Langkau ke kandungan utama

Novel The Story of Maria ~Penulis Anuar Darwisy~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 


Tahun Terbit: 2022
Jadul: The Story of Maria
Nama Pengarang: Anuar Darwisy
Penerbit: Kaki Novel
Bil. M/S Buku: 379 Helai

Belakang Buku:   
Desas-desus masyarakat setempat mengatakan apartmen itu berhantu. Ada yang mendakwa puaka di situ boleh menyerupai orang yang dikenali. Termakan helah, boleh mendatangkan musibah. Dafi tidak ada pilihan lain untuk menyewa bilik di apartmen itu kerana sewanya murah.

“Cuma satu aje aku nak pesan. Bila malam, jangan nak melilau sangat.” – Iman

“Beraninya kamu, Dafi! Kalau akak, mati hidup semula pun tak mahu menyewa situ.” – Zubaidah

Sehinggalah gangguan demi gangguan yang dialami, membuatkan kehidupan Dafi berubah. Kemuncaknya, Rahim yang menumpang tinggal di apartmen itu buat sementara waktu, dirasuk dan kemudiannya hilang tanpa penjelasan munasabah.

“Dia ada dalam rumah ni cuma kita tak nampak dia dan dia tak nampak kita.” - Jamali

Benarkah segala macam kejadian paranormal yang menimpa mereka ada kaitannya dengan seorang perempuan rahib Kristian bernama Maria yang pernah mendiami apartmen itu? Siapakah Maria yang sebenarnya?

“I see death is falling from the sky.” – Maria


Rumusan:
Saya cuba baca cepat² untuk memahami jalan ceritanya. Kisah ajaran sesat bercampur dengan unsur mistik. Pensyarah muda lepasan ijazah, Dafi baru mula nak berkerja di Pekan Mantin. Jadi dia menyewa di rumah Apartment Bayu Malam hanya RM100 je. Penyewa rumah itu Iman, pensyarah agama jarang ada di rumah itu. Sebab menurut pensyarah² lain dan pelajar² tempat itu berhantu. Selepas berpindah disitu, macam² kejadian berlaku dan Rahim sebagai pelajarnya termasuk ke dalam yang sama. Dengan kes COVID-19, jalan cerita makin memdebarkan di mana Rahim terperangkap di antara masa 10 tahun dahulu dan 10 tahun terkini. Usaha mencari Rahim, Dafi meminta pertolongan suami kenalan pensyarah iaitu Jamali, seorang pegawai polis. Kes 10 tahun lalu terbuka sedikit demi sedikit membawa kewujudan ajaran sesat The Black Mass. Sangat menakutkan bila manusia berpaling tadah dari Tuhan hanya sebab² tertentu. Dengan latar belakang black magic atau sihir, memang menakutkan sampai rasa tak boleh tido 😆 kerana hantu² pun kalah dengan ajaran sesat 😂. Pengakhirnya tak di sangkakan. Dafi masih kekal disitu dan Rahim sudah jumpa rumah sewa yang lain. Kes tu di selesaikan. Tapi banyak soalan selepas kejadian itu sebab seolah² semua berlaku macam mimpi? Letihnya perah otak 🤣

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan