Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Drama Romantic Killer

Tajuk: Romantic Killer Rating:  ⭐⭐ Genre: Anime, Romantik dan Kelakar Sinopsis:  Apabila remaja perempuan kaki game Anzu ke dunia lelaki handsome, dia macam bermimpi... seolah-oleh permainan game! Anzu Hoshina mempunyai kehidupan yang bahagia. Setiap hari dia bermain game, main coklat dan makanan ringan dan bermain dengan kuncing kesayangan dia. Tapi kewujudan yang membahaagiakan ini bertukar menjadi kacau apabila ahli sihir mengubahkan dunia yang dia suka kepada realiti tanpa rutin kesayangnya. Dan dia terjebak dengan lelaki handsome dalam kehidupannya! Bagaimana dia mahu bertahan dalam dunia yang dia tak suka? Jadi, Anzu mesti bermain bersama dalam realiti yang ahli sihir cipta itu untuk berubah kepada kehidupan normal. Episode:  1.  KENAPA SIHIR BERGITU RUMIT UNTUK DIFAHAMI? Anzu bahagia dengan dunianya. Dia pelajar sekolah menengah yang suka bermain game, makan coklat dan makanan ringan yang banyak dan punya kucing kesayangan, Momohiki. Dia tak suka membuang masa sepe

Ebook Kita Okey Ke? ~Penulis Pena Kayu~

TAJUK:  Kita Okey Ke? PENULIS: Pena Kayu PENEBIT: Rumah Pena Kayu Enterprise MUKA SURAT: 274 Helaian RATING: ⭐⭐⭐⭐⭐ SINOPSIS:  Namaku Yura. Ayahku Kharman. Panggil aku Yura Kharman. Tahun lalu aku disatukan dengan Zaen. Anak kawan baik ayahku. Aku ada pilihan hati sendiri dan setahu aku, Zaen pun ada pilihan hatinya sendiri. Dapat bayangkan tak betapa bercelarunya hubungan kami? Tapi tak mengapa sebab kami komited untuk menjayakan perkahwinan ni. Kami menjadi teman serumah berkonsepkan kau dengan hal kau dan aku dengan hal aku. Tapi yahhhh... belum cukup setahun Zaen sudah ada perempuan lain. Namanya Laudia. Perangai Laudia ni masya-Allah, memang minta kena sula!  "Sekarang Zaen nak hidup dengan saya. Nak saya jadi isteri dia. Dia dah tak nak awak. Dia meluat tengok awak dalam rumah ni."  Maaflah, Laudia. Aku ni  bukan tipikal wanita yang akan tunduk sepanjang masa. Aku pun pandai melawan juga.  "Awak nak saya mati? Minta maaf banyak-banyak, saya takkan bunuh

Novel Yang Mencintaiku ~Penulis Zati Mohd~

  Tajuk: Yang Mencintaiku Penulis: Zati Mohd Penerbit: Penerbitan Kejou Book Muka Surat: 257 Helaian Harga: RM29 Ranting: ⭐⭐⭐ Sinopsis: CURANG! Curang itulah sebuah pilihan bukan takdir yang sudah tertulis. Perkahwinan tanpa zuriat bukanlah suatu ujian yang mudah untuk semua pasangan. Dihina, dicaci dan dicemuh adalah asam garam untuk mereka yang telah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan zuriat. Akibat daripada masalah kesihatan yang di alami oleh Mia. Diaa dijadikan alasan untuk  dicurangi oleh Amir. Bahkan kecurangan Amir mendapat sokongan rakan-rakannya sendiri. Hidup bermadu bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Mia untuk isteri pertama mengalah sudah tidak relevan di zaman moden ini. Dia bangkit kembali, segala harta, kemewahan yang disaji buat Amir di ambil semula. Berkali-kali dia meminta cerai Amir tidak mahu ceraikan akhirnya dia menuntut fasakh. "Abang takkan ceraikan Mia. Abang tak dapat Mia. Tak ada siapa pun boleh dapat Mia. Abang akan gantung mia tak bertal

Ebook Berdiri Bulu Romaku ~Penulis Pena Kayu

Assalamulaikum dan hai semua. Nak share ebook yang baru saya beli tadi. Kebetulan duduk di office tertengok  petikan ebook ini, jadi terus saya belinya. Balik saya terus habis baca tanpa berhenti. Memang santai jer. Tajuk: Berdiri Bulu Romaku Penulis: Pena Kayu Penebit: Rumah Pena Kayu Enterprise Muka Surat: 186 Helaian Rating: ⭐⭐⭐ Sipnopsis: "Tak perlu berlagak suci, Hara. Saya tahu rahsia awak. Perempuan seperti awak ni, sesuai jadi simpanan. Tak sesuai djadikan isteri. Faham?" Hara ada kisah gelap. Kisah yang terlalu gelap. terlalu memeritkan! Kisah Yang membuat dia nekad untuk hidup solo. Namun yang nekad itu jadi separuh masak setelah dia bertembung dengan Khai-Aleya-Zariff. "Cuma Cik Hara yang boleh tolong saya sekarang. Cik Hara mesti buat Zariff lupakan isteri saya. Buatlah cara apa pun, asalkan Zariff tak kacau isteri saya lagi. Saya akan bayar lumayan." Apa suami Aleya ini fikir, dia mata duitan? Apa suami Aleya ini fikir, hubungan mereka rapat

Movie The Snake And Ladder Gameboard

Tajuk: The Snake And Ladder Gameboard Rating: ⭐⭐⭐ Pengarah: Thanesh Perrabu, Viknes Perrabu Sinopsis: Kisah pengembara papan permainan fantasi 4 orang rakan yang bermain dan bagaimana permainan itu mempengaruhi kehidupan harian mereka. *** "Ada penyelesaian dalam pecahan saat! Dadu Paramapatham akan dilempar mula sekarang." Cerita ini dimulai dengan sejarah iaitu "Tahun 1025, Rajenthiran Cholan Pertama dari Dinasti Cholan melancarkan ekspedisi ke Tanah Melayu melalui pelayaran laut. Ia adalah utara Tanah Melayu tempat laut dan dara bertemu. Dia mulakan perniagaannya di tanah yang dikenali sebagai Kadaaram. Berhampiran puncak Bukit Jerai tanah Kadaaram, Raja Cholan meninggalkan banyak misteri dan persoalan kepada kita." Kemudian di perkenalkan watak 4 sekawan, Aroon merupakan ahli arkelogi, Jay merupakan wartawan, Ganesh dan Kumar. Mereka adalah 4 sekawan yang mempunyai kehidupan masing-masing. Mereka bertemu dan merancang untuk berkehmah keesokkan harinya. Pagi itu

Ebook Aku Ingin Bahagia ~Penulis Mum Linz~

 Assalamulaikum dan hi semua. Saya nak kongsi ebook saya baca. Ebook pendek dan santai jer.  TAJUK: AKU INGIN BAHAGIA PENULIS: MUM LINZ MUKA SURAT: 335 HELAIAN SINOPSIS:  KERANA mengejar kesempurnaan, rasa cinta yang pernah terdetik di hati ditanam ke sudut hati yang paling dalam. Tak pernah diluah malah mahu dikuburkan tanpa sebarang tanda. Sangka Harith, kesempurnaan yang dipilih dalam diri Syakila akan membawa kebahagiaan. Ternyata, pilihannya silap. Semuanya musnah bila Syakila curang dan mengandungkan benih lelaki lain. Dalam sibuk merawat hati yang terluka kerana dikhianati, dia diminta berkahwin lagi. Permintaan uminya tak dapat ditolak. Bercinta bagai nak rak pun bukan menjamin kebahagiaan, itu kata uminya. Bagi Harith pula dia hanya mahukan bahagia. Doanya, semoga perkahwinan kali ini berhasil. Mampukah Harith menggapai bahagianya? Siapakah si gadis yang berjaya menakluki hati Harith? Adakah gadis sama yang pernah bertakhta di hatinya dahulu? ULASAN: Harith merupakan suami

Novel Menunggumu ~Penulis Pena Kayu~

Assalamualaikum dan hai semua. Disebabkan hari ni hari ke 3 bercuti, saya habiskan novel in one night! 😱 Gila la saya ni hahahaha. Saya tak boleh nak berhenti bila dah mulakan pembacaan hahaha.  Tajuk: MENUNGGUMU Penulis: PENA KAYU Terbitan: RUMAH PENA KAYU ENT. Harga: RM 40 Muka surat: 536 HELAIAN Belakang Buku: "Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, mesti Rhea pun suka Adam." Rhea itu anak yatim. Anak kawan baik Mama Sarah. Rhea itu parasit yang menumpang di rumahnya. Sedari hari pertama matanya melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis itu. Niat Mama Sarah untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat memarakkan lagi perasan tak sukanya. "Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam." Adam boleh naik sawan kalau begini. Keputusannya memaksa Rhea membantah niat Mama Sarah mendatangkan bencana besar. Rhea berani menyebut mahu menjadi isterinya? Dalam banyaknya alasan untuk membantah niat Mama

Novel Kenzi X Embun ~Anna Lee~

Assalamulaikum dan hai semua. saya nak kongsi novel saya baca dalam masa 24 jam. Novel memang tak bagi saya pelung untuk berhenti tidursekejap. Setiap helaian buat nak tahu apa jadi. Tajuk: KENZI X EMBUN Penulis: ANNA LEE Terbitan: PROLOG MEDIA Mukasurat: 469 HELAIAN Harga: RM 30 Belakang Buku: Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya. Namun, kemunculan septong kek bersama sekeping kad nama tela menghuru-harakan hidupnya.  Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah. "Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian.Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia berset

Novel Cinta Ad & Far ~Penulis Afiadz~

Assalamulaikum dan hai semua. Saya nak kongsi novel yang saya baca selama dua (2) hari ini.  Tajuk: CINTA AD & FAR Penulis: AFIADZ Terbitan: AHA PUBLICATION Muka Surat: 531 HELAIAN Belakang Buku: "Dasar pengganggu ketenteraman!" - NUR ADDIN.      Asal berjumpa, mereka bergaduh. Pantang bertemu, mereka pasti bertelagah. Tetapi  chemistry yang kuat menyatukan mereka. Farhan dan Addin bergabung menjadi The Trailblazer sehingga gelaran itu menjadi sebutan ramai. "Aku harap aku adalah pelangi kau." - MUHAMMAD FARHAN ARYAN.      Dihantui kisah silam, hidup Addin bukan seperti orang lain. Dibenci oleh ibunya sendiri membuatkan rumahnya seperti neraka dunia. Saat Addin memerlukan bahu untuk menangis, Farhan akan sentiasa ada bersamanya. Tak perlu ucap cnta, masing-masing faham aa yang tersirat di dalam hati.      Langit tak selalunya cerah. Hubungan mana yang tidak dilanda bandai. Kemesraan antara dua insan yang saling mencintai menyebabkan seseoramng menyimpan rasa

Novel Kisah Naz Dan Khaalish ~Penulis Hanina Abdullah~

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Saya hendak review novel kesayangan saya. Saya suka baca ini berulang-ulang kali terutama ketika saya buntu dan perlukan sesuatu untuk naik semangat. Novel ini menarik saya ke dunia yang baru yang buat saya rasa mahu jadi seperti heroin dalam novel ini.  Tajuk: Kisah Naz Dan Khaalish Penulis: Hanina Abdullah Tahun Terbit: Mac 2013 Muka Surat: 533 helaian Belakang Buku:        Pertunangan 4 tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalamkehidupan NAZRAHANI IDORA dan ZAIM KHAALISH. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.      Nas cuba melupakan peristiw itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semua dengan lelaki itu?      Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, ZAIM KHAALISH sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk jejak si dia.