Novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ~Penulis Norhayati Berahim~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Jadul: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Nama Pengarang: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Bil. M/S Buku: 444 Helai
Belakang Buku:
Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.
Rumusan:
Kisah hidup Atiqah, seorang anak yang hidup sendirian selepas penceraian kedua ibubapanya. Atiqah menyewa rumah belakang rumah Hajah Mimah. Hajah Minah balu kematian suaminya mempunyai seorang anak lelaki bernama Nik Arif. Pada permulaan, Nik Arif tak menyukai Atiqah disebabkan disangkakan Atiqah menyukai dia apabila melihat Atiqah rapat dengan maknya. Di tempat kerja, Atiqah tak begitu disenangi oleh pemilik syarikat kerana bersangka anaknya menyukai Atiqah dan Atiqah tak layak masuk dalam keluarganya kerana Atiqah miskin. Akibat berasa di tinda di temoat kerja, Atiqah menerima tawaran untuk berkerja di syarikat milik ayahnya. Moral yang ingin disampaikan oleh penulis ialah isi hati ayah Atiqh iaitu Datuk Marzuki. Datuk Marzuki, seorang perniagaan yang berjaya tapi seorang ayah dan suami yang gagal. Disebabkan kelalaian dia pada duniawi menyebabkan dia kehilangn keluarga ynag dikasihi. Di penghujung hayatnya, dia berusaha untuk menyatukan keluarga walaupun berasingan. Semuanya diakhirkan penamat yang baik. Setiap kebaikan di balas dengan kebaikan dan pintu taubat sentiasa terbuka.
Rating: 5/5 bintang!
Ulasan