Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

Novel Siapa Sangka Terjatuh Cinta ~Penulis Violetfasha~

Tajuk: Siapa Sangka Terjatuh Cinta Penulis: Violetfasha Harga: RM32 Sinopsis: Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang. Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya. *** Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya — Sah, jirannya ada sugar-daddies!  Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf. Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu. “Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings

Novel Nabi Sulaiman AS ~Penulis Abdul Latip Talib~

Tajuk: Nabi Sulaiman AS Penulis: Abdul Latip Talib Harga: RM 35.00 Sinopsis: Raja segala Makhluk. Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid berasal daripada keturunan Yahuza bin Ya'qub. Dianggarkan baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin. Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan pemerintahan ayahnya, Nabi Daud AS selepas baginda wafat. Baginda memiliki keistimewaan mampu berbicara dan memahami bahasa haiwan sehingga semua makluk itu mengikuti kehendaknya.  Kisah Nabi Sulaiman AS merangkumi kerajaannya yang hebat, mukjizat yang dikurniakan sehingga semua makhluk tunduk kepadanya, tenteranya yang terdiri daripada golongan manusia, haiwan dan jin serta dakwah baginda terhadap Ratu Balqis sehingga pemimpin Kerajaan Saba' itu memeluk Islam. Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat  sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja. Tia

13 Kaum Yang Binasa ~Penulis Dr Sahrulazmi Sidek~

Tajuk: 13 Kaum Yang Binasa Penulis: Dr Sahrulazmi Sidek Harga: RM28.00 Sinopsis: Seksaan terhadap kaum yang ingkar menunjukkan sifat ADIL Allah SWT kepada setiap hamba. Sudah pasti perbuatan baik akan dibalas baik. Yang buruk, dibalas buruk. Begitulah yang terjadi kepada 13 kaum yang telah dimusnahkan. Jejak tinggalan mereka suatu masa dahulu tidak oernah terhapus, malah sentiasa menjadi sebutan opeh tamadun manusia sehingga ke hati ini. Angin kencanh, ditenggelam lautan, ditelan bumi dan diterbalikkan bumi, merupakan antara azab yang turunkan buat mereka yang ingkar. Akhirnya, 13 kaim ini dighaibkan dari bumi dengan hanya sekelip mata.  13 Kaum yang telah dilenyapkan daripada muka bumi ini ialah: 1. Kaum Hud.                           8. Firaun.  2. Ashabul Rass.                     9. Qarun.  3. Kaum Nabi Lut.                 10. Ashabul Sabtu.  4. Ashabul Aykah.                  11. Ashabul Tubba'.  5. Kaum Nabi Nuh.                12. Ashabul Qaryah.  6. Kaum Nabi