Langkau ke kandungan utama

Novel When Julia Meets Ghazi ~Penulis April Snow~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 

Tahun Terbit: 2021
Jadul: When Julia Meets Ghazi
Nama Pengarang: April Snow
Penerbit: Teratak Kasih Publication 
Bil. M/S Buku: 193 Helai

Belakang Buku:   
Julia. Dia pernah bahagia sebagai isteri. Ada suami tercinta. Anak-anak yang comel. Namun kecurangan suami yang bermain asmara dengan klien sendiri merentap segalanya. Julia undur diri. Enggan bermadu. Tahu suami takkan mampu menjunjing adil. 
Ghazi. Penuh aura seorang lelaki gilaan para Hawa. Penuh rahsia. Misteri. Tapi dia sungguhlah handsome namatee!!
Satu insiden malang mencipta pertemuan manis tak terduga antara mereka.
"Nama penuh I, Julia. Julia binti Raslan. Jue tu nama panggilan."
"I see. Nice meeting you, Julia."
"Nice meeting you too, encik. Nama encik apa ya? Takkan nak panggil encik tak tahu nama. "
"Just call me Ghazi."
Dan pertemuan itu bukan yang pertama dan terakhir. Pertemuan demi pertemuan tercipta. Persona Ghazi mudah sahaja menawan hati anak-anak Julia. Hati dan jiwa Julia ikut terbuai. Namun snagsi masih tertakta. Sakit dahulu tak mukin terulang. 
"I tak mahu ambil risiko. Hati i belum terbuka untuk cari pengganti." - Julia
"I ikhlas, Julia. Jom, kita bina masa depan bersama." - Ghazi
Pengakuan Ghazi yang terlalu mendadak buat Julia menggelabahm puas elak dan tepis, namun bijak disanggah Ghazi yang enggan melepaskan Julia yang sudah menciri hatinya. 
"Julia...will you give me a chance?" - Ghazi
"I tak kenal you soapa, Ghazim nak bagi peluang macam mana? You tell me." - Julia
Kala segalanya hampir pasti, kemunculan bekas suami Julia dengan satu permintaan yang tak sangka-sangka menghuru-harakan seglanya. Akan terciptakah bahagia antara Julia dan Ghazi? 

Rumusan:
Kisah Julia diceraikan oleh suaminya. Julia mempunyai 2 orang anak. Selepas diceraikan, Julia dihalau keluar oleh bekas suaminya. Julia berkerja untuk keluarga kecilnya. Pada suatu hari kereta dia rosak, kebetulan Ghazi ada, dia hulur la bantuan. Dari situ mereka berkawan². Selepas 1 tahun setengah, ex husband julia datang nak tuntut hak perjagaan anak. Sebab isteri baru tak boleh mengandung. Wah muka banyak cantik.. amboii.. siap nak ambil peguam. Jadi Ghazi pun melamar Julia. 

Every ending is a new Beginning. 

Kisahnya pendek sangat. Rasa geram dengan ex husband walaupun watak tu sekejap timbul. Seorang penting diri! Ghazi seorang lelaki yang baik. Dah la kaya. Ciri² suami idaman tau haha. Bila habis baca, rasa nak tahu apa sambungannya.......

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan