Langkau ke kandungan utama

Movie The Snake And Ladder Gameboard




Tajuk: The Snake And Ladder Gameboard

Rating: ⭐⭐⭐

Pengarah: Thanesh Perrabu, Viknes Perrabu

Sinopsis: Kisah pengembara papan permainan fantasi 4 orang rakan yang bermain dan bagaimana permainan itu mempengaruhi kehidupan harian mereka.


***


"Ada penyelesaian dalam pecahan saat!

Dadu Paramapatham akan dilempar mula sekarang."


Cerita ini dimulai dengan sejarah iaitu

"Tahun 1025, Rajenthiran Cholan Pertama dari Dinasti Cholan melancarkan ekspedisi ke Tanah Melayu melalui pelayaran laut. Ia adalah utara Tanah Melayu tempat laut dan dara bertemu. Dia mulakan perniagaannya di tanah yang dikenali sebagai Kadaaram. Berhampiran puncak Bukit Jerai tanah Kadaaram, Raja Cholan meninggalkan banyak misteri dan persoalan kepada kita."

Kemudian di perkenalkan watak 4 sekawan, Aroon merupakan ahli arkelogi, Jay merupakan wartawan, Ganesh dan Kumar. Mereka adalah 4 sekawan yang mempunyai kehidupan masing-masing. Mereka bertemu dan merancang untuk berkehmah keesokkan harinya. Pagi itu mereka buat aktiviti masing-masing. Ada bab yang bercerita kisah Kuil Padmanabhaswamy.

"Kuil terkaya di dunia ialah Kuil Padmanabhaswamy. Kuil sepenuhnya emas tulen. Terletak di Kerala. Kuil itu dibina untuk Dewa Hindu, Vishnu. Dibina di sekitar tahun 5000 tahun lalu tapi tak ada tarikh tepat kuil iti dibina. Ada misteri disebalik kuil yang indah itu. Di dalam kuil itu, ada 7 pintu gua, 6 darinya telah dibuka dan mempunyai emas, permata berharga dan artifak purba yang berharga di dalam gua tersebut tapi pintu gua ke 7 walaupun guna teknologi sekalipun tidak dapat dibuka malah para sami di kuil itu mengatakan pintu gua kuil itu menunju ke neraka! Jadi mereka  membiarkan dan hanya yang layak sahaja dapat membukanya."

Al kisahnya laa..... (Mengikut apa yang dinyatakan dalam movie ni tau. Saya tak reka cerita tau.)

Pada petang itu, mereka berkumpul dan ke tempat yang dicadangkan oleh Aroon (langsung tak bagitahu ke mana). Jadi mereka pun berkehmah di situ. Esok paginya, mereka mengembara ke dalam hutan. Kawasan yang di tanda 'DILARANG MASUK' dan jambatan yang usang. Mereka berjumpa sebuah gerbang. Aroon mula cerita kisah tempat itu.

"Tempat ini merupakan tempat jajahan British yang dibina pada tahun 1800. Rumah besar atas bukit itu merupakan rumah tamu British. Semasa pemerintahan British, tempat itu dah ditinggalkan kerana berlaku banyak misteri."

Pada masa itu jam menunjukkan pukul 6.00 petang Ahad. Mereka menjelajah kawasan dan rumah tamu itu, Jay tersandung dalam lubang ketika dia mahu mengambil gambar suasana rumah itu.  Aroon masuk dalam lubang diikuti oleh Ganesh. Aroon jumpa kotak kayu. Jadi dia bawa keluar dan mereka membukanya. Ia macam permainan papan ular dan tangga. Ada dadu yang pelik, 4 pemata yang berbeza warna dan papan permainan yang mempunyai nombor 1-96 berbeza dengan papan permainan ular tangga yang mempunyai 1-100. Mereka pun mula bermain walaupun Aroon tak nak mainkannya. Mereka bermain sampai Ganesh berhenti sebab dia mcam nak kalah jadi dia biarkan sahaja, yang lain teruskan sampai giliran Ganesh mereka berhenti dan Aroon simpan untuk buat kajian. Keadaan macam biasa tiada apa yang berlaku cuma ada scene Aroon termenung melihat papan pemainan itu. 

9/1/2017 Isnin pada pukul 10.00 pagi, Aroon dapat panggilan ucapan tahniah dari profesor kerana artikel Aroon di muka depan majalah dan Jay pun datang untuk ucap tahniah. Manakala Ganesh pula tiba-tiba girlfriend dia, Kausi datang dah bagitahu hubungan mereka direstui dan mereka boleh berkahwin walaupun sebelum ini hubungan mereka ditentang disebabkan tak sama taraf. Jay pula kena temuramah orang berjaya tapi orang itu menolaknya.

Selasa pada pukul 2.59 pagi, Kumar berjalan sendirian dan ketika itu anjing datang ambil beg dia dan melarikan diri. Kumar kejar sampai ke tempat orang tengah punggah barang. Rupanya ada kegiatan Dadah dan gansterkat situ, dan Kumar kantoi dan dibelasah serta diugut untuk jangan buka mulut. Pukul 12 tengah hari, Jay buat pembentangan dan dia dilantik sebagai wartawan kanan bagi Makkal Osai. Pukul 3 petang, Kumar dapat panggilan dari gangster itu dan mereka berjumpa. Gangster itu bagi RM10 ribu dan hutang Kumar dahulu kira habis dengan syarat Kumar diam. Kumar setuju dan di balik lalu ajak mak dia belanja sakandengan duit yang dia terima itu. Aroon pun dapat ucapan tahniah dari rakan sekerja kerana berjaya bongkarkan kisah disebalik papan permainan itu. Aroon menceritakan kisah itu.

"Paramapatham, permainan zaman purba nenek moyang yang dimana permainan itu dimainkan oleh atuk, nenek dan cucu mereka di halaman atau tapak kuil pada masa itu. Pada zaman permerintahan Raja Rajenthira Chola, dia membawa masuk pelbagai artifak purba ke Kedah. Begitulah papan permainan ini datang ke sini. Sekitar tahun 1800-an semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, British telah meneroka dan memjumpai banyak artifak purba dan salah satunya yang menjumpainya ialah Kolonel William Light daripada keluarga diraja Penang. William jumpa banyak artifak purba dari Gunung Jerai dan salah satunya papan permainan itu. William membawanya ke hotel tempat dia tinggal dan dia bersama kawanya bermain papan permainan itu. Kemudian mereka semua mati beberapa bulan kemudian dan semua kelurga merea hilang tanpa jejak. Satu-satunya orang yang tahu semua ini ialah Perumalsamy, perterjemah William. Dia menuliskan semua maklumat ini di dalam nota dan sembunyikannya dengan papan permainan di bawah lantai hotel. Perumalsamy mempunyai kepercayaan dan kegentaraan terhadap Paramapatham."

Rabu pukul 7.30 pagi, Ganesh dalam perjalanan untuk temu duga yang di aturkan oleh bapa mentuanya. Ganesh menolong bapa mentuannya dan dia tercerdera. Berita gembira dia diterima kerja. Petang itu, mereka berempat bertemu di Cafe. Jay dan Aroon melihat Kumar dan Ganesh cerdera, lalu mereka melihat kesan cerdera. Mereka terkejut lihat ada parut seakan simbol papan permainan. Aroon mula kaitkan  keadaan mereka dengan permainan itu. Jadi dia buat keputusan mahu jumpa profesor. 

Khamis pukul 12 tengah hari, Jay berjaya bentangkan laporan jenayah Varja, iaitu ahli perniagaan, pengedar dadah dan ketua gangster yang terkenal. Syarikat tu menerbitkan artikel tu lalu Varja marah dan memburu Jay. Manakala, Aroon berjumpa dengan profesor. Dia menceritakan apa yang berlaku sebelum dan setelah bermain papan permainan ini. Profesor berkata 

"Ular dan tangga dalam papan permainan ini mempunyai hubungan dengan kejadian lalu dan kehidupan sekarang. Simbol ular dan tangga yang berbentuk 8 secara terbaring  ialah infiniti dan simbol ini timbul pada lengan Kumar dan Ganesh. Papan permainan ini ada kunci tapi Aroon tak jumpa.  Mereka bermain ketika hari Vaigunda Egathesi (8 Januari). Profesor berceritakan kisah pada sekitar tahun selepas Zaman Thiruvalluvar, permainan ini selalu di mainkan terutama pada hari Vaigunda Egathesi. Nenek moyang bermain sepanjang malam untuk berjaga. Tahun sebelum Zaman Thiruvalluvar, semua perkara yang dilakukan oleh nenek moyang lalu menunjukan alasan sebaliknya. Sebagai contoh, Kuil Kailasyam yang diperbuat daripada satu batu yang besar. Kuil Besar Tanjai merupakan Kuil tanpa bayang-bayang sehingga ke hari ini. Padmanabhaswany, pintu ke 7 gua dalam kuil itu masih beum dapat dibuka sehingga kini. semua kekal misteri. Bertahun-tahun dulu, orang India mahir dalam sihir dan muslihat. Papan permainan itu menunjukan matahari, bulan dan masa 24 jam merupakan semua perubahan ini adalah muslihat masa."

Semua  permainan telah berubh dalam urutan terbalik. Profesor meramalkaan apabila terbalik masa akan tamat. Kalau permainan ini dikatakan berkaitan dengan kehidupan merea kena tamatkan permainaan ini. Aroon terus bergerak Genesh kerana waktu Ganesh hampir habis. Sebaik sampai di rumah Ganesh, Kumar menangis mengatakan Ganesh muka kebiruan dan tidak bernafas. Aroon mula memeriksa tanda dan terus bagitahu Kumar. Tanda Kumar makin jelas dan mereka bergegas ke rumah tamu British selepas mengambil Jay dari tempat kerja. Sampai di sana, mereka ambil kedudukan tiba-tiba Vajra menembak Kumar kerana berdendam dengan Jay pasal artikel itu. 

Aroon dan Jay menumpaskan Vajra, mereka terus bermain dan Jay dapat bayangan kunci lalu mereka mencari di bawah lantai bangunan itu. Selepas jumpa kunci, Aroon meneruskan permainan dan tiba giliran Jay, Aroon ditembak oleh Vajra. Aroon suruh Jay teruskan permainan dan Jay berjaya tamatkan permainan. Jay merasakan keadaan kembali kepada permulaan.

9/1/2017 Isnin pukul 9 pagi, Jay dan Aroon berdepan dengan profesor dan menceritakan apa yang berlaku. Umpama Deja Vu, mereka mula buat buat pembincangan kembali di depan permainan. Dibelakang permainan itu ada nota.

"Matahari menunjukkan 12 bulan, Bulan menunjukkan 30 hari. Apabila anda memulakan permainan, karma akan turun bermain! Syiling bergerak apabila dadu dibaling. Magis akan berlaku dan peluang akan bermula. Mainkan Paramapatham untuk serah diri kepada Tuhan! Ular tangkap anda kerana dosa anda. Bantuan adalah tangga anda. Lengan anda akan menjadi kunci!"

Akhirnya ini penamatnya tapi bagi mereka penamat bagi permulaan. 

Saya tak tahu cerita ni best ke tak, bagi saya yang suka sejarah saya suka walaupun berbelit-belit otak untuk huraikan. Kadang-kadang saya membuat carian dalam google dan berulang-ulang kali menonton dia sampai faham. Apa-apa pun menarik belajar budaya luar. Dan saya bangga ni filem dari MALAYSIA. 

Ulasan