Novel Seteguh Fiyqa ~Penulis Hanina Abdullah~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Seteguh Fiyqah karya Hanina Abdullah

Fiyqah menyelamatkan kawan baik dia, Dzahim dari mangsa dipukul oleh samseng. Jadi Fiyqah menelefon salah seorang ahli keluarga Dzahim untuk bagitahu keadaan Dzahim yang cerdera parah di hospital. Dari situ, Dzariff sebagai abang sulung terus mengawal Fiyqah disebabkan dia bakal menjadi manga selepas menyelamatkan Dzahim. Bermulalah kehidupan Fiyqah dari sebantang kara kepada mempunyai keluarga. Fiyqah mengelar Dzariff dari jeneral kepada jeneral sengal kena kawalan Dzariff sangat ketat bagi Fiyqah. Lama kelamaan Dzariff menyukai Fiqah. Fiqah pun dalam diam suka dengan Dzariff disebabkan lesung pipi. First dating diaorg kat cameron highland. Rahsia yang Fiyqah nak sorokkan terbongkar bila Fiyqah mahu keluar dari keluarga Dzariff iaitu dia anak tiri Dato. Mak dia jadi bini no 3, disebabkan itu dia hidup menyendiri disebabkan malu. Sedangkan hakikatnya sebaliknya. Dzariff pun merisik Fiyqah menyebabkan semua orang terkejut. Fiqah dan Dzariff ni macam anjing dengan kucing, asyik nak bertengkar jer. Selepas mengambil masa yang lama, Fiqah setuju untuk jadi isteri Dzariff. Mereka pun berkahwin selepas bertunang dalam 1 bulan! Dzariff kata benda baik elok la dipercepatkan hahaha. Deng! Musy aka bussines partner Dzariff aka family friend terkejut kerana dia menyukai Dzariff. Sebab dia tak nak guna konsep perigi cari timbal dia senyap je tapi bila crush nak kahwin mula nak menangis dan meraung! Jadi dia gunakan alasan bussines untuk pastikan Dzariff sentiasa dengan dia siang dan malam. Crazy kan berkerja macam 24 jam sampai malam dan pagi pun call. Hujung minggu mereka pun boleh berkerja kononya syarikat kena sentiasa productive. Fiyqah mula² macam tak kisah, kira support suami la. Tapi bila peristiwa Fiyqah jadi mangsa culik, dia jadi pasif. Dan Dzariff anggap Fiyqah ni trauma manga culik tapi sebenarnya Fiyqah rasa dianiaya oleh Musy! Tapi Dzariff mempertahankan bussines partner dia sebab dia percaya Musy tak mungkin buat macam itu. Jadi bermulakan kerentakkan rumahtangga Fiyqah dan Dzariff. Jadi sedikit sebanyak Dzariff mula kurangkan masa kerja (ikut timing kerja office) dan hujung minggu banyak kan masa dengan family aka wife laa dah anak tak ada lagi. Sampai la Musy dapat family Fiyqah ni keluarga poligami jadi dia berterus terang dengan Fiqah mahu jadi bini no 2. Fiyqah memang terkejut sebab dia memang menentang poligami tapi disebabkan dia terlalu malas nak mengamuk dia bersetuju dengan syarat Musy bagitahu Dzariff. Jadi mereka bertiga berbincang, dan Musy bagitahu semua pada Dzariff. Dzariff yang terkejut mula faham yang dia punca segala² yang membuatkan dia hampir hilang isterinya. Jadi dia berhentikan Musy walaupun Musy adalah bussines partner dan pemegang syer yarikat. Jadi Musy dah tak ada peluang mahupun sebab untuk berjumpa dengan Dzariff. Dan mereka hidup aman damai sehingga Fiyqah beranak pinak hehe. 
Zira suka dengan keluarga Dzariff. Walaupun adik beradik banyak fii (rasa semua mcm tu termasuk kelurga Zira) tapi mereka kuat sama². Sama² selesaikan masalah. Sama² caring dan support. Fiyqah yang anak tunggl pun jadi senang dengn keluarga Dzariff. Dzariff ni typical lelaki jenis klo aku suka ko, aku redah sampai jadi. Klo tak jadi pun kasi jadi juga sebab dah suka 🤣🤣🤣. Tapi gila kerja sampai balik honeymoon pun kerja gila². Nasib baik la dapat bini okay macam Fiyqah tapi tu la disebalik kerja sebenarnya ada Musy tunggu turn jadi bini. Macam bini kat rumah Fiyqah, bini kat office Musy. Bahagia hidup tapi sensara hidup wife tu! Benggapnya Dzariff sampai dia buta dengan semua yang berlaku. Padahal cerah lagi bersuluh Musy suka Dzariff tapi Dzariff anggap Musy ni gila kerja macam dia dan BFF forever la. Malahan adik² Dzariff semua tahu dan bagitahu still menafikannya. Bila tahu kebenaran, mula menyesal tak sudah. Tapi bagusnya Dzariff, dia terus bertindak tanpa menyesal. Musy ni macam perempuan baik tapi dalaman jahat gila. Penting diri langsung tak fikir akibatnya. Klo fikir akibatnya pun untuk diri sendiri! Even salah sendiri pun minta maaf macam melepas batuk di tangga. Crazy woman ni sampai semua hal syarikat dia nak buat dan berbincang dengan Dzariff seorang. Tu belum kira hujung minggu dan tiap² malam dan pagi calling memanjang. Hanya cakap kerja kerja dan kerja. Yelah dah itu modal untuk bercakap. Memang crazy. Lagi crazy datang jumpa wife sebab nak poligami. Syarat hanya bini waktu siang, semua dia tanggungjawab. Sebab cinta yang tulus murni dan suci dalam debu. Tapi best Fiyqah walaupun dia typical perempuan simple tapi complicated, tapi bila depan dengan Musy yang tawar diri jadi bini no 2, dia macam cool dan tenang walaupun dalam hati macam ribut taufan tambah gelora tahap hancur. Sebab bagi dia tak guna bertekak dan menarik rambut. Betul la orang cakap, isteri ni punya sense tinggi. Dan memang perempuan walaupun mulut cakap suka or okay tapi hati tak okay haha.  Novel ni memang best di baca dengan fii masing² yang bermacam ragam. Lelaki macam Dzariff ni memang ada jadi maka bertabah la pada yang jadi gf/ wife yang dapat lelki macam Dzariff ni. Benggapnya rasa macam nak WWF berkali² hahaha. 

Tahun Terbit: 2014
Penerbit: Penulisan2u
Bil. M/S Buku: 776 Helai
Rating: 5/5 bintang! 
Belakang Buku:  
FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.

“Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF

“Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA

Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.

“Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA

“Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF

Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.

Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?

Ulasan

Catatan Popular