Ebook Tiada Yang Kedua ~Penulis Mia Azwari~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Tahun Terbit: 1985
Jadul: Tiada Yang Kedua
Nama Pengarang: Mia Azwari
Penerbit: Rinsya Chasiani
Bil. M/S Buku: 133 Helai
BLURB:
Perkahwinan atas pilihan keluarga, menghadirkan kebahagian kepada Nayla dan Arif. Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Nayla sangkakan kehidupan mereka sudah cukup sempurna. Namun semuanya berubah saat dia mengetahui Arif mencintai wanita lain.
"Apa kurangnya Nayla berbanding dia?" - Nayla.
"Abang tak ada jawapan." - Arif
Remuknya perasan seorang isteri apabila dirinya bakal dimadukan. Demi menjaga perasaan sendiri, biarlah dia mengalah. Mencintai tak semestinya memiliki.
"Ceraikan Nayla." - Nayla
"No! Abang takkan lepaskan Nayla." - Arif
"No! Abang takkan lepaskan Nayla." - Arif
"Kalau abang betul-betul sayangkan Nayla, takkan ada yang kedua di hati abang."
Perminataan Nayla membuatkan dunia Arif menjadi gelap. Tak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melepaskan isteri yang bersamanya di saat susah dan senang.
Kerasnya hati seorang Nayla membuatkan dunia Arif semakin sukar untuk mendapatkan kepercayaan si isteri. Adakah masih ada ruang untuk mereka kembali seperti dulu? Atau tegarkan Arif melepaskan Nayla demi pertahankan hubungan bersama gadis lain?
Rumusan:
Kisah suami di beri peluang ke 2 selepas mengkhianati kesetiaan seorang isteri. Nayla, seperti isteri lain apabila mengetahui suaminya curang terus menanyakan apa kekurangan sehingga suaminya mencari yang lain? Arif pula tiada jawapan malahan memikirkan untuk berkahwin lain menyebabkan Nayla meminta cerai. Orang ke3 tu... hmmm hanya sebab lelaki orang tu baik dengan ko; so ko nak bermadu?? Bila berhadap dengan bakal bini tahu pula takut. Madu yang di bibir hakikatnya pahit untuk ditelan. Mana ada wanita sudi berkongsi kasih walaupun lelaki itu mampu segala-segalanya dan baik seperti malaikat (frosa kata yang menyampah!!) Akhirnya keluar perangai orang ke3 yang menyebabkan Arif sedar yang dia tersilap langkah. Akhirnya Nayla memberi peluang ke 2 pada suami dan hidup aman damai bersama anak-anak mereka. Ringkas dan padat cerita curang ni haha.
Rating: 4/5 bintang!
Ulasan