Langkau ke kandungan utama

Novel Dheo's ~Penulis Anjell~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 


Tahun Terbit: 2018
Jadul: Dheo's
Nama Pengarang: Anjell
Penerbit: Karya Seni
Bil. M/S Buku: 653 Helai

Belakang Buku:   
Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu. 

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?


Rumusan:
Nurissa Rose hilang ingatan. Selepas ayahnya meninggal dunia, dia berkerja dengan Dheo Han. Ada rahsia yang Dheo Han simpan dan bagaikan dejavu berlaku antara Rose dan Dhoe Han. Kisah mafia Italy dan hubungan cinta terhalang antara ibu bapa Dheo Han terjadi pada hidup Dheo Han. Akhirnya mereka berdua bahagia selepas tertangkap orang yang mencetus huru hara itu. 

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan