Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~

Assalamualaikum. Hai semua. 

Kali ini saya nak review novel Nufah.
 

Belakang Buku

Nufah dan Tengku Firash ialah High school sweetheart. Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah dicengkam gelisah.

Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya.

Dian ialah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah cintanya. Namun dalam diam, Dian turut mencintai Tengku Firash, hingga tergamak menggoda tunang sepupu sendiri. Ibarat gunting dalam lipatan, cinta Nufah-Firash akhirnya musnah angkara nafsu serakah.

“Dalam hal ini I yang bersalah. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear. Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti.” - Tengku Firash.

“Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini, tapi I khianati dia,” - Dian 

Setelah segalanya terbongkar, Nufah rela mengundur diri demi maruah keluarga. Tengku Firash menyesal, namun nasi sudah menjadi bubur.

Nufah membawa diri mengubati lara di hati. Tiba-tiba muncul Sean; billionaire kacak penuh misteri.

You’re my sunshine. – Sean.  

Katanya, mereka pernah berjumpa tiga tahun lepas. Bila dan di mana – tiada dalam memori. Nufah keliru. Rahsia demi rahsia terbongkar. Nufah terharu. Cinta sepuluh tahun dicurangi, dihadirkan pula cinta tanpa mengenal darjat. Hati yang terluka semakin sembuh. Cinta mula mengetuk hati, hendak terima atau tidak, masih berbelah bahagi.  

Reaching for your hand brings me such joy and knowing that you are mine forever brings me peace. - Sean

Kemudian muncul pula Mellisa, mengaku anak yang dikandungnya milik Sean. Adakah Nufah bakal kecewa lagi?

Ulasan

Saya tahu novel ni dari Goodreads. Ulasan di sana sangat baik jadi saya beli novel ni tanpa fikir apa² lagi dah 🤣. Buku ni ringan sangat. Disebabkan tak berat sangat bacaan novel ini saya mampu habiskan baca dalam 2 hari (campur makan tido dan kerja) 🤣.

Nufah aka Nunu ni dah bertunang dengan Tengku Firash. So biasa lah orang berdarah manis ketika bertunang (kata orang² tua laa) jadi mereka di uji dgn kehadiran orang 3 iaitu ahli keluarga mereka sendiri!! Dian merupakan sepupu dan kawan baik sehingga menyerah kepercayaan dia untuk mengawasi tunangnya. Sehingga la dia dapat bukti kecurangan mereka berdua jadi Nufah putuskan pertunangan itu dan berhenti kerja. Nufah bawa diri ke johor selepas izin kedua ibubapanya. Yang ni aku respect family Nufah memang supporting. Keluarga Nufah bertenang menghadapi tomahan dan caci orang dan keluarga lain² terutama Atok Wan dan Mak Tok. 

Di johor, Nufah kena usar baik punya dengan jutawan duda iaitu Sean, memang sweet dan krim but rasa macam tak logik pun ada. Cinta tanpa dajat memang laa tak logik 🤣.

Tak nak cerita lagi panjang sebab mesti la novel ni happy ending. 

So far, novel ni so-so la. ada ilmu hitam tapi tak seram sangat. Hubungan kekeluargaan memang terbaik sangat. Teringat waktu zaman kanak² main buai laju-laju, sambil nanyi lagu aku nak kahwin dengan anak raja 🤣. Jadi macam tu saya rasa bila baca buku ini hahaha.

Disyorkan - 3.5/5

Jika nak beli novel NUFAH boleh beli di sini

Ulasan

Shima Awang berkata…
Terima kasih atas reviewnya.. Lama betul saya x masuk goodreads sebb tu tak tahu ada review ni..
Apapun terima kasih membaca novel saya 😉
Zira Budak Comot berkata…
sama-sama dan terima kasih juga. (^_^) Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus berkarya (^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona