Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

The Happy Marriage

  Tajuk: The Happy Marriage  Platform: Netflix  Episode: 12 Tarikh Terbit: 5 July 2023 Plot: Kesengsaraan nampaknya kekal dalam hidup Miyo Saimori. Dilahirkan dalam perkahwinan yang diatur, dia dengan cepat dibuang selepas kematian tragis ibunya. Ayahnya berkahwin semula, dan adik perempuan tirinya, Kaya menerima semua kasih sayang, manakala Miyo direndahkan sebagai hamba yang hina. Tidak mempunyai kekuatan untuk melawan penderaan keluarganya, Miyo kehilangan harapan bahawa nasibnya akan berubah. Tanpa diduga, bapa Miyo memanggilnya untuk menyampaikan berita yang mengejutkan: dia akan berkahwin dengan Kiyoka Kudou, ketua keluarga Kudou yang terkenal. Walaupun latar belakangnya yang mulia, Kiyoka dikenali sebagai seorang yang tidak berperasaan yang setakat ini telah menolak semua bekas tunangnya. Apabila tiba di rumah Kudou, Miyo mengharapkan layanan kasar dan akan diketepikan. Namun, bertentangan dengan andaiannya, Kiyoka menunjukkan kepadanya kebaikan dan kasih sayang

DAILY DOSE OF SUNSHINE

  Tajuk: Daily Dose of Sunshine  Pengarah: Lee Jae Gyoo Penulis Skip: Lee Ham Gyu , Kim Da Hee Platform: Netflix Episode : 12 Tarikh Terbit: 3 November 2023 Plot: Jung Da Eun bekerja sebagai jururawat. Dia dipindahkan ke Neuropsychiatry dari Jabatan Perubtan Dalaman. Ini kali pertama dia bekerja dalam Neuropsychiatry, jadi semuanya sukar dan janggal untuknya. Namun begitu, Da Eun cuba sedaya upaya untuk menangani pesakit dan membesar sebagai seorang jururawat dengan bantuan ketua jururawat bahagian Jabatan Kesihatan Mental, Song Hyo Jin. Dong Go Yun, bekerja sebagai doktor dan pakar Kolorektum  dalam Unit Protologi . Go Yun suka melihat cara kerja Da Eun dan layanan yang diberikan oleh Da Eun, Go Yun menyedari bahawa dia tersenyum apabila melihatnya malah penyakita yaang dia hadapi disembuhkan olehnya.  Sementara itu, Da Eun berkawan dengan Song Yu Chan. Dia kelihatan seperti orang yang sangat tenang tetapi dia menahan kesakitan di dalam yang tiada siapa yang tahu.  P

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Tajuk: Halyn, Di Bawah Langit Barcelona  Penulis: Ann Hann  Harga: RM28 Sinopsis: Terusir ke New York walaupun adanya Hensen di sana, Halyn terdedah dengan ancaman dari seorang lelaki bernama Jorge. Tidak cukup dengan perpisahan, mereka menghukumnya dengan ugutan lalu membuatkan Halyn menjauhkan diri sehingga ke Barcelona, Sepanyol untuk cuba melupakan segalanya. Bagaimanapun, ada pertemuan yang tidak disengajakan terjadi? Pertemuan yang akhirnya membawa Halyn dan Kaizil kembali ke London.  Benarkah kemunculan Halyn di London membuatkan kemarahan seseorang semakin memuncak? Halyn dalam bahaya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Julia? Review: Halyn dan Kaizil masih bersama walaupun ayah Kaizil, Encik Aart menentang hubungan itu. Kali ni Julia, jadi mangsa dan Halyn pasrah mengikut ayah Kaizil untuk jauh dari Kaizil demi kebaikan rakan baiknya. Jadi mereka berpisah. Kaizil tidak mengetahui yang Halyn di ancam.  Sepanjang Halyn duduk di New York bersama aba

Halyn Bukan Cinderella

Tajuk: Halyn Bukan Cinderella Penulis: Ann Hann Harga: RM28 Sinopsis: Kalaulah aku tidak bertemunya, tentu situasinya itu berbeza. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui kewujudanku. "Untuk pengetahuan....awakk....." Darahku menggelegak, tidak mampu menahan amarah. "Saya bukan pelayan cafe ini! "~ Halyn Yong Olyphant Dapatkah Halyn mengharungi kehidupan mengejutnya sebagai gadis biasa yang tiba-tiba menjadu buruan paparazi dan media sosial sepanjang percintaanya dengan Kaizil? Amanda, model yang terkenal itu pula tidak pernah putus asa untuk memburukkan imej Halyn di mata umum. " Takkanlah Kaizil pilih awak. Dia dah buta agaknya sampai tak tahu yang mana satu berlian “Dua lebih baik daripada satu, jangan tanggung semuanya sendiri, luahkan pada aku. Aku perlukan kau dalam hidup aku dan aku mahu kau pun begitu...” ~ Kaizil Harlan. Seberapa besar pun cintaku padanya kadangkala membuat aku menyesali pertemuan kami. “Kita dah tak a

Ice Cold: Murder, Coffee and Jessica Wangso

Tajuk: Ice Cold: Murder, Coffee and Jessica Wangso Platform: Netflix (2023) Ulasan: Adakah Jessica Wangso bunuh Mirna? Apa motif Mirna di bunuh? Kenapa dari kawan jadi pembunuh? Kenapa ramai orang nak tahu kes ini? Banyak soalan dan banyak tanda tanya.  Mula-mula tengok documentary ini macam pelik? Apa motifnya? Sama ada mempertikalkan undang-undang atau hanya sebab nak bagitahu keadaan tak bernasib baik jadi Jessica Wangso di tuduh? Entah. Bagi saya bukti paling penting. Dan apabila hakim menjatuhkan hukuman bukan bererti hakim berat sebelah mahupun tidak. Itu semua berdasarkan bukti dinyatakan. Malahan Jessica Wangso pun ada kes dia Australia, jadi mana mungkin tu kes berlainkan?  Kadang² kesian pada Jessica, kenapa dia tak menzahirkan emosi pada keluarga kawan dia, Mirna macam ayah Mirna bagitahu? Minta maaf ke? Takziah ke? Berunding ke? Ayah Mirna tu nampak tegas tapi dari sudut hati ayahnya tu tak la menakutkan walaupun selalu bawa pistol (Saya rasa itu cara dia pertahankan diri d

Tentang Martin

Tajuk: Tentang Martin Penulis: Ann Hann  Harga: RM28 Sinopsis: Martin dan Lila berjumpa di dalam sebuah 'game show' yang dianjurkan E-Rose Tv. Di situlah Martin melahirkan rasa kagum dengan Lila yang dianggapnya berbakat luar biasa. "Okey, Saya harap kita dapat jumpa lagi, Lila." - MARTIN Selepas 'game show' itu, mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini sebagai ketua dengan pekerja. Lebih memalukan Lila bila dia terikat dengan Martin disebabkan hutang yang berpunca darinya. Tetapi Martin tidak peduli semua itu. Baginya Lila adalah gadis yang telah lama dia nantikan walaupun gadis itu kerap menolak rasa hatinya.Namun saat mereka berdua semakin rapat, masalah baru tercetus lagi. "Awak jual idea saya?" - LILA "Itu saja jalan supaya kau tak lari?" - MARTIN Semakin Lila cuba mengelak, semakin Martin mendesak. Semakin Lila melarika diri, semakin Martin laju mengejar. "Kalau dengan menerima tawaran dari Kota Mediaboleh membua

Kau Ada Aku Anna

Tajuk: Kau Ada Aku Anna Penulis:Ann Hann Harga: RM32 Sinopsis: Atau barangkali juga kata-kata cinta yang pernah kami ucap dulu sudh menjadi kata-kata basi. Tidak diguna pakai pada dekad ni. -  Anna Strategi Anna untuk melupakan kekasih pertamanya berjalan lancar. Dia melakukan segalanya yang dia percaya akan dapat melupakan lelaki itu. Dia memulakan janji temu dengan lelaki lain yang diaturkan oleh Aamily dan mengelakkan diri sejauh mungkin sebagai cara menenangkan hatinya. Tetapi malang untuk Anna, takdirnya bukan semudah memilih untuk melupakan. Jalan hidupnya lain dari yang lain.  Dan sewaktu dia mengangkat muka... dengan tidak   disangka pandangan kami bertembung... setelah sekian lama.  Wajahnya masih seperti setahun yang lalu. Tampan dan sedikit angkuh. Nafasku seakan tersekat. Dia seperti antagonis yangmemiliki pandangan tajam. Lelaki antagonis yang dicipta semata-mata hanya untuk melukakan hatiku. Teaser 1:  "Aku minta maaf. Aku harap kau faham." Katanya s

Orkid Serena

Tajuk : ORKID SERENA Penulis : Luna Adresia Harga : RM22 Sinopsis : Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta. Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali. "Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa unt

Jon And The Sign Of Love

Tajuk: Jon And The Sign Of Love  Penulis: Ann Hann Harga: RM30 Sinopsis: “Boleh kita jumpa nanti?” Jon membongkok sedikit ketika berbisik dari tepi bahuku. Jon, bolehlah kurekodkan sebagai lelaki yang paling aku tidak ingin jumpa di mana-mana pun di dalam dunia ini. “Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku hanya untuk beberapa bulan, untuk yakinkan ayah aku,” “Kau gila!” Tetapi Nami Rose Adams telah terperangkap dalam rancangan licik Jon Aragon Holland yang tidak disangka-sangkanya. Menyamar sebagai kekasih Jon untuk menipu kedua-dua orang tua Jon. Aku telah melakukan tiga kesalahan yang teruk. Pertama – Menyamar sebagai kekasih palsu Jon. Kedua – Menipu kononnya aku anak orang kaya. Ketiga – Mengecewakan Encik Roman dan isterinya yang betul-betul percaya padaku. Dan kesalahan yang paling jelas yang paling tidak ingin aku akui, aku sukakan Jon Aragorn sejak akhir-akhir ini. Adakah penyamaran Nami berjaya? Bagaimana dengan pula dengan Jon? Dapatkah Jon mencapai cita-ci

Bahagia Untuk Izammil

Tajuk : Bahagia Untuk Izammil Penulis : Hannaz Harga : RM30 Sinopsis : Dingin, dan garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi, misteri itu. Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia ‘anak kedua misteri’ yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi, tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru. Daripada hubungan bos dan pekerja, kepada anak mak cik sebelah rumah, kepada Hanim yang bergelar Kak Beauty Tiara, si cilik milik Izammil... sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya. “Kahwin dengan saya. Demi Tiara.” Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah ditabur janji untuk dikahwini? Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segala-galanya berubah apabila banyak rahsia terbongkar satu per satu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati

Novel Sayang Yang Tak Terungkap

Tajuk: SAYANG YANG TAK TERUNGKAP Penulis: MUHARIKAH Harga: RM32 Sinopsis: “Iman, please stay. You don’t have to do this to me!” “I have to leave. Until you can explain everything to me.” ***  Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi.  Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut. Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara.  “Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?” Mampukah keperc

Novel S.K.Y

Tajuk : S.K.Y Penulis: Fiy Suri Harga: RM28 Sinopsis: Pekak. Socially anxious. Anak yatim.  Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.  Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi. “Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...” Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari? Teaser: BAB 1 - Februari - Singing Store, Bangsar Village II   Sementara menunggu ketibaan orang itu, Nur Syakirah menconteng pada resit  Starbucks. Seperti contengan tanpa tujuan pada kertas itu, fikirannya juga diconteng dengan pelbagai kemungkinan negatif dek pertemuan hari ini. Ikutkan hati, mahu

Senaskhah Hidup

Tajuk: Senaskhah Hidup Penulis: Azzah AR Harga: RM29 Sinopsis: Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza. Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata. Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan. Review: Alhamdulillah dapat baca dalam 1 hari walaupun ada part² saya terpaksa berhenti sebab tak boleh nak hadam huhu. So far ok la novel ni. Buat drama pun bagus juga cerita ni. Cerita real walaupun susunan tu

Novel Ekspres Jupiter

Tajuk: EKSPRESS JUPITER Penulis: RILEY FIZAN Harga: RM29 Sinopsis: "Selamat datang ke Ekspres Jupiter." Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup. Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter. Dia hanya mahu menjadi lebih kuat! "Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter." Teaser:  #1 - "Okey, kapten!" Terbata-bata Teja melihat lelaki redah yang dipanggil Aranzi tadi menonong ke arahnya. Sementara individu yang langsung terlindung wajahnya dan dibahasakan Aranzi sebagai kapten tadi kembali menumpukan perhatian mengemundi stereng. Bertambah bingung dia apabila Aranzi mahu memegang lengannya. Pantas Teja menarik lengan kirinya itu sebelum berdesir kesaki

The Ice Guy and His Cool Female Colleague

Tajuk:  The Ice Guy and His Cool Female Colleague Genre: Anime Platform: Netflix Ulasan:  Himuro bernasib malang sebab apabila dia dalam keadaan tertekan, bingung, secara tak sengaja dia mencipta keadaan ribut sajli untuk dirinya dan sekitarnya. Semasa kejadian pada hari pertama pekerjaan baharunya, Himuro bertemu dengan Fuyutsuki yang cantik, yang membantunya keluar dari ais yang disebabkan oleh sifat gemuruhnya. Ternyata, Fuyutsuki ialah rakan sekerja barunya. Di pejabat, Fuyutsuki yang seorang perempuan cool/ tiada perasan menawarkan penyelesaian mudah dan rasional kepada dilema Himuro, semuanya dari membantunya berkebun tanpa membekukan tumbuhannya kepada memastikan dia tidak cair semasa kerja di kawasan yang panas. Setiap kali Fuyutsuki melakukan sesuatu yang baik untuknya, makin bertambah Himuro suka pada Fuyutsuki. Akibat ribut salji yang kerap, perasaan Himuro terhadap Fuyutsuki adalah mustahil untuk disembunyikan. Walaupun Fuyutsuki tidak menunjukkan perasan itu, Himuro t