Langkau ke kandungan utama

Halyn Bukan Cinderella

Tajuk: Halyn Bukan Cinderella

Penulis: Ann Hann

Harga: RM28

Sinopsis: Kalaulah aku tidak bertemunya, tentu situasinya itu berbeza. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui kewujudanku.

"Untuk pengetahuan....awakk....." Darahku menggelegak, tidak mampu menahan amarah. "Saya bukan pelayan cafe ini! "~ Halyn Yong Olyphant

Dapatkah Halyn mengharungi kehidupan mengejutnya sebagai gadis biasa yang tiba-tiba menjadu buruan paparazi dan media sosial sepanjang percintaanya dengan Kaizil?

Amanda, model yang terkenal itu pula tidak pernah putus asa untuk memburukkan imej Halyn di mata umum. " Takkanlah Kaizil pilih awak. Dia dah buta agaknya sampai tak tahu yang mana satu berlian

“Dua lebih baik daripada satu, jangan tanggung semuanya sendiri, luahkan pada aku. Aku perlukan kau dalam hidup aku dan aku mahu kau pun begitu...” ~ Kaizil Harlan.

Seberapa besar pun cintaku padanya kadangkala membuat aku menyesali pertemuan kami. “Kita dah tak ada apa-apa lagi, nak jelaskan apa pula!” Aku menambah alasan yang tepat. “Satu England tahu aku gadis liar, aku mata keranjang.” ~ Halyn

Lalu entah bagaimana, tiba-tiba Kaizil muncul di seberang sana, pertemuan yang tidak disengajakan. Dia, seperti aku, berdiri di situ dengan mata kami saling bertentangan. Renungannya tajam menusuk, tidak ada senyuman nipis seperti yang aku bayangkan.

Review: Novel 3 saya baca dan memang saya suka sangat!!!! 😍 Setiap bab saya baca walaupun patut berhenti tidur dan ni merupakan novel pertama karya Ann Hann. 

Halyn, bukan gadis Cinderella yang jumpa putera di majlis tari menari dan akhirnya jatuh cinta dan berkahwin. Bukan tau. 

Halyn, berkerja sebagai pembantu peribadi. Sejak kejadian dia memalukan Kaizil, dia diserang oleh paparazzi di media social sehingga dia diberhentikan kerja. Berjumpa kembali dengan Kaizil pun bergaduh sebab Kaizil ingat dia perempuan gila popular. Akhirnya Kaizil menolong Halyn dari diserang dan mereka berkawan.

Halyn sangat berbakat dalam mereka baju kanak² jadi Halyn dan Julia berpakat membuka kedai. Di samping itu, Halyn mencari saudara kandung dia yang merupakan artis terkenal, Hensen. Sekali lagi diselamatkan oleh Kaizil selepas dia di tahan dalam lokap atas kesalahan menghendap Hensen. 

Halyn cuba menerima Kaizil dan mereka mencipta memori bersama dan membuatkan mereka makin dekat. Kaizil mula meluahkan rasa cinta pada Halyn Tapi populariti Kaizil menyebabkan Halyn menolak banyak kali. Kaizil tak putus asa sampai akhirnya Halyn terima dia. 

Kedai yang menjadi tempat niaga Halyn dan Julia di arahkan tutup disebabkan ada orang iri hati. Betul la orang cakap hidup ni keras. Tapi meraka tak putus asa, dengan pertolongan sikit dari Kaizil, mereka berniaga kembali dan Halyn mula berkerja sebagai pereka di tempat kerja majikan dulu. Halyn membina nama sendiri dan hubungan dia dengan Kaizil renggang disebabkan salah faham. Selepas berapa bulan, Halyn sedar salah dia bersangka buruk dengan Kaizil jadi dia minta maaf. Mereka berjauhan kerana salah faham tu dan banyak cerita buruk² keluar dalam media sosial yang membuatkan mereka makin renggang.

Tapi Kaizil kembali untuk mengatakan cinta dia dengan Halyn. Dan mereka bersama kembali. Halyn berjaya jumpa dengan abangnya. Tapi cinta mereka di tentang oleh ayah Kaizil. Halyn ambil keputusan untuk ke New York tanpa bagi tahu Kaizil. Tapi Kaizil tahu. Mereka sama² menangis dengn takdir cinta mereka. Cerita berhenti kat sini... 😭


Rating: ⭐5/5

Ulasan