Novel Rampas Cintamu (Sugar Daddy) ~Penulis Puteri Jacaranda~

Assalamualaikum dan hai semua. Saya dah jadi crazy dengan novel² 😅


Belakang Buku - 

Kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur tanpa tempat bergantung pasti sangat sukar bagi seorang wanita bernama Nur Syafieya. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang untuk menyambung pengajiannya di universiti, menyara bapa saudaranya yang sakit, termasuk adik lelakinya yang masih bersekolah. Tidak boleh tidak! Dia perlu membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. 

Dato' Rizalman, lelaki tampan yang memiliki segala-galanya kecuali perkahwinan yang bahagia. Dia juga sukar untuk mempercayai sesiapa kerana masa lalunya yang pernah dikhianati. Isterinya Datin Jeslina adalah wanita yang penuh dengan tipu daya. 

“I just want your money...” - Fieya 

“Tiada yang percuma di dunia ni, baby!” -Dato' Rizalman. 

Syafieya akhirnya terjerumus dalam kancah kehidupan sebagai sugar baby (perempuan simpanan) kepada lelaki kaya yang sunyi. Namun, Syafieya sedar kehidupan seperti itu tidak pernah menjanjikan ketenangan dalam hidupnya! Masih adakah peluang untuk insan hina sepertinya mencari keredaan Allah dan cinta sejati?

Muka surat: 445

Ulasan - 

Novel ada unsur kandungan dewasa jadi tidak disyorkan budak-budak sekolah.

Kisah Syafieya aka Fieya, seorang yang miskin tapi bijak dalam mata pelajaran dan bercita² mahu jadi orang berjaya laa. Ayah dan mak saudara tak mampu nak tanggung fieya belajar sebab ada adik Fieya sedang menduduki SPM dan anaknya yang masih kecil. Jadi fieya ambil keputusan jadi sugar baby selepas berjumpa dengan kawan sekolahnya.

Fieya setuju terima 10 syarat dari Dato' Rizalman. Jadi selama dia menjadi sugar baby Dato' Rizalman, dia menjalani kehidupan macam biasa tapi agak mewah laa bersama² 2 kawan baiknya. Disebabkan 2 tahun Dato' Rizalman tak ada di malaysia jadi Fieya dapat ikut syarat Dato' Rizalman itu. Pada semester akhir, tiba² Dato' Rizalman ada di Malaysia. Dia tuntut syarat yang ke 10. Dari situ bermula kisah yang dia kena kahwin untuk hubungan halal.

Kisah poligami, bayangkan la orang kaya pun susah nak adil apatah lagi orang kebanyakkan??? 🤣 Bermadu memang best tapi tak ada perempuan yang sanggup kongsi. Dato' Rizalman ni memang hebat laa. Bila baca enjoy jer, sampai terfikir wujub ke lelaki macam ni? Fieya bagi saya kehidupan memaksa dia jadi begitu dia kalau dia di beri pilihan mybe dia pilih sebaliknya. Hubungan kawan memang erat. Saya suka cara penulis ceritakan kisah fieya. Memang tak jemu baca walaupun sikit otak kuning 🤣🤣🤣

Di akhir cerita, tak sangka Fieya ni anak somebody tapi kena rahsia kan. Taraf, darjat dan budi memang tak boleh dipisahkan dalam drama melayu hahaha. Dan tu realiti orang malaysia memang tengok semua tu 😪. 

Isteri Dato' Rizalman dapat tahu tak suami dia kahwin 2? Mesti la tahu tapi apa yang berlaku tu adalah karma hasil perbuatan dia. Ending mesti la happy hahaha. 

Disyorkan - 5/5 (berulang² kali saya baca 🤣)

Boleh beli novel Rampas Cintamu di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~