Langkau ke kandungan utama

Novel Nabi Sulaiman AS ~Penulis Abdul Latip Talib~


Tajuk: Nabi Sulaiman AS

Penulis: Abdul Latip Talib

Harga: RM 35.00

Sinopsis: Raja segala Makhluk.

Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid berasal daripada keturunan Yahuza bin Ya'qub. Dianggarkan baginda hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi Nabi dan Rasul pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin.

Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan pemerintahan ayahnya, Nabi Daud AS selepas baginda wafat. Baginda memiliki keistimewaan mampu berbicara dan memahami bahasa haiwan sehingga semua makluk itu mengikuti kehendaknya. 

Kisah Nabi Sulaiman AS merangkumi kerajaannya yang hebat, mukjizat yang dikurniakan sehingga semua makhluk tunduk kepadanya, tenteranya yang terdiri daripada golongan manusia, haiwan dan jin serta dakwah baginda terhadap Ratu Balqis sehingga pemimpin Kerajaan Saba' itu memeluk Islam.

Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat  sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja. Tiada siapa yang menyedari kematian baginda sehinggalah tongkatnya dimakan anai-anai. 

Review: Kali ni saya nak review kisah Nabi Sulaiman yang diceritakan kembali oleh penulis novel sejarah islam Abdul Latip Talib. Memang setiap kali ke kedai buku pasti beli novel unsur macam ini. Bagi yang tak minat sejarah tapi mahu tahu dalam bentuk cerita, novel ini sangat sesuai dibaca. 

Diceritakan bermula zaman Nabi Daud AS sampai baginda meninggal dunia lepas itu digantikan Nabi Sulaiman. Ada 38 bab yang setiap bab di ceritakan yang juga telah diceritakan dalam Al Quran macam kisah Ratu Balqis, burung hudhud dan banyak lagi. 

Rating: ⭐5/5

Ulasan