Langkau ke kandungan utama

Novel Yang Mencintaiku ~Penulis Zati Mohd~

 

Tajuk: Yang Mencintaiku

Penulis: Zati Mohd

Penerbit: Penerbitan Kejou Book

Muka Surat: 257 Helaian

Harga: RM29

Ranting: ⭐⭐⭐

Sinopsis: CURANG! Curang itulah sebuah pilihan bukan takdir yang sudah tertulis. Perkahwinan tanpa zuriat bukanlah suatu ujian yang mudah untuk semua pasangan. Dihina, dicaci dan dicemuh adalah asam garam untuk mereka yang telah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan zuriat.

Akibat daripada masalah kesihatan yang di alami oleh Mia. Diaa dijadikan alasan untuk  dicurangi oleh Amir. Bahkan kecurangan Amir mendapat sokongan rakan-rakannya sendiri.

Hidup bermadu bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Mia untuk isteri pertama mengalah sudah tidak relevan di zaman moden ini. Dia bangkit kembali, segala harta, kemewahan yang disaji buat Amir di ambil semula. Berkali-kali dia meminta cerai Amir tidak mahu ceraikan akhirnya dia menuntut fasakh.

"Abang takkan ceraikan Mia. Abang tak dapat Mia. Tak ada siapa pun boleh dapat Mia. Abang akan gantung mia tak bertali." - AMIR

"Sampai hati abang, dah lah abang seksa hati dan perasan Mia.. sekarang abang nak sekat pulak hak Mia. Apa dosa Mia dengan abang" - MIA

Perkenalan dengan Azri duda anak 3 yang kematian isteri membuka ruang di hati untuk dicintai. kasih sayangnya tumpah pada 3 anak yatim itu.

"You desrve to be happy with your own way." - AZRI

Selusuri kisah hidup seorang wanita yang bernama Mia di dalam YANG MENCINTAIKU - Cinta miliku selamanya. 

Ulasan: Saya membaca dengan cepat dan tak gelojoh 😆. Curang memang pilihan dan cara yang Amir buat pada Mia sangat memalukan. Berjanji tapi akhirnya mungkir janji. Ni lelaki bermulut manis tapi lidah bercabang. Rezeki masing-masing tapi Amir jadikan zuriat untuk dia berkahwin lagi. Malahan disokong oleh kawan-kawan tosik itu. Klo saya laa memang tak berkawan la. Tosik sangat. Dah orang itu tak ada zuriat yang terasa sangat sampai cakap tak kuat laa, tak jantan la tapi minta duit macam pengemis dan paling tak malu guna duit bini. Hiss pergi mampus la lelaki macam tu. Memang jantan la bab kata mereka kan.... bukan manusia tau. Saya marah sangat sampai merepek! hisss!! 😂

Mia kecewa dengan pilihan Amir, jadi dia setuju dan cuba bersabar walaupun sabarnya nipis sekulit bawang. Lagi sakit hati Mia bila mana Amir terang-terang melupakan dia sambil suaminya menambur janji yang Mia tetap isteri pertama. Teruk betul la Amir itu. Saya syak sebab Mia tu kaya sebab tu dia tak boleh nak ceraikan. Lagi memalukan bila Amir cuba minta duit bagi menampung lifestyle bini ke 2 dia tu. Sah otak Amir tu senget. Mula-mula cakap kahwin untuk zuriat tapi setahun tunggu tak keluar zuriat. Alasan muda lagi dan nak habis pembelajaran al maklum la berkahwin dengan pelajar sendiri. Mia sebelum mereka berkahwin, dia dah asingkan semua pembelanjaan yang pernah mereka berkongsi bersama malahan dia buang terus nama suaminya dalam syarikat sebab bagi dia langsung tak ada kepentingan. Amir terus cakap Mia tetap isterinya sampai bila-bila walaupun hidupnya dah start tak terurus sejak berbini 2 ini. 

Pada masa yang sama, Mia berkenalan dengan sepasang suami isteri iaitu Azri dan Ros ketika dia bercuti. Mereka berkawan rapat walaupun perkenalan yang singkat. Malahan adik mereka merupakan pekerja di syarikat Mia. Akhirnya Ros meninggal. Sebelum itu Ros berpesan agar Mia berkahwin dengan suaminya. Mia menolak. Azri pula patah hati sebab dia sayang sayangkan isterinya. Kehidupan Azri tak terurus membuatkan Mia ambil semua anak-anaknya. Akhirnya Azri sedar dan dia kembali pada keluarganya dan menjadi ayah yang baik.

Amir pula cemburu dan makin tertekan dengan kewangan dia. Dengan hutang berlambak dan keadaan yang tak terurus, membuatkan Mia bijak melepaskan diri dengan bersyarat Amir ceraikannya. Amir pun ceraikan Mia selepas habis berfikir. Mia gembira selepas bercerai dan jalani hidup gembira. Azri datang melamar Mia untuk jadi isterinya dan ibu pada anak-anaknya, dan Mia bersetuju dan mereka bahagia. Manakala Amir dengan bini dia bercerai sebab isterinya ditangkap basah dan Amir sekarang dibebani hutang yang banyak. Puas hati!

Walaupun kisah ni agak senang nak baca tapi klo berada di tempat Mia memang berat tanggung dia. Kena caci dengan kawan-kawan suaminya, dengan madu yang teruk perangai berserta keluarganya malahan suaminya Amir makin berat sebelah dalam kehidupan mereka berpoligami. Lelaki klo bergantung dengan isteri tolong la sedar diri yang awak itu tak mampu walaupun kehendak batil yang tinggi. Isteri adalah pelengkap hidup suami. Senang suami sebab isteri pandai kawal kewangan keluarga. Memalukan bila suami lupa diri dengan memilih wanita yang baru dan melupakan yang wanita yaang pernah susah bersama. Karma is real.   

Ulasan