Ebook 3 Years Later ~Penulis Amarfi~

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 


Tahun Terbit: -
Jadul: 3 years Later
Nama Pengarang: Amarfi
Penerbit: -
Bil. M/S Buku: 330 Helai

BLURB:   
-TIADA-

Rumusan:
Ebook ni ada 2 bahagian. 
Bahagian 1 (Si iSteri) - Mimi yang lupa ingatan apa ang terjadi sekarang ini. Bangun tido tengok ada lelaki sebelah. Dia masih ingat lagi malam birthday dia makan sama-sama dengan family dan tido. Bangun je tido dia rupanya isteri orang. Terkejut jadi dia perlukan ruang untuk dia mengingati balik. Habis semua orang di interview, last sekali dia mengaku je la dia ada suami walaupun ingatan belum kembali lagi. Cerita ni berlaku time covid pula tu haha. Tuptup rupanya dia mengandung. Akhirnya dia ingat balik sebenarnya dia merajuk dengan suaminya.
Bahagian 2 (Si Suami) - Baihaqi menceritakan bahagiannya apabila isterinya lupa ingatan. Kesilapan dia mengabaikan isterinya membuatkan isterinya merajuk panjang dan hilang ingatan. 
Moral kisah Baihaqi dan Mimi ialah komunikasi. Mereka kurang komunikasi walaupun cinta itu masih ada. Selepas kejadian hilang ingatan itu, mereka sepakat untuk kongsi semuanya dan memahami antara satu sama lain. Ada special kisah Mimi dan Baihaqi. 

Rating: 4/5 bintang! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~