Langkau ke kandungan utama

Ebook Berdiri Bulu Romaku ~Penulis Pena Kayu

Assalamulaikum dan hai semua. Nak share ebook yang baru saya beli tadi. Kebetulan duduk di office tertengok  petikan ebook ini, jadi terus saya belinya. Balik saya terus habis baca tanpa berhenti. Memang santai jer.

Tajuk: Berdiri Bulu Romaku

Penulis: Pena Kayu

Penebit: Rumah Pena Kayu Enterprise

Muka Surat: 186 Helaian

Rating: ⭐⭐⭐

Sipnopsis:

"Tak perlu berlagak suci, Hara. Saya tahu rahsia awak. Perempuan seperti awak ni, sesuai jadi simpanan. Tak sesuai djadikan isteri. Faham?"

Hara ada kisah gelap. Kisah yang terlalu gelap. terlalu memeritkan! Kisah Yang membuat dia nekad untuk hidup solo. Namun yang nekad itu jadi separuh masak setelah dia bertembung dengan Khai-Aleya-Zariff.

"Cuma Cik Hara yang boleh tolong saya sekarang. Cik Hara mesti buat Zariff lupakan isteri saya. Buatlah cara apa pun, asalkan Zariff tak kacau isteri saya lagi. Saya akan bayar lumayan."

Apa suami Aleya ini fikir, dia mata duitan? Apa suami Aleya ini fikir, hubungan mereka rapat sehingga leaki itu selamba sahaja meminta permintaan bertaraf bebal sebegini?

Pasti Hara menolak permintaan bebal Khai. Tetapi kenapa semakin dia menolak, semakin dia terbelit sama dalaam hubungan bersegi-segi tersebut?

"Memang ada ramai lelaki bangsat dalam dunia ini, Hara."

Ya, ramai. Salah seorang adalah lelaki yang sedang bercakap dengannya sekarang. Dasar lelaki tak guna! Perosak rumahtangga orang!

"Tapi Hara, ramai lagi lelaki yang baik. Yang tahu menghargai perempuan, yang memahami isi hati perempuan."

Tawanya hampir meledak. Pandai Dr Zariff berdendang tentang lelaki baik.

"Susah nak jumpa lelaki baik doktor. Dah nak pupus." Balasnya. Bila mengenang leaki-lelaki yang pernah singgah di dalam hatinya, semuanya bergenre  lelaki tak guna. Perangai lebih kurang sama dengan Dr Zariff.

"Awak dah jumpa, Hara."

Dia berpaling mencari Dr Zariff. Meneliti profil lelaki itu dari sisinya.

"Siapa?" Suaranya keluar seperti bisikan. Dia pun tak tahu kenapa suaranya mesti jadi begitu.

"Saya."

Kucar-kacir rancang hidup Hara. Niatnya nak membantu menyelamatkan rumahtangga Khai tak kesampaian. Sebaliknya dia pula ditimpa masalah. Dr Zariff si perosak rumah tangga orang itu, mula memberi perhatian padanya.
 
Kalau sudah begini rencana yang tertulis, bagaimana dia mahu membuktikan wanita tak sempurna sepertinya pun boleh dijadikan isteri?

"Doktor nak yang mana satu?" Hara menaikkan tangannya. Yang kanan memegang air kotak soya. Dan yang kiri memegang air botol mineral. Penuh sabar dia meunggu jawapan Dr Zazriff.

"The one in the middle."

Eh, Dr Zazriff ni. Dia jawab tenga-tengah pulak. Mentang-mentang Hara yang duduk tengah, dia jual minyak pula.

Ulasan: 
Di mulakan dengan Dr. Zariff kecewa bila tunang dia kantoi curang dengan lelaki lain. Jadi dia putus tunang dan jalani kehidupan macam biasa. Manakala Hara pun sama putus tunang kerana kisah silamnya. Selepas peristiwa di klinik, mereka kerap berjumpa disebabkan mereka tinggal berhampiran. Hara lagi sangsi dengan Dr Zariff sebab dia fikir Dr Zariff ni lelaki yang yang suka runtuhkan rumah tangga orang iaitu jiran sebelah rumah dia merupakan bekas tunang Dr Zariff. Selepas bekas tunang Zariff balik  kepada saminya, Dr Zariif melamar dia ketika mereka berjumpa di supermarket. Mula-mula Hara tak percaya tiba-tiba ada rombong meminang datang rumah dia! Hara tak dapat nak toloang sebab mama Hara dah setuju. Dr Zariff pula memang berniat mahu Hara jadi isterinya, jadi Hara pilih berdiam diri untuk tak menceritakan sejarah hitam kehidupannya. Mereka pun kahwin dan Zariff memang gentlemam walaupun sebelum berkahwin sikap dia diam dan serius. Hara pun menceritakan kehidupan dia dan Zariff cakap dia terim seadanya.  Mereka hidup bahagia. 

Pendek kan? Memang pendek, rasa tak cukup tapi ok la dari tak ada langsung. suka semua emua watak itu, walaupun annyoing juga la. Realitinya memang lelaki pandang luaran dan kolot! Perempuan pula dah dapat yang baik perginya curang dengan yang lain lepas tu kantoi mula merayu-rayu. Oh memang menyampah sangat. Memang patut pergi hospital mental buat ujian mentah dan jiwa. Rupa Zariff dah lama kenal Hara sebab itu dia selalucuba mendekati Hara. Hara pula  malu-lau walaupun perangai buntal sebab dalam diam dia turut jatuh suka ddengan Zariff. Sweet sangat 💕.

Ulasan