Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Novel Dr. Alpha Male ~Penulis Anjell~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2017 Jadul:  Dr. Alpha Male Nama Pengarang:  Anjell Penerbit:  Karya Seni Bil. M/S Buku:  691 Helai Belakang Buku:     Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. “Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH  Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. “Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. “Cakap elok-elok sikit tak bole

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2022 Jadul:  Setia Di Akhir Waktu Nama Pengarang:  Farra Farisha Penerbit:  Farra Farisha Publication Bil. M/S Buku:  373 Helai BLURB: Lima tahun berumahtangga, kehidupan Farah Waheeda dan Azaad Muqri cukup bahagia seperti pasangan lain. Kekurangan yang ada dalam rumah tangga mereka tak pernah langsung melunturkan kasih sayang Farah pada Azaad.  Farah saling melengkapi apa yang terkurang dalam rumahtangga mereka. Farah tidak pernah merungut dan meminta dari Azaad. Bahkan dia tahu apa yang mahu dilakukan dalam rumahtangga mereka supaya lebih sempurna.  Sifat bertimbang rasa dan memahami Farah buatkan Azaad mulai melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Segala hal ehwal rumahtangga dibebankan atas bahu Farah seorang. Kata Azad, Farah hebat dan mampu uruskan segalanya tanpa bantuan darinya. “Abang, bil api dengan air bulan ni belum bayar lagi. Yuran taska a

Novel Dheo's ~Penulis Anjell~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2018 Jadul: Dheo's Nama Pengarang: Anjell Penerbit: Karya Seni Bil. M/S Buku: 653 Helai Belakang Buku:    Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya. Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han. Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya. “You can’t

Novel The Story of Maria ~Penulis Anuar Darwisy~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2022 Jadul: The Story of Maria Nama Pengarang: Anuar Darwisy Penerbit: Kaki Novel Bil. M/S Buku: 379 Helai Belakang Buku:    Desas-desus masyarakat setempat mengatakan apartmen itu berhantu. Ada yang mendakwa puaka di situ boleh menyerupai orang yang dikenali. Termakan helah, boleh mendatangkan musibah. Dafi tidak ada pilihan lain untuk menyewa bilik di apartmen itu kerana sewanya murah. “Cuma satu aje aku nak pesan. Bila malam, jangan nak melilau sangat.” – Iman “Beraninya kamu, Dafi! Kalau akak, mati hidup semula pun tak mahu menyewa situ.” – Zubaidah Sehinggalah gangguan demi gangguan yang dialami, membuatkan kehidupan Dafi berubah. Kemuncaknya, Rahim yang menumpang tinggal di apartmen itu buat sementara waktu, dirasuk dan kemudiannya hilang tanpa penjelasan munasabah. “Dia ada dalam rumah ni cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita.” - Jamali Benarkah

Novel Cinta berganti Nyawa ~Penulis Hannaz~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2021 Jadul:  Cinta berganti Nyawa Nama Pengarang:  Hannaz Penerbit:  Karya Seni Bil. M/S Buku:  541 Helai Belakang Buku:     Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang memdendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran.  Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas?  Ada hikmah disebalik semuanya ini. Allah sudah atrurkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Rumusan: Genre aksi dan romantik. Yasmin sor

Ebook 27 A... Kita Bertemu ~Dhiya Zafira~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2020 Jadul:  27 A... Kita Bertemu Nama Pengarang:  Dhiya Zafira Penerbit:  Porengkertas Publication Bil. M/S Buku:  225 Helai BLURB:     -Tiada- Rumusan: Hubungan toxic antara Naja dan Faizal dan keluarganya. Faizal, suami yang teruk sanggup menduakan isterinya demi kepentingan diri dan menjalinkan hubungan serta berkahwin dengan Wida, seorang perempuan agak kaya. (Faizal ini kira lelaki tak malu laa) Faizal berjaya sampai jadi dokor pun sebab isterinya menolong tapi akhirnya memilih untuk menduakan. Wida (nampak macam perempuan "i sanggup bermadu tapi hempeh!" Nampak baik tapi kejam sangat sampai sanggup menipu). Wida ni suka memburukkan Naja. Faizal ni macam Dan Broderick . SAMA! Bezanya akhirnya Faizal ceraikan Naja, dia bahagia dengan Wida (ni memang tak adil tapi tu la realiti). Rees pula putus tunang dengan Elena. Elena curang dengan adik tiri Ree

Ebook 3 Years Later ~Penulis Amarfi~

  Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: - Jadul:  3 years Later Nama Pengarang:  Amarfi Penerbit:  - Bil. M/S Buku:  330 Helai BLURB:     -TIADA- Rumusan: Ebook ni ada 2 bahagian.  Bahagian 1 (Si iSteri) - Mimi yang lupa ingatan apa ang terjadi sekarang ini. Bangun tido tengok ada lelaki sebelah. Dia masih ingat lagi malam birthday dia makan sama-sama dengan family dan tido. Bangun je tido dia rupanya isteri orang. Terkejut jadi dia perlukan ruang untuk dia mengingati balik. Habis semua orang di interview, last sekali dia mengaku je la dia ada suami walaupun ingatan belum kembali lagi. Cerita ni berlaku time covid pula tu haha. Tuptup rupanya dia mengandung. Akhirnya dia ingat balik sebenarnya dia merajuk dengan suaminya. Bahagian 2 (Si Suami) - Baihaqi menceritakan bahagiannya apabila isterinya lupa ingatan. Kesilapan dia mengabaikan isterinya membuatkan isterinya merajuk panjang dan hilang ingatan.

Ebook My Dearest Hannan ~Penulis Teluki~

  Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: - Jadul:  My Dearest Hannan Nama Pengarang:  Teluki Penerbit:  - Bil. M/S Buku:  369 Helai BLURB: -Tiada- Rumusan: Dian seorang isteri dan kerjayanya sebagai pelakon. Dian percayakan sepupunya Athira untuk menjaga rumah tangga mereka, rupanya Athira ialah orang ke 3. Jadi Dian menuntut perceraian dari suaminya, Harith. Disebabkan Athira disahkan mengandung jadi Harith dipaksa berkahwin dan mereka berdua dihantarkan ke Terengganu oleh nenek mereka Puan Sri Adawiyah. Puan Sri Adawiyah tak suka Dian dan maknya sebab itu Dian dan maknya selalu dibuli oleh Puan Sri Adawiyah dan keluarga yang lain. Sementara itu, Dian berkahwin dengan Hannan. Hannan merupakan peguam yang menguruskan perceraian anatara Dian dan Harith. Athira merupakan cucu kesayangan Puan Sri Adawiyah jadi apa-apa yang Athira buat mendapat sokongan dari Puan Sri Adawiyah. Harith walaupun sudah berkah

Ebook A Beautiful Mess ~Penulis Dhiyana~

  Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2022 Jadul:  A Beautiful Mess Nama Pengarang:  Dhiyana Penerbit:  Kertas Putih Publication Bil. M/S Buku:  369 Helai BLURB: -Tiada- Rumusan: Kisah curang seorang suami. Rafeal suami kepada Nia yang suka berfoya-foya dan bertukar perempuan. Apa-apa yang Rafeal nak Nia tunaikan. Rafeal mempunyai kakak dan mak di kampung. Selepas Nia mengetahui kecurang suaminya, Nia buat banyak rancangan untuk Rafeal sedar. Tapi akhirnya Rafeal menceraikan Nia sampai 3 talak. Menyedari kesilapan yang dilakukan, Rafeal merayu dan berjanji untuk berubah. Rafeal dan kakaknya berancang membuat plan cina buta bagi memudahkan Rafeal berkahwin semula. Yang jadi mangsa ialah sepupu mereka, Muaz. Tanpa mereka sedari yang Muaz dan Nia mempunyai sejarah yang lama. Penamat kisah Nia ini ialah kacau/ serabut tapi indah sesuai dengan tajuknya. Nia seorang cerdik dan tabah walaupun banyak kali

Ebook Tiada Yang Kedua ~Penulis Mia Azwari~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 1985 Jadul:  Tiada Yang Kedua Nama Pengarang:  Mia Azwari Penerbit:  Rinsya Chasiani Bil. M/S Buku:  133 Helai BLURB: Perkahwinan atas pilihan keluarga, menghadirkan kebahagian kepada Nayla dan Arif. Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Nayla sangkakan kehidupan mereka sudah cukup sempurna. Namun semuanya berubah saat dia mengetahui Arif mencintai wanita lain. "Apa kurangnya Nayla berbanding dia?" - Nayla. "Abang tak ada jawapan." - Arif Remuknya perasan seorang isteri apabila dirinya bakal dimadukan. Demi menjaga perasaan sendiri, biarlah dia mengalah. Mencintai tak semestinya memiliki. "Ceraikan Nayla." - Nayla "No! Abang takkan lepaskan Nayla." - Arif "Kalau abang betul-betul sayangkan Nayla, takkan ada yang kedua di hati abang." Perminataan Nayla membuatkan dunia Arif menjadi gelap. Tak pernah terlintas dala

Novel Sebenarnya Ilusi ~Penulis Paksa Tulis~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit: 2021 Jadul:  Sebenarnya Ilusi Nama Pengarang:  Paksa Tulis Penerbit:  Paksa Tulis Publication Bil. M/S Buku:  576 Helai Belakang Buku: Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya? Seth mahu mewakili Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka lakukan? Putus asa? Bunuh diri? Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut... Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemhaukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki - adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnahkan oleh realiti?  Rumusan: Kisah kehidupa

Novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ~Penulis Norhayati Berahim~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...  Tahun Terbit : 2011 Jadul: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki Nama Pengarang: Norhayati Berahim Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.  Bil. M/S Buku: 444 Helai Belakang Buku: Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.  Rumusan: Kisah hidup Atiqah, seorang anak yang hidup sendirian selepas penceraian kedua ibubapanya. Atiqah menyewa rumah belakang rumah Hajah Mimah. Hajah Minah balu kematian suaminya mempunyai seorang anak lelaki bernama Nik Arif. Pada permulaan, Nik Arif tak menyukai Atiqah dise