Novel Sebenarnya Ilusi ~Penulis Paksa Tulis~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Tahun Terbit: 2021
Jadul: Sebenarnya Ilusi
Nama Pengarang: Paksa Tulis
Penerbit: Paksa Tulis Publication
Bil. M/S Buku: 576 Helai
Belakang Buku:
Apa yang akan anda lakukan, sekiranya apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya?
Seth mahu mewakili Malaysia bagi acara taekwondo ke sukan SEA. Orked mahu menyempurnakan pengajian PhD-nya tanpa masalah. Tapi takdir menidakkan. Seth kemalangan. Orked kemurungan. Apa yang patut mereka lakukan? Putus asa? Bunuh diri?
Ya, mereka tahu itu bukan pilihan. Namun tatkala trauma silam dan beban yang digalas serasa tidak tertanggung, manusia kerap kali hanyut...
Dalam jerat PTSD & depresi yang meracun waras fikiran, kedua-dua Seth & Orked dipertemhaukan dalam situasi yang tidak terjangkau akal. Ilusi minda bermain teka-teki - adakah mimpi indah tercipta hanya untuk dimusnahkan oleh realiti?
Kisah kehidupan orang yang mengalami depression. Seth dengan truama sejak kecil lagi dan Orked pula struggling dengan PhD dan kehidupan hariannya untuk menjadi yang sempurna. Bermula dengn pertemuan yang tak sengaja dan cerita ni berjalan step by step kisah Seth dan Orked jalani kehidupan seharian dengan orang sekeliling mereka. Akhirnya mereka bertemu kembali tapi dalam ilusi. Dan Seth rasa bertanggungjawab untuk menolong Orked dari depresi. Seth bertuah mempunyai ibu bapa yang sangat sayang padanya walaupun mereka dah bercerai dan mempunyai kawan-kawan yang rapat - sama ada susah dan senang. Orked pula buat macam-macam kerja untuk kehidupan dan pembelajarannya. Orked mempunyai masalah dalaman yang membuatkan dia bertambah depression. Selepas membaca coretan Orked, Seth berasa mahu menolong Orked walaupun dia tak pernah mengenali Orked sebelum ini. Pengakhiran cerita memang indah walaupun realiti yang pahit, mereka bersama-sama tempuh realiti itu. Penyakit kemurungan jangan diperlekehkan dan dipersendakan. Sama-sama kita menolong agar mereka yang depresi tabah mengharungi kehidupan.
Rating: 5/5 bintang! - Patut baca buku ini tau...
Ulasan