Novel Langit Masih Ikhlas ~Penulis Pynat Mouri~


 475 muka surat.

Belakang Buku - 
Bagi AZREEN SHARMIN, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak lelaki yang suka mengejek-ejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah… Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan. 

“ Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok imam ada, lauk kenduri pun boleh tahan sedap… Saksi pun dah ramai ni… Jom kita dua kahwin. ” - AZAMUDDIN

“Kami tak kelapaq… Meluat!” - AZREEN

“Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau…” - AZAMUDDIN

Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengintai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mulutnya asyik nak melaser saja. Hatinya geram apabila asyik mendapat jelingan sinis Azreen

“Cheq nak pinang Azreen. Cheq bukan nak kahwin sekarang tapi lagi sepuluh tahun. Cheq nak habaq hat tu ja. Kira macam cheq booking awailah.” - AZAMUDDIN

“Hesy, budak ni… Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu?” – TOK ABBAS

Cinta bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi. Bila kena reject, dia mula hadam apa itu reda. Saat hati dan perasaan kian bertenang dan pasrah , tiba-tiba dirinya dipinang. Eh ,tak pelik ke perempuan meminang lelaki?

“Nak kahwin dengan anak pak cik?”

Dia terkejut dengan pertanyaan itu. Wajah di depannya ditenung lama. Sumpah, hatinya bergetar kuat dan sukar untuk dia memberikan jawapan. Apakah bahagia itu semakin dekat dengannya? Mampukah mereka membina kebahagiaan andai langit selalu disinggahi awan hitam?


Ulasan - 
Kisah cinta zaman budak² sampai ke besar. Sweet tapi bahasa kedah pekat sangat sampai pening fahami tu 🤣.  Rasa mengimbau kembali zaman kanak². Mengusik, mengejek dan menyakat. Ada geng di kampung dan macam² lagi. Memang best suasana kampung masa dulu².

Azreen dan Azam ni berjumpa masa cuti sekolah je sebab Azreen sekolah di bandar. Azam ni budak nakal di kampung. 1 kampung kenal dia sebab dia cucu Tok Heri, tauke ikan pekasam. Di sini kita boleh baca zaman kanak² Azam. Dia siap jumpa Tok Abbas, atok Azreen nak kahwin dengan Azreen. 

Bila besar, Azreen ada kekasih hati, Asyraf tapi dirahsiakan sebab tak di restui keluarga kekasih hati. Jadi semua lamaran ditolak termasuk lamaran ke-9, Azam pun ditolak. Azam ni frust tertonggeng la. Azreen terima lamaran Asyraf, tapi bila nak dekat perkahwinan Asyraf memutuskan dan berkahwin dengan pilihan mak dia. Family Azreen jumpa Azam dan pinangkan untuk Azreen. Azreen membantah sebab Azam musuh ketat zaman kecil. Azam tanya sekali lagi Azreen untuk berkahwin. Kali ni Azreen setuju. Tapi bila dah kahwin Azreen nak bercerai sebab tak sesuai. Sedangkan Azam ni sabar dengan kerenah Azreen dan tunggu sampai Azreen terbuka hati terima cinta suci dia. 

So, masa PKP dan PKPB zaman covid iaitu zaman sekarang ni 🤣, masa ni la mereka cuba kenal selepas dinasihatkan oleh ibubapa Azreen. Akhirnya, Azreen bahagia dengan Azam. 

Azam ni memang lelaki sejati la walaupaun zaman budak kecik budak paling nakal di kampung. Susah ada lelaki macam Azam ni di Malaysia 🤣. Cinta zaman budak² kadang² macam cinta monyet. Tapi Azam ni dah booking Azreen siap² dengan Atok Abass dan bagitahu depan² Azreen walaupun tak sesuai masa itu. Saya salute la 😂.

Azreen ni memag perempuan keras kepala. Saya rasa Asyraf tak suka dia pun sebab nampak sangat paksaan tu. Tapi Asyraf pun salah, klo dah family tak suka putuskan jer laa tak payah sampai kena ada penganti baru nak putuskan. "Ko fikir anak orang tu anak monyet ke tak ada hati tak ada perasan?" Ok done marah! 😂😂😂😂 Berbalik pada Azreen, Azam ni teruskan mengusik even dah kahwin pun mengusik lagi sampai Azreen jatuh cinta dengan pengakuan Azam.

Cinta bertahun tak menjanjikan naik pelamin. Cinta tu sukar dinyatakan. Setia tu sakit tapi bahagia. Bertuah pada kedapa yang setia tu 👍.

Siapa yang suka cinta zaman budak². Ni salah satu pilihan yang best untuk dibaca. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Zaman kanak² sekarang tak ada macam dulu² 😁. 

Disyorkan - 4/5 

Boleh beli novel ini di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~