Novel Tangisan Berapi ~Penulis Ameen Typewriter~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Dapat habiskan novel Tangisan Berapi ini. Memang orang berdendam boleh menciptakan seekor raksasa kan? Walaupun perit untuk memaafkan tapi tu la balasan yang terindah klo dapat buat. Nasib baik dapat habiskan dalam masa 1 hari.
Tahun Terbit: 2022
Jadul: Tangisan Berapi
Nama Pengarang: Ameen Typewriter
Penerbit: Menara Seni
Bil. M/S Buku: 392 Helai
Belakang Buku:
Enam remaja berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun akan dihadapakan ke mahkamah atas kesalahan membakar asrama Sekolah Sukan Islam Bandar Anggerik sehingga menyebabkan kematian seramai 25 orang pelajar.
5 tahun kemudian, enam suspek itu bakal dibicarakan untuk kes berkenanan. Walaubagaimanapun, sesuatu yng dahsyat telah berlaku.
Trak polis serta beberapa buah kereta yang mengiringi perjalanan mereka telah diserang oleh sebuah kumpulan yang tidak dikenali. Enam suspek itu kemudiannya dilarikan. Oleh kumpulan berkenanan.
Kegembiraan yang disangka, rupanya menjadi sebaliknya. Di dalam tahan kumpulan itu, enam suspek berkenanan diseksa sehingga mati seorang demi seorang.
Rumusan:
Kisah dendam keluarga mangsa kebakaran sekolah yang berlaku 5 tahun dahulu. Selepas 5 tahun, kumpulan yang ditubuhkan diberi nama Black Dahlia Murder bagi misi membalas dendam punca kebakaran itu. Mereka menyerang hendap untuk melarikan suspek kebakaran sekolah. Selepas mereka berjaya, mereka menyeksa 1 per 1 suspek itu. Memang ngeri lagi sadis. Dan dalang kumpulan Black Dahlia Murder ialah seorang yang berpangkat Datuk! Akhirnya... bagaikan semua itu sebenarnya mimpi??? 25 orang mangsa tu bukan pelajar sahaja tau.. sekali dengan 3 warden. Ada pelajar yang terselamat, jadi 4 orang yang pelajar terselamat itu masuk kumpulan itu untuk balas dendam. Ada yang terlepas dari serbuan polis tapi macam tergantung cerita bagi yang terlepas itu. Macam ada tak kena je. Baca elok² dan fahami angka² dalam ini. (Sebab saya pun keliru juga) Ada banyak kesilapan plot cerita itu. Tapi dapat faham dengan mudah mybe masa menulis itu tersalah rangka atau perkataan kot. Novel ni banyak kesalahan dari segi nama sebagai contoh Muhd Helmi Bin Agus (m/s 259) = Muhd Helmi Bin Johari (m/s 383) dan hukuman sebagai contoh datuk dihukum penjara seumur hidup (m/s 382) tapi (m/s 383) kata hukuman gantung? Keliru.. yes banyak. Ada banyak watak dalam cerita ini jadi agak serabut jadi saya akan highlights untuk bagi tersusun. Novel ni macam puzzle 500 keping. Apa² pun best novel ni. Enjoy baca setiap bab. Balas dendam, seksa tawanan dan kesedihan akibat trauma kehilangan anak atau cucu kesayangan, telah menciptakan dendam yang tiada kesudahan. Menghilangkan kewarasan seorang itu. Sepatutnya, biar lah undang² yang membalasnya walaupun tak memihak pada kita. Tapi yela.. cakap senang tapi nak buat susah kan...
Ulasan