Langkau ke kandungan utama

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Tajuk: Halyn, Di Bawah Langit Barcelona 

Penulis: Ann Hann 

Harga: RM28

Sinopsis: Terusir ke New York walaupun adanya Hensen di sana, Halyn terdedah dengan ancaman dari seorang lelaki bernama Jorge. Tidak cukup dengan perpisahan, mereka menghukumnya dengan ugutan lalu membuatkan Halyn menjauhkan diri sehingga ke Barcelona, Sepanyol untuk cuba melupakan segalanya.

Bagaimanapun, ada pertemuan yang tidak disengajakan terjadi? Pertemuan yang akhirnya membawa Halyn dan Kaizil kembali ke London. 

Benarkah kemunculan Halyn di London membuatkan kemarahan seseorang semakin memuncak? Halyn dalam bahaya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Julia?

Review: Halyn dan Kaizil masih bersama walaupun ayah Kaizil, Encik Aart menentang hubungan itu. Kali ni Julia, jadi mangsa dan Halyn pasrah mengikut ayah Kaizil untuk jauh dari Kaizil demi kebaikan rakan baiknya. Jadi mereka berpisah. Kaizil tidak mengetahui yang Halyn di ancam. 

Sepanjang Halyn duduk di New York bersama abangnya, dia hampir jadi gila disebabkan cinta dan rasa bersalah. Selepas beberapa bulan, dia bertemu lagi dengan Kaizil, tapi Kaizil menyalahkan Halyn meninggalkan dia dengan campur tangan abang Halyn, Hensen membuatkan Kaizil kembali mencari punca.

Halyn ke Barcelona untuk buat pratikal, di sana dia berjumpa kembali dengan Kaizil yang menjadi model. Kaizil mulakan langkah meraih kembali cinta Halyn. Dan kali ni mereka berkahwin secara senyap dari keluarga tapi heboh di media sosial. Mujur keluarga Halyn bukan jenis baca gosip² semua tu. So hubungan Halyn dengan Kaizil berjalan macam biasa sampai Halyn kembali diburu kali ni dengan berniat membunuh. Jadi Halyn dan Kaizil sepakat nak umumkan perkahwinan mereka kepada semua. 

Bekas tunang tak jadi Kaizil, Mezfey mula membuat onar. Tapi kali ni Halyn mula bijak dan mempercaya Kaizil tapi biasa lah gaduh² manja. Kejadian orang yang berniat membunuh Halyn dan orang yang selalu di kejar paparazzi serts skandal ayah Kaizil, Encik Aart membuatkan mereka tertekan saat tiba majlis perkahwinan. Akhirnya semua diselesaikan dan dapat tangkap punca masalah yang berlaku. 

Sambung kisah Halyn dan Kaizil ni kira bab ke-2 kisah hidup diorang. Kali ni ada POV dari Kaizil dan bagi saya cukup mengambarkan perasan sayang dan cinta dia pada Halyn. 

Seperti biasa kisah kayangan tapi mahu jalani kehidupan normal seperti couple² yang lain. Sepertinya setiap masalah pasti ada penyelesaian walaupun lambat. Percaya atu tidak bila dah jodoh pasti bertemu jua seperti Halyn dan Kaizil. 

Rating: ⭐5/5

Ulasan