Langkau ke kandungan utama

Novel Cinta Ad & Far ~Penulis Afiadz~


Assalamulaikum dan hai semua. Saya nak kongsi novel yang saya baca selama dua (2) hari ini. 


Tajuk: CINTA AD & FAR

Penulis: AFIADZ

Terbitan: AHA PUBLICATION

Muka Surat: 531 HELAIAN

Belakang Buku:

"Dasar pengganggu ketenteraman!" - NUR ADDIN.

    Asal berjumpa, mereka bergaduh. Pantang bertemu, mereka pasti bertelagah. Tetapi  chemistry yang kuat menyatukan mereka. Farhan dan Addin bergabung menjadi The Trailblazer sehingga gelaran itu menjadi sebutan ramai.

"Aku harap aku adalah pelangi kau." - MUHAMMAD FARHAN ARYAN.

    Dihantui kisah silam, hidup Addin bukan seperti orang lain. Dibenci oleh ibunya sendiri membuatkan rumahnya seperti neraka dunia. Saat Addin memerlukan bahu untuk menangis, Farhan akan sentiasa ada bersamanya. Tak perlu ucap cnta, masing-masing faham aa yang tersirat di dalam hati.

    Langit tak selalunya cerah. Hubungan mana yang tidak dilanda bandai. Kemesraan antara dua insan yang saling mencintai menyebabkan seseoramng menyimpan rasa benci lalu membakar api dendam yang terpendam buat sekian lama.

"Kau ingat, nyawa dibalas nyawa" - ADIRA.

    Satu perjanjian yang tak masuk akal trjalin anatara Addin dan Adira tanpa rela. Kemunculan orang ketiga misashkan Farhan dan Addin. Ditambah denga kehadiran seorang lelaki yang bernaaAfiq yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Addin, wanita yang sangat dicintainya menyebabkan hubungan yang terbina bertahun-tahun lmanya semakin goyah.

    Apakah yang bakal terjadi saat Farhan dan Addin bertemu kebali setlah sekian lama terpisah? Dapatkah mereka menyulam kembali kisah cinta yang terputus di tengah jalan?

Ulasan: 

Cinta Ad dan Far dari sejak zaman sekolah, remaja dan dewasa. Novel ini banyak cerita pasal ketuhanan. Cinta Allah lebih dari cinta manuia. Far dan Ad sejak dari zaman sekolah lagi tertarik tapi mereka hanya pendam sahaja. Dalam masa yang sama kisah Ad sangat sedih. Dia didera oleh ibu dan akhirnya dikabarkan yang dia sebenarnya anak angkat. Farhan selalu ada dengan dia. 

"Dan aku berharap aku adalah pelangi kau." Hampir tidak dengar ayat yang Farhan keluarkan.

Aku terkesima.

Happiness comes after a litte pain. If you want the rainbow, you must have the rain.

- m/s 46 

Sweet ayat itu. Melting tu memang mesti la apatah lagi lelaki tu cukup pakej macam Farhan hahaha. Habis sekolah mereka masih berhubung tapi bukan macam orang lain yang selalu SMS atau whatsapp, mereka mengunakan email dan sejak dari habis sekolah mereka langsung tak berjumpa. 

Ad dan Far bertemu semua di rumah ibubapa Far yang kebetulan mummy Far adalah majikan Ad. Mereka berjumpa lagi di persatuan Jalinan Kasih yang ditubuhkan oleh Far untuk membantu orang-orang susah. Ad menjadi sukarelewan. Ketika itu, Ad bertemu dengan Afiq, lelaki skema or nerd yang sentiasa dengan Ad bila buat aktiviti sukarelewan. Rupa-rupanya Ad dan Afiq merupakan saudara kembar tak seiras. Ketika itu juga, ibu jatuh sakit. 

Far pula salah faham. Jadi mereka berpisah sekali lagi dengan keadaan sekeliling mereka yang tak memihak pada mereka. 5 tahun selpas itu, mereka berjumpa ketika mereka mendaki Gunung Kinabalu. Jadi Far mengambil langkah untuk menjadikan Ad isterinya. Mereka berkahwin. Mereka pernah kehilangan tapi Allah menyatukan mereka berdua. Kisah ini mengajar kita terima takdir yang ditetapkan walaupun kehilanga orang yang disayangi. 

Walaupun cerita ini sweet dan ada kelakanya, cinta zaman sekolah memang indah tapi kadang-kadang bosan juga. Jujur cakap perempuan macam Ad memang ada haha. perempuan memang susah nak faham dan Far ni rasa macam terlalu sempurna. Far memang menjaga hatinya agar dia tak hanyut dalam aruskehidupan. Bukan mudahkan? Ad pula nampak kuat tapi rapuh. Hanya sebab Adira menyalahkan dia apa yang terjadi pada kakaknya sehingga kakaknya mati kemalangan kerana mahu selamatkan Ad macam mengarut. Dan Ad terima je Adira itu buli dia sampai mereka buat penjanjian mengarut. Apa-apa pun pengakhiran yang baik semua. Masing-masing ada bahagia.  

Rating: 4/5 bintang. 

Ulasan