Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Novel Langit Masih Ikhlas ~Penulis Pynat Mouri~

 475 muka surat. Belakang Buku -  Bagi AZREEN SHARMIN, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak lelaki yang suka mengejek-ejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah… Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan.  “ Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok imam ada, lauk kenduri pun boleh tahan sedap… Saksi pun dah ramai ni… Jom kita dua kahwin. ” - AZAMUDDIN “Kami tak kelapaq… Meluat!” - AZREEN “Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau…” - AZAMUDDIN Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengintai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mu

Novel Eksklusif Untukmu ~Penulis Sufea Hareez~

530 muka surat. Belakang Buku -  “Kahwin dengan stranger. Agak-agak malam pertama I selamat tak?” – Laila Qaisara “I bukan stranger lagi, Laila.” – Aiman Iskandar Laila dan Iskanar, kisah mereka bermula di bumi New York. Berkahwin di perantauan atas restu keluarga dan perkahwinan mereka cukup rencah bahagia. “You jangan manjakan I sampai tangan I lupa nak berfungsi, Is.” Laila Qaisara “Tangan you berfungsi dengan sempurna ketika ini, baby.” – Aiman Iskandar Namun, di sebalik bahagia yang membukit, rumah tangga mereka diancam bahaya. “Dia dah bosan dengan you, Laila. And you are no longer exist.” – Suraya “Perkahwinan tanpa kejujuran bukan sesuatu yang eksklusif, Aiman Iskandar.” – Laila Qaisara Kecewa dengan Iskandar, Laila bawa diri pulang ke Malaysia. Lama berpisah, takdir kembali menemukan mereka. Dan waktu itu, Laila tidak diberi pilihan untuk lari lagi. Demi rahsia yang disimpan, demi seorang Qandar Amani binti Aiman Iskandar, dia akur untuk berada di sisi Iskandar. “C

Novel Dian Sufian : Takdir Buat Kita ~Penulis Azieana~

510 muka surat. Belakang Buku -  Kerana berebutkan sebungkus Kotex, Dian dan Sufian dipertemukan. “Saya nak benda ni.”-  Dian. “Tolonglah. Benda ni pun hanya ada satu aje. Saya sanggup bayar double atau triple.” -Sufian “Okey, awak ambil. Balik nanti, awak pakai elok-elok ya.”- Dian Pertemuan mereka tidak terhenti di situ saja. Ternyata Sufian adalah bos baru di tempat kerja Dian. Lelaki yang mempunyai seorang anak perempuan itu tidak segan menujukkan minatnya terhadap Dian. Namun, sedaya upaya Dian menolak kerana dia tidak mahu kecewa lagi. Hidup Dian mula tidak aman apabila Syafiq, bekas kekasihnya tiba-tiba muncul selepas berbelas-belas tahun berlalu hanya untuk menyambung kembali hubungan mereka. “Saya tak pernah lupakan awak. Tak pernah lupakan semua kenangan yang pernah kita alami bersama. Saya masih sayangkan awak. Masih cintakan awak, Dian.”- Syafiq. Walaupun ditolak oleh Dian namun, Syafiq enggan mengalah sedangkan dia sudah pun menikahi Erina. Sufian yang tidak se

Novel Rampas Cintamu (Sugar Daddy) ~Penulis Puteri Jacaranda~

Assalamualaikum dan hai semua. Saya dah jadi crazy dengan novel² 😅 Belakang Buku -  Kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur tanpa tempat bergantung pasti sangat sukar bagi seorang wanita bernama Nur Syafieya. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang untuk menyambung pengajiannya di universiti, menyara bapa saudaranya yang sakit, termasuk adik lelakinya yang masih bersekolah. Tidak boleh tidak! Dia perlu membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan.  Dato' Rizalman, lelaki tampan yang memiliki segala-galanya kecuali perkahwinan yang bahagia. Dia juga sukar untuk mempercayai sesiapa kerana masa lalunya yang pernah dikhianati. Isterinya Datin Jeslina adalah wanita yang penuh dengan tipu daya.  “I just want your money...” - Fieya  “Tiada yang percuma di dunia ni, baby!” -Dato' Rizalman.  Syafieya akhirnya terjerumus dalam kancah kehidupan sebagai sugar baby (perempuan simpanan) kepada lelaki kaya yang sunyi. Namun, Syafieya sedar kehidupan seperti

Novel Beautiful Jodoh ~Penulis SHIMA ROSTAM~

Assalamualaikum dan hai semua. Di sebabkan ada banyak review yang saya tangguh, jadi saya cuba buat dengan tenang, relex dan tak gelojoh (tapi rakus) 🤣.  Ok la disebabkan saya ni tak berapa ramah-tamah jadi saya suka habiskan masa saya dengan membaca buku. Kali ni saya nak review novel Beautiful Jodoh. Belakang Buku  -  Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert . Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri.  Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah? Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~

Assalamualaikum. Hai semua.  Kali ini saya nak review novel Nufah.   Belakang Buku -  Nufah dan Tengku Firash ialah High school sweetheart . Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah dicengkam gelisah. Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya. Dian ialah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah cintanya. Namun dalam diam, Dian turut mencintai Tengku Firash, hingga tergamak menggoda tunang sepupu sendiri. Ibarat gunting dalam lipatan, cinta Nufah-Firash akhirnya musnah angkara nafsu serakah. “Dalam hal ini I yang bers