Langkau ke kandungan utama

Novel Kisah Naz Dan Khaalish ~Penulis Hanina Abdullah~

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Saya hendak review novel kesayangan saya. Saya suka baca ini berulang-ulang kali terutama ketika saya buntu dan perlukan sesuatu untuk naik semangat. Novel ini menarik saya ke dunia yang baru yang buat saya rasa mahu jadi seperti heroin dalam novel ini. 


Tajuk: Kisah Naz Dan Khaalish
Penulis: Hanina Abdullah
Tahun Terbit: Mac 2013
Muka Surat: 533 helaian

Belakang Buku: 

    Pertunangan 4 tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalamkehidupan NAZRAHANI IDORA dan ZAIM KHAALISH. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
    Nas cuba melupakan peristiw itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semua dengan lelaki itu?
    Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, ZAIM KHAALISH sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk jejak si dia.

NAZRAHANI IDORA: “Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? 4 tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal aya, you dare to say that we are still engaged?”

 ZAIM KHAALISH: 4 tahun ke 8 tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

NAZRAHANI IDORA:“Technically? Technically?!”
    Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sini selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

REHAM: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”

NAZRAHANI IDORA: “Reham, awak tak tahu, 4 tahun lalu, teruk saya cuba bangun seula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan… dan… gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.

Ulasan: 
Naz bertemu dengan tunang ‘teknikal’nya, Khaalish ketika bercuti di Bali. Masa itu, Khaalish langsung tidak mengetahui siapa Naz itu tapi dia rasa tertarik sebab pandangan Naz tu. Bagi Naz pula, teruja + langsung tak kisah sebab tunang teknikal penyebab dia membawa diri, merantau serata dunia dengan memjual semua hantaran tunangan teknikal itu bagi menampung kehidupannya. Khaalish pula seorang lelaki kacak dan anak jutawan secara tiba-tiba ingin tahu tentang Naz. Ketika di airport, Naz bagitahu dia adalah tunang Khaalish dan dia memberikan cincin tunang kepada Khaalish dan meminta berpisahan.
Khaalish balik jumpa mummynya, dan dari situ dia dapat maklumat yang dia tak tahu langsung. Dia cari semua maklumat tentang Naz dan dia hubungi Reham untuk dapatkan status terkini Naz. Ketika Naz di malaysia, dia terus berjumpa Naz dan ikut mereka merantau. Khaalish buat keputusan terburu-buru mahu berkahwin dengan Naz, dia bagitahu niat dia pada ibubapa Naz, menyebabkan Naz dan Reham terus terbang ke destinasi masing-masing. Khaalish hilang arah sebab dia belum dapat apa-apa info perkerjaan Naz.
Setelah mendapat tahu keberadaan Naz, Khaalish terus jumpa Naz untuk berbincang dari hati ke hati. Di situ, Khaalish makin bertambah jatuh cinta dengan peribadi Naz, manakala Naz pula terus menerus cuba menjauhi Khaalish. Walaupun tak suka Khaalish datang tapi daam hatinya Naz suka. Macam-macam Khaalish buat untuk pikat Naz, sehinggalah mummy Puan Sri Freida mahu berjumpa dengan Naz untuk memisahkan Khaalish dan Naz. Puan Sri Freida menghalang dan daddy Tan Sri Kamaruzzaman menyukai Naz. Naz tetap mahu memutuskan hubungan dengan Khaalish tapi keluarga Naz memaksa mereka berkahwin membuatkan Naz menangis depan Khaalish mengatakan kesedihaannya. Dan Khaalish rasa dirinya belum cukup buat Naz sehingga naz menangis depan dia, jadi dia memberi peluang pada Naz ruang dan waktu untuk berfikir tentang perkahwinan.
Disebabkan kejadian yang terjadi di Loas, Khaalish buat lamaran sekali lagi dan kali ini di sambut baik oleh Naz. Mereka berkahwin dengan terburu-buru dan kali ini restu kedua-dua belah pihak. Mereka sama-sama belajar menerima masing-masing.
Bekas kekasih Khaalish datang kembali, Ilsa mahu kembali pada Khaalish. Ada perkara yang membuatkan Khaalish berubah walaupun Naz tak tahu apa-apa. Lama kelamaan, kebenaran terbongkar, dan Naz bersedia menhadapinya disebabkan dia mengandung dan rasa cinta dia pada Khaalish. Akhirnya mereka bahagia dan saling melengkapi.
Saya suka kedua-dua watak dalam cerita ni. Khaalish digambarkan lelaki koparat jawatan CEO, anak jutawan dan ‘most eligible but elusive bachelor in town’ jatuh cinta dengan tunang teknikalnya yang biasa-biasa iaitu Naz. Naz digambarkan penulis novel, suka buat macam-macam kerja untu menimba pengalaman dan pengembara. Apabila Khaalish berkahwin, ramai ex-girlfriend yang pernah keluar dengan dia menangis kesedihan, mesti janggal kan.
Dalam novel diketengahkan tentang kahwin paksa. Kesian kak Naz yang dipaksa kahwin tapi kehidupannya tak seindah macam Naz. Punya bapa mcm bapa Naz memang terseksa la, sebab itu anaknya memberontak walaupun bukan terang-terangan. Daddy Khaalish memang sporting manakala mummynya macam Nyonya Mansoor tapi dengan suaminya manja sangat haha.
Banyak pengajaran dan pembelajaran saya belajar dari novel ini. Novel ini buat sara rasa mahu jadi pengembara solo perempuan… hik!

Ulasan