~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Dapat habiskan novel Tangisan Berapi ini. Memang orang berdendam boleh menciptakan seekor raksasa kan? Walaupun perit untuk memaafkan tapi tu la balasan yang terindah klo dapat buat. Nasib baik dapat habiskan dalam masa 1 hari.  Tahun Terbit: 2022 Jadul:  Tangisan Berapi Nama Pengarang:  Ameen Typewriter  Penerbit:  Menara Seni Bil. M/S Buku:  392 Helai Belakang Buku:     Enam remaja berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun akan dihadapakan ke mahkamah atas kesalahan membakar asrama Sekolah Sukan Islam Bandar Anggerik sehingga menyebabkan kematian seramai 25 orang pelajar.  5 tahun kemudian, enam suspek itu bakal dibicarakan untuk kes berkenanan. Walaubagaimanapun, sesuatu yng dahsyat telah berlaku. Trak polis serta beberapa buah kereta yang mengiringi perjalanan mereka telah diserang oleh sebuah kumpulan yang tidak dikenali. Enam suspek itu kemudiannya dilarikan. Oleh kumpulan berkenanan.  Kegembiraan yang disangka, rupanya menjadi sebali

Ebook Kau Masihku Cintai ~Penulis Zati Mohd~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Gigih membaca sebab dah lama beli (ok banyak pending tak baca ebook huhuhu...) Tahun Terbit: 1990 Jadul:  KAU MASIHKU CINTAI  Nama Pengarang:  Zati Mohd Penerbit:  Penerbitan Kejou Book  Bil. M/S Buku:  325 Helai Blurb:    -Tiada- Rumusan: Kisah kembar menolong kembarnya yang kejar cita-cita. Atikah minta tolong Farah jadi penganti dalam majlis pertunangan sebab dia dapat tawaran jadi model di Turki. Farah setuju, tiba² nak berkahwin dalam masa sebulan selepas pertunangan. Jadi Farah bagitahu Hadi sebenarnya. Dan Hadi suruh dia bertanggungjawab atau dia saman malu. So farah ni pun berkorban la dengan syarat Atikah tak tahu hal ni. Jadi mereka pun berkahwin dengan syarat tanpa hebahan. Farah ni masih berlajar Master so dia buat part time kerja dengan Hadi. Sepanjang perkahwinan Hadi dan Farah, mereka  tertarik satu sama lain. Kemunculan Atikah membuatkan Farah berbelah bagi sama ada nak teruskan atau pulang kan kembali. Atikah dapat tahu

Novel Dia Yang Setia ~Penulis Tiara Adni~

Hai. Nak kongsi novel heronya orang tua, kawan pada ayahnya. Sweet tau 🤣 Tahun Terbit: 2021 Jadul: Dia Yang Setia Nama Pengarang: Tiara Adni Penerbit: Tengku FRS Publication  Bil. M/S Buku: 408 Helai Belakang Buku:    Menjaga sekeping hati yang teruk dilukai bapa kandung sendiri bukannya perkara mudah. Hasbiey Warith rela mengenepikan kebahagiaan diri sendiri yang tidak berkahwin semata-mata untuk mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada gadis bernama Syumairah Adelia.  Syumairah merupakan anak sahabat baik merangkap jiran belakang rumahnya, Rafizi. Semenjak kecil, Syumairah sudah dipulaukan oleh Rafizi. Kasih sayang buat anak gadis sulungnya dinafikan kerana tidak dapat menerima kenyataan apabila isteri tercinta pergi mengadap Ilahi sewaktu melahirkan anak sulung mereka itu. Padahal itu semua ketentuan takdir, bukan kehendak Syumairah sendiri.  Di sini Hasbiey memainkan peranan dalam mengubati sekeping hati itu. Semenjak kecil, dia yang akan selalu ada untuk Syumairah. S

Novel When Julia Meets Ghazi ~Penulis April Snow~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2021 Jadul: When Julia Meets Ghazi Nama Pengarang: April Snow Penerbit: Teratak Kasih Publication  Bil. M/S Buku: 193 Helai Belakang Buku:    Julia. Dia pernah bahagia sebagai isteri. Ada suami tercinta. Anak-anak yang comel. Namun kecurangan suami yang bermain asmara dengan klien sendiri merentap segalanya. Julia undur diri. Enggan bermadu. Tahu suami takkan mampu menjunjing adil.  Ghazi. Penuh aura seorang lelaki gilaan para Hawa. Penuh rahsia. Misteri. Tapi dia sungguhlah handsome namatee!! Satu insiden malang mencipta pertemuan manis tak terduga antara mereka. "Nama penuh I, Julia. Julia binti Raslan. Jue tu nama panggilan." "I see. Nice meeting you, Julia." "Nice meeting you too, encik. Nama encik apa ya? Takkan nak panggil encik tak tahu nama. " "Just call me Ghazi." Dan pertemuan itu bukan yang pertama dan terakhir.

Novel Aidilfitri Tanpamu Sayang ~Penulis Mia Kiff~

Hai semua. Tahun ni saya rasa macam tahun membaca. Gila banyak novel saya beli dan pinjam (thanks to kiki and lala bagi pinjam banyak² novel 🤣🤣🤣) tugu masa nak baca jer. Tapi tahun ni banyak saya beli novel melayu yang jenis KRT (Kisah Rumah Tangga). Banyak sangat baca dalam facebook dah berjangkit² ikut serta sumpah serah hahaha 🤣.  Tahun Terbit: 2022 Jadul: Aidilfitri Tanpamu Sayang Nama Pengarang: Mia Kiff Penerbit: Mia Kiff Enterprise  Bil. M/S Buku: 393 Helai Belakang Buku:    Hampir 5 tahun Misha berkahwin dengan Arshad namun tak oernaj sekalipim Arshad mahu pulang beraya ke rumah orang tuanya. Asyik beraya di rumah mentuanya saja. Dek kerana rindu yanh tak tertahan. Misha cuba berkeras dan bertegas pada tahun ini, kerana dia sangat rindu kampung halaman. Namun, lafaz taklik telah dilafazkan oleh Arshad, membuatkan Misha tak boleh pulang beraya pada hari pertama buat selamanya jika ingin kekal dengan perkahwinan ini. "Kita balik raua kedua ya? Abang janji, lepas ini seti

Novel Fiksyen ~Penulis Jiyan~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2022 Jadul: Fiksyen  Nama Pengarang: Jiyan Penerbit: Jemari Gemok Publication  Bil. M/S Buku: 405 Helai Belakang Buku:    Kisah Jirey dan Dhir bermula dengan pandang pertama. "Awak pernah dengar tentang love at the first sight?" - Jirey Meet Jirey. Si Nation's Most Eligible Bachelor yang cerita hidupnya bagaikan fiksyen. Matlamatnya hanya satu; nak menyakinkan Dhir bahawa cintanya kepada gadis itu bukan fiksyen. Kata Jirey, dia dah jatuh cinta pandang pertama kat Dhir. Pft! Cinta pandang pertamalah sangat. Jangan harap Dhir nak oercaya! Bagi Dhir, Jirey itu hanyalah lelaki fiksyen yang muncul tiba-tiba dan buat hidup Dhir jadi huru-hara. Cuma sebab nak selamatkah 'Kwangsoo', Dhir terpaksa akur untuk terikat dengan lelaki itu. "Tadi suka, sekarang dah cinta pulak?" - Dhir "But honey... love and like can come together." - J