Novel Dian Sufian : Takdir Buat Kita ~Penulis Azieana~
Belakang Buku -
Kerana berebutkan sebungkus Kotex, Dian dan Sufian dipertemukan.
“Saya nak benda ni.”- Dian.
“Tolonglah. Benda ni pun hanya ada satu aje. Saya sanggup bayar double atau triple.” -Sufian
“Okey, awak ambil. Balik nanti, awak pakai elok-elok ya.”- Dian
Pertemuan mereka tidak terhenti di situ saja. Ternyata Sufian adalah bos baru di tempat kerja Dian. Lelaki yang mempunyai seorang anak perempuan itu tidak segan menujukkan minatnya terhadap Dian. Namun, sedaya upaya Dian menolak kerana dia tidak mahu kecewa lagi.
Hidup Dian mula tidak aman apabila Syafiq, bekas kekasihnya tiba-tiba muncul selepas berbelas-belas tahun berlalu hanya untuk menyambung kembali hubungan mereka.
“Saya tak pernah lupakan awak. Tak pernah lupakan semua kenangan yang pernah kita alami bersama. Saya masih sayangkan awak. Masih cintakan awak, Dian.”- Syafiq.
Walaupun ditolak oleh Dian namun, Syafiq enggan mengalah sedangkan dia sudah pun menikahi Erina.
Sufian yang tidak senang dengan kemunculan Syafiq telah menghantar rombongan meminang untuk Dian dan akhirnya mereka disatukan. Layanan dan perhatian Sufian membuatkan Dian benar-benar bahagia. Mereka sama-sama menganyam cinta walaupun mereka lambat berjodoh.
Tetapi, Syafiq dan Erina tetap mengganggu ketenangan Dian. Syafiq dengan hasratnya, Erina pula dengan rasa tidak puas hatinya terhadap Dian. Dia masih rasa tergugat dengan Dian kerana menyedari Syafiq masih berusaha mendapatkan Dian walaupun mereka telah lama berpisah.
Kewujudan Mira, adik tiri Dian yang sentiasa cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Dian benar-benar membuatkan Dian tak selesa. Malah, Mira berniat untuk merampas Sufian daripadanya.
Hubungan Dian dan Sufian mula goyah dengan kemunculan Faziera yang tak pernah jemu mendapatkan perhatian Sufian biarpun Sufian tidak pernah melayannya. Namun, Faziera nekad untuk memiliki Sufian walau dengan apa cara sekalipun.
“Ziera sanggup bermadu.”- Faziera.
Berjayakah Sufian dan Dian mempertahankan rumah tangga mereka saat ada insan yang cuba merobohkannya?
Ulasan -
Kisah Dian dan Sufian yang bertemu ketika membeli Kotex membawa sehingga Sufian adalah bos baru dia. Sufian mengorat Dian walaupun Dian tak layan dan buat loyar buruk. Bila Dian dapat tahu Sufian ada anak lagi Dian tarik tali menjauhi. Muncul Syafiq kekasih lama Dian untuk menyambung kembali cinta. Tapi dalam masa yang sama Syafiq masih status suami Erina, menyebabkan Erina menyerang Dian yang dikatakan perampas.
Dian terima lamaran Sufian dan berkahwin. Muncul pula Mira, adik tiri baru lepas cerai goda Sufian kerana Sufian ada pakej yang lengkap 🙄. Lepas tu datang lagi Faziera, sepupu yang sangat obsess dengan Sufian sampai sanggup bermadu. Sufian ada rahsia yang berkaitan anaknya Aisyah.
Happy ending? Mesti la.. sebab segala langau mendapat habuan masing². Cerita macam so-so, untuk bacaan santai. Rasa mcm di POV 100% wanita 🤣. Sufian ni macam anak emak. Bagi saya, tak nampak macho walaupun penulis nak gambarkan Sufian lelaki yang sempurna.
Ada cerpan dalam novel ini. Kisah Dinie dan Zafriel terperangkap dendam dan salah sangka. Tak ada kaitan dengan Dian Sufian tau. Romantic santai jer.
Disyorkan - 3/5
Boleh beli novel Novel Dian Sufian : Takdir Buat Kita di sini.
Ulasan