Langkau ke kandungan utama

Novel Scandalous ~Penulis PENA KAYU~

 


SCANDALous..Yang menjadikan aku isteri....


Judul - Scandalous
Nama Penulis - Pena Kayu
Tahun Terbit - Cetakan Pertama Sept 2021 dan Cetakan Kedua Nov 2021
Penerbit - Rumah Pena Kayu
Muka surat - 473 helai

My Review~

Akhirnya habis juga membacanya selepas berminggu-minggu menangguh membacanya. Jalan cerita ini lebih kepada imbas kembali. Cerita disusun buat rasa nak tahu bab ke bab seterusnya. Macam puzzle untuk tahu siapa yang mangsa dan pemangsa, punca berlakunya dan mengapa. 

Saya suka watak Harris yang nampak macam agak lemah tapi kuat dan melindungi. Saya suka watak Irina, kedua-dua Irina ada perana masing-masing. Diikuti watak-watak yang lain yang membantu untuk menjadikan novel ini bercerita. Ada sweet tersendiri dalam Irina mencari memori yang hilang itu. Hubungan Harris dan Irina berkembang sampai Irina disahkan mengandung. 

Watak jahat dikalangan keluarga sendiri membuat kan Irina tak percaya pada orang sekeliling termasuk Harris. Harris yang perahsia mungkin penyebab Irina bertindak sedemikian.

Irina hilang ingatan ketika semua orang benci dan marah pada dia. Dia cuba jadi Irina baru dan cuba buat baik dengan orang yang di buat musuh dulu. Irina cuba menyelesaikan masalah dengan satu per satu.

Pengakhirannya, Harris dan Irina tak jadi cerai. Mereka menjadi pasangan romantik. Semua kembali seperti biasa. Malahan hubungan Harris dan Irina mendapat restu dari Mama Zahara.   

Disyorkan~ 5/5

Ulasan