Langkau ke kandungan utama

Ebook Kita Okey Ke? ~Penulis Pena Kayu~


TAJUK: Kita Okey Ke?
PENULIS: Pena Kayu
PENEBIT: Rumah Pena Kayu Enterprise
MUKA SURAT: 274 Helaian
RATING: ⭐⭐⭐⭐⭐
SINOPSIS: Namaku Yura. Ayahku Kharman. Panggil aku Yura Kharman.

Tahun lalu aku disatukan dengan Zaen. Anak kawan baik ayahku. Aku ada pilihan hati sendiri dan setahu aku, Zaen pun ada pilihan hatinya sendiri. Dapat bayangkan tak betapa bercelarunya hubungan kami?

Tapi tak mengapa sebab kami komited untuk menjayakan perkahwinan ni. Kami menjadi teman serumah berkonsepkan kau dengan hal kau dan aku dengan hal aku.

Tapi yahhhh... belum cukup setahun Zaen sudah ada perempuan lain. Namanya Laudia. Perangai Laudia ni masya-Allah, memang minta kena sula! 

"Sekarang Zaen nak hidup dengan saya. Nak saya jadi isteri dia. Dia dah tak nak awak. Dia meluat tengok awak dalam rumah ni." 

Maaflah, Laudia. Aku ni  bukan tipikal wanita yang akan tunduk sepanjang masa. Aku pun pandai melawan juga. 

"Awak nak saya mati? Minta maaf banyak-banyak, saya takkan bunuh diri. Itu kerja orang tak ada iman. Lagipun buat apa saya nak bunuh diri sebab Zaen? Macamlah dalam dunia ni dah tak ada lelaki lain yang boleh buat saya bahagia."

Aku penat. Aku sakit hati. Aku tak larat nak melayan perangai budak kecil Laudia. Aku lagi pening dengan perangai Zaen. Aku dah minta dilepaskan. Jadi kenapa aku tak lepaskan lagi? Zaen itu mahunya apa?

"There were three of us in this marriage. Aku, Zaen dan Laudia. It was a bit crowded."

ULASAN: Suka sangat cerita ni. Tak realistic tapi nampak isteri ni tabah dan kuat. Bukan senang nak jadi perempuan tabah tau. Bukan lemah tapi menunjukkan wanita ni berpendidikan. Memang ada perempuan macam ni and im proud of her.

Zaen datang bawa skandal, Laudia jumpa Yura. Yura pun waktu itu reda je la sebab dia fikir mereka berkahwin sebab wasiat ayah mereka. Disebabkan orang sekeliling termasuk Laudia suruh dia bercerai maka dia minta cerai. Zaen terima jer tapi selepas seminggu, sebulan langsung tak ada tindakan dari pihak Zean, Yura pun tak kisah. Cuma kadang-kadang dia serabut dengan skandal, kawan-kawan dan crush yang datang. Orang sekeliling memang ada baik dan buruk. Crush dia Elman, rakan sekerja dia merupakan kawan sekolah dia dulu. Rupanya senyap-senyap Zaen jumpa Yura untuk bagitahu masalah keluarga dan dia meminta Yura bersabar dan jangan minta cerai. Yura ni baru sedar yang dia sayang Zaen sebab itu dia berkahwin. Dia memang cemburu tapi tak sedar.  Zaen pun jeles dengan Elman sebab terang-terang cuba dekatdengan isterinya. Akirnya, Zaen dah tahu tujuan Laudia datang goda dia dan masuk dalam keluarga dia. Dia memutuskan hubungan itu dan kembali kepada Yura dan dia tahu dalang sebenarnya yang cuba merosakkan keluarganya. Zaen dan Yura bersama kembali.

Cerita ni fokus kepada 4 watak ni, Zaen, Yura, Laudia dan Elman. Masing-masing ada cerita masing-masing dan keadaan yang memaksa mereka berubah. Pengakhirannya agak sedih gembira tapi Laudia dan Elman memang kuat. Menjadi pemaaf merupakan dendam yang terindah kan? Moga saya kuat untuk memaafkan orang 😄

Ulasan