Langkau ke kandungan utama

Drama Romantic Killer


Tajuk: Romantic Killer

Rating: ⭐⭐

Genre: Anime, Romantik dan Kelakar

Sinopsis: Apabila remaja perempuan kaki game Anzu ke dunia lelaki handsome, dia macam bermimpi... seolah-oleh permainan game!

Anzu Hoshina mempunyai kehidupan yang bahagia. Setiap hari dia bermain game, main coklat dan makanan ringan dan bermain dengan kuncing kesayangan dia. Tapi kewujudan yang membahaagiakan ini bertukar menjadi kacau apabila ahli sihir mengubahkan dunia yang dia suka kepada realiti tanpa rutin kesayangnya. Dan dia terjebak dengan lelaki handsome dalam kehidupannya! Bagaimana dia mahu bertahan dalam dunia yang dia tak suka? Jadi, Anzu mesti bermain bersama dalam realiti yang ahli sihir cipta itu untuk berubah kepada kehidupan normal.


Episode: 

1.  KENAPA SIHIR BERGITU RUMIT UNTUK DIFAHAMI?

Anzu bahagia dengan dunianya. Dia pelajar sekolah menengah yang suka bermain game, makan coklat dan makanan ringan yang banyak dan punya kucing kesayangan, Momohiki. Dia tak suka membuang masa seperti bercinta. Jadi dia dipilihkan oleh ahli sihir Riri yang menunaikan hajat dan impian untuk jadi Anzu subjek ujian pertama untuk mencari cinta dalam kehidupan sebenar. Riri mengambil pemainan game, Momohiki dan semua coklat kesukaannya. Pada hari itu, Ayah dan ibunya ke Amerika bersama Momohiki kerana ayahnya bertukar kerja di sana. Riri mengunakan magik untuk hilangkan semua coklat. Anzu berjumpa subjek ikemen, Kazuki pelajar sekolah tahun 1 kelas 7. Anzu mula-mula tak suka sebab Kazuki seorang yang tak mesra dan lelaki yang menjadi kegilaan pelajar perempuan jadi dia memang mengelak dengan Kazuki sebab Kazuki calon ikemen. Tapi mereka selalu terserempak, dan Kazuki menolong Anzu. 


2. MASA UNTUK KANAK-KANAK TIDUR

Ketika itu hujan lebat, Kazuki menolong Anzu tapi Anzu risau dia terjatuh hati jad dia cuba menindakkan. Kazuki pergi rumah Anzu untuk menolong dia buang lipas. Rizi membuat keadaan makin parah dengan hujan ribut dan Kazuki kena tidur di rumah Anzu.  Jadi mereka bermain permainan sampai mereka tertido.


3. KEHIDUPAN SAYA IBARAT PERMAINAN DATING

Keesokkan harinya, rumah Kazuki banjir jadi dia kena pindah keluar untuk tinggal di tempat lain. Anzu pada mulanya tak nak Kazuki duk di rumah dia sebab dia takut jadi macam pemainan dalam game, tapi disebabkan dia kesian kerana masalah berpunca dari dia jadi dia benarkan duduk rumah dia. Kazuki yang sediakan makan tengah hari dia sebab Anzu tak pandai masak manakala Kazuki berkerja part time dan Kazuki yang tolong kemas rumah sebagai syarat dia duk rumah. Diperkenalkan Ikemen ke 2, Junta.

 

4. KAWAN ZAMAN KANAK-KANAK IALAH MOD MUDAH

Riri cakap Junta kawan sekolah rendah yang menaruh hati kat Anzu tapi Anzu tak percaya sebab dia tak pernah ingat yang dia ada kawan sekacak dan tinggi macam Junta. Junta terkejut melihat Kazuki duk di rumah Anzu. Dia tak percaya Kazuki tak ada perasan dengan Anzu. Riri suka sebab ni macam hubungan cinta 3 segi. Junta pemain besbal sekolah. Junta memang nampak sangat suka dengan Anzu. Perminat Kazuki berjumpa dengan Anzu untuk tanya yang dia ada perasan Kazuki tapi Kazuki cakap dia tak berminat bercinta jadi dia nak jadi GF Kazuki dan Anzu tak nak tolong. Riri versi perempuan tolong dia jauhkan Anzu dari peminat itu.


5. AWAK LEBIH MENYUSAHKAN DARI DAGING DAN DARAH

Kazuki dan Junta terdengar perbualan itu, dan mereka mula-mula berminat untuk tolong tapi akh irnya biarkan jer sebab Anzu boleh kawal keadaan tanpa masalah. Mereka berempat makan malam bersama-sama.  Keesokkan hari ni ketika Junta mahu hantar bekalan makan mak Junta masak pada Anzu ada perompak pakaian dalam merompak masuk. Junta dan Anzu mengejar perompak itu dan berjaya. Mereka berdua terserempak dengan Kazuki ketika dalam pejalanan balik. Mak Junta dapat tahu kejadian itu menuruh Junta tinggal dengan Anzu. Anzu terkejut sebab keadaan makin teruk dah macam dalam permainan game macam Riri nak! 


6. JANJI TEMU "PENJELAMAAN SEMULA DI DUNIA BERBEZA"

Anzu, Kazuki dan Junta tinggal bersama dalam 1 rumah. Riri suka sangat dengan perkembangan ini walaupun Anzu marah gila-gila. Mereka berdua selalu bertumbuk tampar. Anzu dah muka kerja part time.  Mereka mula bertiga bersama walaupun masing-masing ada hal masing-masing. hari yang lain,Kazuki ajak Anzu membeli belah, jadi Anzu pun ikut. Anzu memang tak berdandan klo keluar dan dia suka beli shopping dalam online dan semua baju sampai seluar dalam pun gambar kucing.  langsung tak ada baju jalan-jalan macam perempuan. Jadi Kazuki menyuruhnya beli baju jalan-jalan. Rizi versi perempuan memnolong Anzu kira macam date dengan Kazuki la. Ketika di shopping mall, mereka gembira membeli belah sampai la Kazuki mula gemuruh atau takut ketika menunggu Anzu. Kazuki mempunyai masalah untuk sesuaikan diri dengan suasana orang ramai disebabkan dia lelaki yang kacak (?) Junta sedih tak dapat ikut serta. Mereka makan malam dan menonton TV bersama-sama. Anzu rasa semua berjalan dengan lancar tapi Rizi buat plan baru. Ikemen yang ke 3 muncul! Kemalangan ditepi selekoh.

7. AWAK SANGAT ANEH

Ikemen yang ke 3 ni anak orang kaya di sekolah. Hijiri  dari kelas 8 seorang putera sekolah. Dia ingatkan Anzu buat-buat langgar sebab Anzu mahu dekati dia tapi Anzu terang-terang menolak dia. Dia pun cari kesukaan Anzu dan memberi barang macam Anzu suka tapi Anzu tak terima sebab dia tak suka sebab yang kaya ibubapa Hijiri bukan Hijiri. Hijir terkejut dengan penolakkan dan mula berlajar macamna nak cari duit sendiri. Hijiri berkerja part time sama tempat dengan Anzu. Gaji pertama Hijiri mahu belanja Anzu tapi Anzu tak mahu jadi dia suruh belanje aiskrim pop jer. 

8. ALAMAK! SAYA JADI ANGSA

Ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli buku kucing kegemaran Anzu, Anzu diselamatkan oleh wanita. Rupanya wanita yang selamatkan Anzu itu kakak Kazuki, Arisa. Mereka berborak bersama-sama. Anzu tertanya-tanya kenapa Kazuki tinggal berjauhan dengan keluarga. Tapi Kazuki cakap nanti dia ceritakan. Keesokkan hari ni Riri bertukar jadi versi lelaki bernama Rio. Dia bercadang mahu berdating dengan Anzu. Mulanya Anzu tak tapi Rio buat tawaran yang dia beri baju kucing yang Anzu nak itu. Rio mengusik dengan 3 ikemen itu sampai Anzu mengamuk hahaha.

9. ALE HALIA IALAH KUASA HEBAT

Ketika dalam perjalanan pulang, Anzu berjumpa dengan kawan sekolah lama. Mereka lepak bersama dan bercerita ddengan kawan-kawan sekolah yang lain. Ketika itu, Anzu baru teringat yang Junta ialah Tonta yang selalu teman dia brmain dengan permainan video game. Mereka semua terkejut dena perubahan Junta/ Tonta sebab Tonta budak gemuk dan selalu sendirian sekarang menjadi jejaka kacak dan pemain besbal yang handsome. Jadi kawan sekolah rendah mahu buat majlis perjumpaan semula. Jadi Anzu dan Junta ikut walaupun Junta lambat sikit kerana ada latihan besbal. Jadi memang Junta ada perasan dengan Anzu tapi Anzu buat-buat tak ahu sebab nti dia rasa kekok HaHaHa. Ketika hari majilis perjumpan itu, Anzu didandan oleh Riri dan Kazuki menolong dia ubat penampilan. Rakan sekolahnya terkejut dengan imej Anzu, mereka ingat Anzu tetap perempuan nerd kaki game. Mereka bermain bersama-sama dan ketika itu baru dia tahu Ryuya suka Anzu tapi Anzu tak nak sebab dia lelaki curang haha. Anzu cinta pertama dia tapi dia boleh jatuh cinta dengan yang lain haha. Patut la Ryuya bukan calon ikemen Anzu hahaha. Ryuya cemburu dengan Junta dari zaman sekolah rendah lagi jadi Ryuya minta maaf. 

10.  AWAK SALAH JALAN

Saki datang bermalan dengan Anzu. Dia baru tahu yang Kazuki dan Junta tinggal bersama dengan Anzu. Saki ni nampak je lembut tapi sangat berani. Episode ini Saki imbas kembali mereka mula berkawan baik. Riri ajak ke festiva musim panas. Anzu dan Kazuki tak nak tapi Junta nak pergi. Jadi mereka berdua terpaksa ikut. Mereka pakai yutaka dan pergi kat sana beramai-ramai. Junta terserempak dengan Ryuya tapi Ryuya cakap kenapa Anzu rapat dengan Kazuki. Dia suruh Kazuki cepat-cepat luah perasan dengan Anzu sebab bagi dia Junta dikecualikan dari persaing dia. Ryuya tetap mahu jadi ikemen Anzu hahahaha. Ryuya memang tak putus asa. Kazuki pula mula rasa macam penyakitnya datang kembali.Dia memang tak suka dengan tempat ramai orang. Saki terjumpa dengan  Makoto dan Makoto selamatkan Saki dari bekas teman lelaki Saki. Hijiri pun ada sekali dan mereka bersama-sama menikmati pertunjukan bunga api.  

11. BERITAHU SAHAJA KALAU AWAK TAK SUKA

Hijiri ajak Anzu dating lagi kali ni ajak ke taman permainan. Mereka berseronok dalam itu. Dalam masa yang sama, seorang perempuan ikut mereka. Rupanya Yukana, teman wanita Kazuki. Anzu terkejut. Sampai rumah Kazuki terkejut dengan kemunculan Yukana tapi Anzu tak ajak langsung Yukana masuk ke rumah. Dia rasa macam tak kena dengan Yukana. Kazuki bagitahu yang Yukana ini perempuan penghendap dia. Kerana dia la Kazuki terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana Yukana kacau dia di sekolah, rumah dan semua tempat dia pergi. Malahan Yukana menceroboh masuk ke rumah Kazuki dan mengambil gambar lalu upload gambar dengan caption yang membuat orang benci dengan Kazuki. Jadi Kazuki mula di benci oleh orang sekeliling. Malah Ayahnya tak percaya dengan Kazuki. Jadi Kazuki buat laopran polis dan dia jadi sakit mental kerana peristiwa itu. Anzu menenangkan Kazuki dengan kepercayaan walaupun mereka baru kenal. Mereka bertiga mula berhati-hati dengan Yukana. Yukana pula jadi seorang perempuan yang mangsa buli dan disebabkan pertolongan Kazuki itu dia jadi obes dengan Kazuki. Yukana bagitahu makcik dia yang dia mangsa percintaan terlarang oleh tu Yukanaa selalu terlepas dari polis. Kiranya Yukana ni dari keluarga kaya. Yukana mengumpah gangster itu cerderakan Anzu tapi disebabkan magik dari Riri dia terselamat kerana  Riri mesej semua kawan-kawan Anzu. Kazuki dan Junta perasan yang nyawa Anzu dalam bahaya dan mereka cuba menlindungi dia. 

12. Kisah berakhir?!

Yukana mula menyerang Anzu selepas Anzu balik dari kerja. Disebabkan Riri tak boleh guna magik dia jadi cuba menarik kawan-kawan Anzu untuk mencari Anzu. Kazuki mula berdepan dengan Yukana dengan menghalang Yukana cerderakan Anzu. Anzu tetap berpihak dengan kazuki dan apa yang dibuat oleh Yukana ni salah. Yukana tetapi suka dengan Kazuki dan dia tetap mahu bersama dengan Kazuki. Polis datang tangkap Yukana. Ayah dan ibu Kazuki datang tapi tetap dia salahkan Kazuki membuatkan Anzu marah. Hijiri mengunakan pengaruh keluarganya dengan menghalang Yukana keluar dari penjara manakala Riri mengunakan magis untuk melupakan ingatan Yukana. Disebabkan Riri buat kesalahan mengunakan magik untuk tujuan tak sepatutnya dia ditukarkan kerja dan terima hukuman. Anzu dapat tahu terus dia paksa Riri dilepaskan dan bertugas macam biasa. Anzu cakap mana tahu dia bercinta dengan Riri. Hubungan yang rumit tapi Riri sukakanya. 

Bersambung atau tamat entah laa... yang pasti saya suka sangat jalan cerita macam ini sebab nampak klise tapi kelakah. Setiap episode berkembang dan makin kelakah. Seronok tengaok Anzu belasah Riri sebab dalam baik Riri suka mengenakan Anzu dengan sence video games haha.

Ulasan