Langkau ke kandungan utama

Novel My Lovely Nani ~Penulis AINA HAMRA~


Tajuk Novel: My Lovely Nani
Penulis: Aina Hamra
Muka Surat: 500 helai

Review

Suami curang dan isteri balas kaw kaw. 

Nani mengambil keputusan berkerja di Arab Saudi sebab suaminya Qayyum berhutang sekeliling pinggang dan perniagaan tak menjadi. 

Sepanjang hidup Nani di Arab Saudi yang selalu ikat perut demi menbayar hutang suaminya. Tahun demi tahun, akhir ya hutang suaminya kian menyusut tapi dugaan demi dugaan rumah tangga datang pada pasangan ini.

Kehilangan kad ATM Nani permulaan segalanya. Dalam diam Nani di madukan! Macam habis madu sepah dibuang, Nani bangkit mencari bukti dan menuntut cerai. Qayyum ni macam suami tak guna sebab hanya isteri berjauhan kau bermain mata. Benar orang cakap, kesetiaan tu terlalu mahal. Silap sendiri menyebabkan bini kerja jauh tapi tak bersyukur lagi? Qayyum.. Qayyum.. bila Nani minymta cerai mula la gelabah sebab punca dia hidup senang disebabkan Nani bukan diri sendiri.

Lagi menyakitkan, bila ibu mentua sebelah anak sendiri sebab katanya tak jaga makan minum. Hisss dapat ibu mentua macam mahu perang ke 3. Sepatutnya ibu menasihati bukan mengalakakan. Sadiskan. Siapa suka hidup bermadu, bercakap boleh la bila sendiri tanggung memang menangis tak berlagu ooo. 

Nani serahkan kepada peguam untuk urusan semua urusan perceraian antara Nani dan Qayyum. Akhirnya bercerai juga Qayyum. Nasib baik, madu Nani baik orangnya. Yelah madu tengah mengandung macamne nak lari kena lah hadap suaminya tu haha. Kamar? Entah. Madunya pun kata dia tak tahu langsung. *Sebelum berkahwin, elok la kenal² dulu family bakal supaya tidak jadi begini.*

Di Riyadh, Nani berkenalan dgn Suria. Pesakit kanser. Suria berkenan dengan Nani dan mahu Nani jadi madunya. Tapi Nani tolak katanya dia tak suka bermadu. Suria masih berkawan dengan Nani hingga akhirnya hayatnya. Sebelum Suria meninggal dunia, sempat dia buat wasiat untuk Nani. Wasiat berkahwin dengan suaminya Urwah Saqeef. 

Selepas 2 tahun, Urwah berjumpa Nani. Akhirnya mereka berkahwin selepas perjumpaan demi perjumpaan. Sweet sangat. 

Ada cerpen bonus dalam novel ni. Sedih, gembira dan marah (pada Qayyum dan ibunya terutama ya) buat rasa cukup perisa membacanya. Kemanisan rumah tangga selepas dilanda badai memang indah mengikut syariat Islam. 

Disyorkan~ 5/5 ⭐

Ulasan