Langkau ke kandungan utama

Novel Cinta berganti Nyawa ~Penulis Hannaz~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 


Tahun Terbit: 2021
Jadul: Cinta berganti Nyawa
Nama Pengarang: Hannaz
Penerbit: Karya Seni
Bil. M/S Buku: 541 Helai

Belakang Buku:   
Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang memdendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. 
Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas? 
Ada hikmah disebalik semuanya ini. Allah sudah atrurkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Rumusan:
Genre aksi dan romantik. Yasmin sorang yang paranoid, hidup dalam dunia sendiri sehingga lah dia berjumpa Nash atas dasar kerja. Nash ini macam hero yang selamatkan wanita dalam kesusahan. Bila ada Yasmin ada la Nash secara kebetulan. Akhirnya mereka berkawan baik. Yasmin ini mempunyai masalah kepercayaan sebab pernah dikhianati jadi dia berhati-hati dengan Nash. Bila Nash tahu hal sebenar, Nash sanggup upah penyiasatan persendirian untuk tahu semuanya dan menolong Yasmin. 
Syed Amran dengan dendam yang bertahun-tahun, datang mahu membunuh Yasmin dan Nash kerana Nash ayik mengagalkan rancangan dia mahu bunuh Amran. Pelik Syed Amran ini kerana dia bermasalah dengan ibubapa Yasmin tapi mahu bunuh Yasmin, padahal dia dah bunuh bapa yasmin kot. Tak ada lah dia kacau ibu Yasmin pula. Macam taget Yasmin je. I can't brain laa.
Akhirnya jodoh mereka masih panjang walaupun pelbagai halangan. Tapi apa jadi pada Azra yea selepas kejadian penculikan itu sebenarnya? 

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan