Langkau ke kandungan utama

Ebook Aku Ingin Bahagia ~Penulis Mum Linz~

 Assalamulaikum dan hi semua. Saya nak kongsi ebook saya baca. Ebook pendek dan santai jer. 



TAJUK: AKU INGIN BAHAGIA

PENULIS: MUM LINZ

MUKA SURAT: 335 HELAIAN

SINOPSIS: KERANA mengejar kesempurnaan, rasa cinta yang pernah terdetik di hati ditanam ke sudut hati yang paling dalam. Tak pernah diluah malah mahu dikuburkan tanpa sebarang tanda. Sangka Harith, kesempurnaan yang dipilih dalam diri Syakila akan membawa kebahagiaan. Ternyata, pilihannya silap. Semuanya musnah bila Syakila curang dan mengandungkan benih lelaki lain. Dalam sibuk merawat hati yang terluka kerana dikhianati, dia diminta berkahwin lagi. Permintaan uminya tak dapat ditolak. Bercinta bagai nak rak pun bukan menjamin kebahagiaan, itu kata uminya. Bagi Harith pula dia hanya mahukan bahagia. Doanya, semoga perkahwinan kali ini berhasil. Mampukah Harith menggapai bahagianya? Siapakah si gadis yang berjaya menakluki hati Harith? Adakah gadis sama yang pernah bertakhta di hatinya dahulu?

ULASAN: Harith merupakan suami yang sangat baik dan memahami. Disebabkan sikap Harith yang yang percaya dan sayang isterinya, Syakila sanggup curang dalam 3 tahun mereka berkahwin. Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, Syakila disahkan mengandung dan Harith dapat tahu, dia ceraikan Syakila. Syakila tak dapat terima hakikat dia bercerai tetap kacau kehidupan Harith. 

Zea merupakan sepupu Syakila dan anak saudara Hajah Ramlah. Zea dan Harith pula anak yatim piatu. Jadi Hajah Ramlah la tempat mereka menumpang kasih. Hajah Ramlah merupakan ibu tunggal kepada Syakila.  Hajah Ramlah mencadangkan Harith dan Zea bersatu tapi Syakila dalam diam tak menyukainya. 

Orang kata dah jodoh tak ke mana, Harith dan Zea bersatu dan mereka bahagia. Namun, Syakila tetap nak tak suka kerana baginya Harith miliknya. Pelik perangai Syakila ni, dia buat perangai curang lepas tu meroyan sorang-orang. Dia patut bersyukur punya ibu yang sayang padanya walaupun dia dah buat perkara yang buruk. Perempuan memang complicate.

Akhirnya disebabkan perangai pendek akal Syakila, Hajah Ramlah meninggal dunia akibat kemalangan. Syakila bawa diri jauh dari situ. Zea dan Harith hidup bahagia. Zea baru tahu yang Harith suka dia dan dia bukan bertepuk sebelah tangan tapi sebab Harith dulu mencari kesempurnaan tu dia berkahwin dengan Syakila. Semua tu dah ditakdirkan.

Ulasan