Langkau ke kandungan utama

Novel Kenzi X Embun ~Anna Lee~

Assalamulaikum dan hai semua. saya nak kongsi novel saya baca dalam masa 24 jam. Novel memang tak bagi saya pelung untuk berhenti tidursekejap. Setiap helaian buat nak tahu apa jadi.


Tajuk: KENZI X EMBUN

Penulis: ANNA LEE

Terbitan: PROLOG MEDIA

Mukasurat: 469 HELAIAN

Harga: RM 30

Belakang Buku:

Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.

Namun, kemunculan septong kek bersama sekeping kad nama tela menghuru-harakan hidupnya. 

Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.

"Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian.Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Cadang Ross.

Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju.

"Buat with one condition." Matanya merenung serius.

"Okey?" Ross dekatkan diri dengan Kenzi.

"Find someone whom I will never fall in love with, will you?" Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.

Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-segala berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?

Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?

Ulasan:

                Saya suka dengan cerita ni. Agak klise tapi enjoy baca 😍. Dengan Mr Ross yang gila-gila bersama dengan Embun dan Fiza memang prefect trio combo 👍👍. Muka ketat Kenzi, mereka buat bahan jenaka. Bila tuan badan tahu mereka diam seribu bahasa sebab kena hukum memang lawa. 😆😆😆

                Dimulai cara macam Mr Ross cari pasangan untuk Kenzi yang disebabkan dia sebagai bapa saudara mahukan zuriat yang sah sebagai pewaris mereka. Disebabkan Kenzi rasa annyoing dengan perangai bapa saudara dia,  dia layankan je la sambil letak syarat cari yang dia tak akan jatuh cinta. Dan sudah pasti Mr Ross setuju.

"Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian.Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Ross kembalikan isu utama perbualan mereka.

Kenzi mendengys kasar. Mata dijulingkan ke atas. Bosan!

"Kau cuma perlu cakap ya, aje. Nanti aku carikan. Aku uruskan semua.Kau angguk dan sediakan ehemmm ehemm aje." Mulut dimuncungkan ke aras seluar Kenzi.

"Seriously?" Kenzi tayang muka sebal.

"Come on!" Ross tenung Kenzi.  "Yes?"

Kenzi menjeling sebal. setelah beberapa saat dia berdiam diri akhrinya dia bersuara.

"Buat with one condition." Matanya merenung serius.

"Okey?" Ross dekatkan diri dengan Kezin. Tidak sabar hendak tahu syarat itu.

"Find someone whom I will never fall in love with, will you?" Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. 

-  muka surat 3

                Mr Ross pilih Embun yang kebetulan buat drama tumpah air pada ex husband dan skandal dia di Cafe. Mr Ross pun bagi sepiring kek dan sekeping kad sebab klo Embun call dia, dia terus reject dari list. Embun yang jenis tak kisah dia abaikan dan BFF dia Fiza menyimpan kad tersebut. Sejak dari itu, Embun selalu dapat barang berjenama dari Mr Ross.  

                Embun pula ada masalah sakit hati di tempat kerja dimana dia dan ex husbad dan skandal dalam 1 syarikat yang sama tapi berlain department. Bertambah lagi mereka berdua (tak tahu malu) mengumumkan berkahwin. Walaupun Embun tak ada rasa apa-apa, dia tetap rasa kecewa dan terhina. Faham-faham je la mulut orang sekeliling macam netizen juga. 😂😂 Tapi dia cekalkan hati dan happy dengan Fiza yang juga pekerja syarikat yang sama tapi department lain. 

                Kehidupan Embun mula huru hara dengan kedatangan Mr Ross dan Kenzi as pelanggan VVIP syarikat itu. Mereka terlibat untuk berkerjasama dan Embun sekali lagi terpaksa berkerjasama dengan ex husband untuk projek tersebut. Dengan perangai annyoing Ex husband + skandal dan bercampur sikap romantik tak bertempat oleh Mr Ross yang orang salah anggap teknik mengayat itu membuat Embun stress. 😂😂😂 Kenzi yang muka ketat pun termasuk sekali sebab dia tengok macam mana layan ex husband dengan Embun. Memang berat sebelah dan langsung tak hormat ex wife. (Realiti lelaki macam ini memang wujud dan mereka memang tak tahu malu sebab suka jatuhkan aib bekas isteri. Dasar jantan tak berguna! opss teremosi 😅😅😅) 

"Ini tempat bekerja M. Bukan tempat bercinta.Tak perlulah you nak show off dekat semua orang yang jantan tu tergilakan kat you sampai sanggup penuhkan bilik ni dengan bunga." Jovi menjegilkan matanya.

"Show off apa pula ni Jovi?" Embun hempas bunga atas meja. "Manalah i tahu dia nak hantar semua ni dekat sini." Embun mula bengang. Pantang betul dia dituduh dengan tuduhan liar.

"Jadi memang betullah you tengah bercinta sekarang ni?" Jovi mencerlung. "Siapa jantan itu? Si Johan tu?" Jovi senyum sinis.

Dia masih berdendam dengan Johan si mulut celopar yang dengan selamba mengutuk tunangnya pagi tadi. Jenuh dia cuba memujuk Salina yang mengamuk menyalahkan Jovi tak membela dirinya.

"Entah-entah selama ini you pun ada skandal belakang I, kan?"

"You jangan nak samakan I dengan you."

"Tak payah nak berlakon lagilah, M. I tahu. Mesti you ada lelaki lain. You yang beria-ria minta I lepaskan you. Sebab you pun tak sabar nak bersama dengan jantan itu, kan? Baru habis edah beberapa bulan dah mula tayang jantan baru." Jovi mencebik.

"You mengarut apa ni? You sedar tak semua benda buruk tu, you yang buat? Kau orang berdua yang buat? Kenapa  nak letak salah tu dekat I? Dan I nak bercerai dengan you sebab you tu jantan tak guna. Tak ada guna pun I nak tunggu you lagi."

"Oh, jantan tak guna?  Habis yang you telefon I merayu-rayu I lepaskan Jovi tu kenapa? Sebab Jovi pilih I, terus tak guna? Eh, you tahu tak. Kalau you pandai layan suami, pandai jaga rumah tangga, dia takkan cari I tau? Salina mencebik sebal.

"Kau diam Salina. Ini hal aku dan Jovi!"

- muka surat 144 - 145 

                Disebabkan peristiwa dimalukan oleh ibu ex husband didepan semua orang dalam syarikat, Kenzi membuat mengakuan yang Embun itu tunang dia. Semua gempar dengan berita ini dan di masa sama ex husband ada masalah dengan skandal dia. Embun tak bersetuju sebab dia rasakan Kenzi tak ikhlas. Masa ni Mr Ross memainkan peranan supaya rancangan dia terjadi. Ketika ini juga Kenzi berjumpa tak sengaja keluarga angkat dia iaitu keluarga Embun. 

                Kenzi dan Embun berkahwin dan Embun dan berhenti kerja dari situ dan mula berkerja di bawah syarikat Kenzi untuk teruskan projek tersebut. Skandal ex husband buat pakatan dengan ex husband mahu malukan Embun dan Kenzi. Manakala Embun dan Kenzi masih dari prosess sesuaikan diri dengan kehidupan suami isteri, mereka sama-sama berlajar kekurang masing-masing, memang sweet sangat. 

"Morning." tegur Kenzi sebaik saja Embun membuka matanya. Tangan menongkat kepala merenung lembut wajah isterimya.

"Morning." Embun menutup separuh wajah dengan kain selimut.

"Peliklah sayang..." tiba-tiba saja Kenzi mengunakan panggilan manjakan pada Embun.

"Apa yang pelinya?" Mata Embun yang kuyu menjadi segar. Perasaan malu yang bertandang perlahan-lahan beransur pergi.

- muka surat 445 

 Embun terjumpa surat perjanjian antara Kenzi dan 'isteri sewa' untuk lahirkan zuriat, Embu kecewa dan Mr Ross datang clearkan keadaan yang tegang mengattakan Kenz memang jatuh cinta dengan Embun dan lagi buruk lagi Mr Ross kena jalani rawatan kanser. Selepas 6 bulan,mereka bertemu kembali dan mereka bergembira sebab Embun sedang mengandung dan keluarga bersatu dengan harmoni.

                Memang best sangat cerita ini walaupun kadang-kadang nak tahu apa jadi skandal  ex husband dan ex husband itu? Masih bersama ker? Menyampah dengan watak skandal yang suka menyalahkan ex wife kerana tak jaga suami sedangkan dah sondol tu ingat lelaki tu sami atau pederi ke? Crazy otak penyodol. Ex husband pula lelaki tak guna. Memang ex husband kelabu otak ke apa lepas dapat yang baru yang lama hina kerana nak cover pengarai tak senonoh dia tu. Dua makhluk ni bagi saya tak muka dan berhati busuk. Curang adalah pilihan bukan takdir. Watak Fiza pun hilang macam itu juga, maybe masih berhubung tapi tak serancak sebelum Embun berkahwin kan. Apa-apa pun happy ending. Kenzi macam prefect guy dari jahat kepada baik. Embun memang bijak dalam semua perkara dan ex husband manusia paling rugi hanya Embun bukan seorang girl manja macam skandal? Ex husband dia memang betul-betul memalukan lelaki la hahaha. Watak paling paling mesti la Mr Ross kita ni. Saya suka Mr Ross sangat sangat. 😍😍😍

Rating: 5/5 BINTANG

Ulasan