Novel Beautiful Jodoh ~Penulis SHIMA ROSTAM~
Assalamualaikum dan hai semua. Di sebabkan ada banyak review yang saya tangguh, jadi saya cuba buat dengan tenang, relex dan tak gelojoh (tapi rakus) 🤣.
Ok la disebabkan saya ni tak berapa ramah-tamah jadi saya suka habiskan masa saya dengan membaca buku. Kali ni saya nak review novel Beautiful Jodoh.
Belakang Buku -
Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert. Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri.
Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah?
Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang hangat bercinta dengan gadis popular kampus, tidak dihiraukannya kerana dalam hatinya hanya ada Haura Nur. Sudah lama diintai, memikat sahaja belum.
“Gosip panas, Ferran dah putus dengan Anis!”- Zakiah
“Akhirnya Ferran tinggalkan juga minah fake tu”- Latifah.
Hati Haura Nur gembira. Si dia yang menjadi pujaan bukan lagi kekasih orang. Namun untuk memunculkan diri di hadapan lelaki itu, tidak sama sekali.
“Saya tak suka awaklah. Boleh tak jangan kacau saya lagi! - Haura Nur.
“Tapi saya sukakan Ara!” - Ferran Atiq.
Mengapa Haura Nur mengelak, tatkala Ferran Atiq muncul mencurah rasa?
Mengapa saat mahu mencipta bahagia, ramai pula yang muncul mahu menghalangnya?
Beautiful Jodoh, seindah takdir menyatukan hati mereka berdua.
Ulasan -
Mula² baca rasa macam bosan sangat tapi tetap kena teruskan sebab tu je buku yang belum baca lagi 🤣. Kisah tentang Haura Nur, seorang anak terbuang kerana perceraian ibubapa dia, dia mempunyai seorang abang iaitu Imran Iman, yang baru balik dari belajar di luar negara. Dia di gambarkan oleh penulis seorang introvert. Dia ada cruch iaitu Ferran Atiq. Walaupun dia suka tapi dia diam pendam jer laa sebab Ferran Atiq ada kekasih hati di Universiti (tu yng dia fikir sedangkan Ferran Atiq single). Disebabkan Ferran Atiq kawan baik abang dia jadi secara tak langsung sesi pikat memikat oleh Ferran Atiq pun bermula sebab Ferran Atiq pun simpan perasan dengan Haura Nur sejak sekolah lagi. Dalam novel ni, ada hubungan sahabat yang kukuh iaitu Naemah, Zakaiah dan Latifah. (Tiba² saya rindu kawan² belajar 🥲.. miss u all, friend!!!! 😁)
Ada banyak watak jahat dalam cerita ni
1. Ex-girlfriend tak jadi Ferran Atiq, Anis Syatilla - Cantik, famous dan baik tapi semua tu wayang. Rupanya main bomoh juga.
2. Mak tiri Haura, Siti Saida - Cantik, berkahwin dengan ayah Haura, Encik Ismail ketika umur 25 tahun, pernah jadi setiausaha Encik Ismail (skandal pejabat) ada 2 anak hasil perkahwinan dia tapi.... Jeng jeng jeng... Sukar dikatakan. Siti Saida ni macam perempuan ular suka ambil kesempatan untuk dapat apa dia nak. Sila jauhkan perempuan macam ni! Amaran!!!
3. Tan Sri Murad - Walaupun bussiness man tapi kejam, gatal tahap dewa weii!! Ada 2 bini pun still cari bini no 3 yang stok² wanita muda yang alim² dan muka² baik. Crazy lelaki tu. Lagi teruk dia skandal dengan bini orang! Lelaki ni layak dicincang walaupun bini no.1 tak kisah huh! 🤬
4. Amira - Anak saudara Siti Saida. Kata setia pada abang Haura tapi serah body sana sini sebab sunyi... This type girl patut keluar dari senarai buat bini. Bakal jadi ular juga ni.
5. Datin Haleena dan Encik Ismail - Contoh ibubapa pentingkan diri. Disebabkan salah mereka, anak jadi mangsa. Lagi hina sanggup jual anak demi kepentingan diri. Wujud ke ibubapa sebegini??? Akhirnya Haura berdamai semula dengan kedua ibubapa selepas mereka sedar diri.
So far, jalan cerita agak bosan tapi watak dalam ni semua memainkan perang masing². Happy ending ke tak? Mesti la happy ending. Tak ada rasa tergantung.
Opss... Belum tamat lagi. Ada 1 lagi cerpen pendek dalam novel ni. So 2 cerita dalam 1 novel. Tajuk - Dia yang Kupuja. Kisah Alan, artis popular dan Aina, girl biasa. Pernah bertemu 8 tahun lalu. Atas restu keluarga, mereka berkahwin juga. Cerita yang sweet tapi biasa bagi saya kot 🤣. Pendek dan happy ending.
Keseluruhan, novel Beautiful Jodoh ni pasal klo dah jodoh, ke mana² pergi bertemu jua.
Disyorkan - 2.5/5
Jika nak beli novel Beautiful Jodoh boleh beli di sini.
Ulasan