Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Tahun Terbit: 2022
Jadul: Setia Di Akhir Waktu
Nama Pengarang: Farra Farisha
Penerbit: Farra Farisha Publication
Bil. M/S Buku: 373 Helai
BLURB:
Lima tahun berumahtangga, kehidupan Farah Waheeda dan Azaad Muqri cukup bahagia seperti pasangan lain. Kekurangan yang ada dalam rumah tangga mereka tak pernah langsung melunturkan kasih sayang Farah pada Azaad.
Farah saling melengkapi apa yang terkurang dalam rumahtangga mereka. Farah tidak pernah merungut dan meminta dari Azaad. Bahkan dia tahu apa yang mahu dilakukan dalam rumahtangga mereka supaya lebih sempurna.
Sifat bertimbang rasa dan memahami Farah buatkan Azaad mulai melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Segala hal ehwal rumahtangga dibebankan atas bahu Farah seorang. Kata Azad, Farah hebat dan mampu uruskan segalanya tanpa bantuan darinya.
“Abang, bil api dengan air bulan ni belum bayar lagi. Yuran taska anak pun tak bayar.” - Farah
“Mana duit gaji dengan bisnes online Farah selama ni? Bulan ni adik abang nak kahwin. Jadi abang kena tolong dia.” - Azaad
Bertahun Farah bersabar demi rumahtangga mereka bila Azaad terus melupakan tanggungjawabnya. Setiap kali perasaan curiga menyentak tangkai hatinya Farah segera lupakan apa yang dia fikir. Farah masih lagi memberi peluang pada Azaad untuk berubah.
“Sampai bila kau nak bersabar Farah? Lima tahun lebih kut kau bagi peluang pada Azaad. Takkan dia tak boleh fikir langsung apa yang kau buat selama ni pada dia. Hidup kau sama macam tak ada laki tahu tak!” - Maira
“Mungkin tuhan belum gerakkan hati dia Maira. Aku yakin suatu hari nanti dia akan berubah.” - Farah
Kehadiran bos baru di tempat kerjanya yang bernama Hayy Khaliq buatkan hidup Farah mulai berubah. Hayy yang selalu bermurah hati memberikan bantuan membuat diri Farah terasa dihargai. Masalah dengan Azaad langsung tak pernah difikirkan lagi Farah bila ada yang sanggup membantunya.
“Eeeh tak perlu tuan. Saya boleh buat sendiri. - Farah
"Wanita perlu dihormati bukannya untuk dibebani." - Hayy
Penantian yang Farah harapkan tidak kesampaian bila Azaad berlaku curang dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain di belakangnya. Perbuatan Azaad buatkan Farah kecewa bila segala pengorbanannya tidak dihargai.
Ketika itu Azaad menyesali segala perbuatannya pada Farah dan berjanji ingin berubah. Masih adakah lagi peluang ke dua untuk Azaad kali ini selepas hatinya dilukai? Mampukah dia bahagia dengan Azaad lagi selepas apa yang berlaku? Semuanya akan terjawab dalam Setiaku Diakhir Waktu.
Rumusan:
Azaad lelaki curang. Kesian Farah kena hadap perangai Azaad, seorang suami yang langsung tak membantu Farah baik segi rumah mahupun kewangan rumah tangga. Malahan sanggup tak balik rumah apabila anak sakit sebab sibuk mengulit kekasih gelap. Masalah kewangan keluarga mentua pun Farah kena beralah. Azaad hanya tahu pinjam duit jer (tak guna punya lelaki). Jadi, Farah yang punya banyak masalah hidup perkahwinan berjumpa dengan Hayy secara tak sengaja. Hayy banyak menolong Farah, al maklum Farah ada masalah call Azaad tak dapat jer. Ada suami macam tiada kan. Akhirnya Farah dapat tangkap kecurang Azaad dan Azaad minta untuk poligami. Farah minta cerai, tapi Azaad tak nak. Nak dijadikan cerita, Farah kena tangkap basah. Jadi Azaad cerai dengan Farah dan kahwin dengan Yusrina. Selepas habis tempoh iddah Farah, Hayy pula berkahwin dengan farah. Mereka hidup bahagia
Rating: 3/5 bintang!
Ulasan