Novel Dr. Alpha Male ~Penulis Anjell~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Tahun Terbit: 2017
Jadul: Dr. Alpha Male
Nama Pengarang: Anjell
Penerbit: Karya Seni
Bil. M/S Buku: 691 Helai
Belakang Buku:
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.
“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH
Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.
“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH
Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.
“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL
Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.
Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.
Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…
“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH
Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Rumusan:
Permulaan pergaduhan mulut antara Hazel dan Hilman yang kemudiannya berjumpa dia dewan kuliah dimana Hilman jadi pensyarah. Bertemu lagi sebagai anak jiran sebelah rumah mak pula. Semuanya kebetulan yang membuatkan mereka beedua selalu berjumpa dan mengata sesama sendiri.
Hazel dah bertunang dengan Iwan. Pasangan jarak jauh la. Tapi akhirnya Hazel melihat sendiri kecurangan Iwan. Don't cry for something that's not yours. Hazel cuba untuk bangkit. Go girl! (Hubungan Jarak Jauh memang memerlukan kesetiaan. Lelaki atau perempuan memang akan mengalaminya).
Hazel dirogol dengan orang tak dikenali. Jadi iwan putus tunang. Katanya buah dah ditepuk tupai memang dia tak nak. (Kurang ajar!) So, hazel menjalani hidup dengan fobia dengan lelaki.
Haliman selalu jadi Knight in Shining Armor untuk lindung Hazel dari bahaya terutama lelaki stalker.
Akhirnya mereka berkahwin dalam senyap, hanya orang tertentu je tahu. Tentu la susah nak kekalkan hubungan pensyarah dan pelajar. Haliman ni nampak garang or 'jerk' tapi sebenarnya caring, baik dan semua la. Sebab dia Dr Alpha Male, hotties 😆
Ada kisah Dheo, Lucca dan Nurissa dalam ni!! Nasib baik baca Dheo's dulu baru.. jadi senang faham hahaha 🤣
Ulasan