Langkau ke kandungan utama

Novel Menunggumu ~Penulis Pena Kayu~

Assalamualaikum dan hai semua. Disebabkan hari ni hari ke 3 bercuti, saya habiskan novel in one night! 😱 Gila la saya ni hahahaha. Saya tak boleh nak berhenti bila dah mulakan pembacaan hahaha. 



Tajuk: MENUNGGUMU
Penulis: PENA KAYU
Terbitan: RUMAH PENA KAYU ENT.
Harga: RM 40
Muka surat: 536 HELAIAN
Belakang Buku:

"Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, mesti Rhea pun suka Adam."

Rhea itu anak yatim. Anak kawan baik Mama Sarah. Rhea itu parasit yang menumpang di rumahnya. Sedari hari pertama matanya melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis itu. Niat Mama Sarah untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat memarakkan lagi perasan tak sukanya.

"Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam."

Adam boleh naik sawan kalau begini. Keputusannya memaksa Rhea membantah niat Mama Sarah mendatangkan bencana besar. Rhea berani menyebut mahu menjadi isterinya? Dalam banyaknya alasan untuk membantah niat Mama Sarah, Rha memilih alasan mahu berkahwin dengannya? Apa dunia sudah mahu kiamat?

Adam meberontak. Adam segaja menolak menjadi jurutera seperti ayah dan memilih menjadi pilot. Adam belajar d luar negara. Habis belajar, Adam bekerja pula di luar negara. Dia senang terbang bebas di langit sana. Bertahun-tahun dia menjauhkan diri. Malangnya, jarak masa bertahun-tahun itu tak berjaya membuat Mama Sarah lupa pada permintaan Rhea.

"Berapa lama lagi Adam nak berfoya-foya deat luar tu? Mama dan beri Adam masa tiga belas tahun untuk buat persediaan. Dah sampai waktunya Adam berkahwin dengan Rhea."

"I'm not sure I can. I dont't think I can. Saya tak boleh kahwin dengan Rhea. Saya aan berkahwin dengan wanita yang saya suka. Dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat." 

Sudah berjuta kali dia menepis. Dia bercinta ddengan Mai. Dia bertunang dengan Dayana, tetapi kenapa akhirnya Rhea juga menjadi isterinya? Kalu pun dia mengaku dia pernah suka Rhea, tetapi Rhea masih seorang perampas. Rhea itu penyebab dia kehilangan perhatian mama!

Memang dia berperangai seperti anak kecil. Memang jiwanya tak pernah dewasa sejak dia tahu kebenaran. Kebenaran yang melarangnya untuk bahagia. Atau sememangnya, dia dilahirkan bukan untuk mencipta bahagia?
"Kita berpisah, Adam. Kita tamatka semua ni."

Ulasan:
                Adam dan Rhea adalah anak angkat kepada Mama Sarah. Adam merupakan anak luar nikah Mama Jannah iaitu mama angkat kepada Rhea. Disebabkan kemalangan yang menimpa pada Mama Jannah dan suami, Mama Sarah menjaga Rhea sampai besar. Adam pula tak suka Rhea, jadi dia menghalang hasrat Mama Sarah jadikan Rhea anak angkat keluarga itu. Rhea pula dah kena buli dengan Adam walaupun sejak dia tiba dari rumah tu dia dah jatuh suka dengan Adam tapi layan dingin dan sejuk beku Adam membuatkan dia terus lancar perang dengan mencadangkan dia sebagai bakal isteri Adam. 

"Keputusan mama nak ambil Rhea sebagai anak angkat demi kebaikan Rhea. Mama nak Rhea jadi anak mama yang sah di sisi undang-undang."
"Rhea tak boleh. Tolong batalkan, mama."
"Rhea..." keluh Mama Sarah. Suaranya semakin kendur sahaja.
"Mama akan kehilangan Rhea kalau macam ni. Rhea tak sudi jadi anak angkat mama."
Kalau tadi hanya satu tangan Mama Sarah yang digenggam, sekarang Rhea telah menggenggam erat sepuluh jari tangan Mama Sarah. Senyuman diberikan pada Mama Sarah. Dia sudah bersedia untuk menyakiti Adam pula dengan rancangan jahatnya.
"Mama takkan kehilangan Rhea."
"Tapi Rhea tak nak jadi anak angkat mama.  Lambat laun mama akan kehilangan Rhea juga."
Susah benar hati Mama Sarah. Keluh dan kesah Mama Sarah berlarutan.
"Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam." - muka surat 30

                Cadangkan itu disambut baik oleh Mama Sarah dan Adam menentangnya dan memberontak dengan cadangan Mama Sarah. Adam keluar rumah sejak habis SPM, lepas itu belajar di luar negara serta berkerja sebagai pilot. Mama Sarah memang kecewa tapi dia tetap teruskan cadangan itu. Manakala Rhea sedar yang dia tersalah langkah mula memujuk Mama Sarah untuk lupakan hasrat itu sebab dia dan Adam selalu bergaduh bila berjumpa. Tak ada yang indah hanya kata-kata bisa keluar dari mulut Adam menyuruh dia pergi dari keluarga itu. 

                Adam keluar dengan Mai tapi Mama Sarah tak suka dengan perangai buruk Mai. Lepas itu Adam bertunang dengan Dayana. Mama Sarah tak bersetuju tapi terpaksa sebab campur tangan Rhea. Rhea masa itu pasrah yang dia memang tak dijodohkan dengan Adam jadi dia terima Hilman, merupakan sepupu Dayana yang terus terang menunjuk minat pada Rhea. 

                Keadaan jadi rumit, Adam dan Rhea kena tangkap basah. Mama Sarah pula jatuh sakit kerana menderita penyakit kanser rahim dan meninggal dunia setelah mendapat rawatan. Adam dan Rhea meneruskan rancangan Mama Sarah iaitu mereka berdua berkahwin. Mula-mula itu nak sesuaikan diri mereka selalu bergaduh dan Mak Jah menjadi pendamai dan pengataraan antara Adam dan Rhea. Adam memang terang-terang jeles dengan Hilman kerana Hilman menunjukan dia suka pada Rhea walaupun Rhea dan berkahwin dengan Adam. Tapi rupanya Hilman ni lelaki 2 wajah. Seram dendam Hilman. Tapi cinta mengatasi segalanya. Adam dan Rhea bercakap dari hati ke hati dan Adam terangkan segalanya apa dia buat dan kenapa dia buat macam itu. Semuanya berakhir dengan baik dan Adam dan Rhea hidup bahagia. Memang limited edition jenis Adam ni. Dalam kasar terselit kasih sayang dia. Sebab itu saya cakap cukup rencah sampai saya habiskan bacaan dengan senyuman. 😊

"Abang belum habis cakap lagi. Tidak semena-mena Adam menjentik dahinya. Terpana Rhea dibuatnya. Hilang semua perasan sebaknya. Diganti dengan rasa terkejut.
"You will never be unloved by me..." Adam mengulangi kata-katanya. Tangan gagah Adam juga telah pun memaut bahu Rhea lalu ditarik supaya dekat padanya. Kecupannya singgah pada bahu Rhea yang terdedah. Kemudian bibirnya bergerak lalu berhenti di tepi telinga Rhea.
"... because you are too well tangled in my soul, Rhea. Sampai mati. Sampai jannah. Sampai bila-bila." - muka surat 529
 
                Umpama saya buka kotak puzzle dan susun 1 per 1 untuk jadikan 1 gambar yang lengkap. Semua watak ada peranan masing-masing langsung tak buat saya tertanya bila habis baca. Saya memang suka dengan penulisan Pena Kayu. Cukup rencah dalam 1 buku. Macam novel Scandalous, macam tu la dalam novel Menunggumu mampu buat saya tak boleh berhenti untuk mengetahui setiap bab. 

Rating: 5/5 BINTANG! 

Ulasan