Langkau ke kandungan utama

The Ice Guy and His Cool Female Colleague





Tajuk: The Ice Guy and His Cool Female Colleague

Genre: Anime

Platform: Netflix

Ulasan: Himuro bernasib malang sebab apabila dia dalam keadaan tertekan, bingung, secara tak sengaja dia mencipta keadaan ribut sajli untuk dirinya dan sekitarnya. Semasa kejadian pada hari pertama pekerjaan baharunya, Himuro bertemu dengan Fuyutsuki yang cantik, yang membantunya keluar dari ais yang disebabkan oleh sifat gemuruhnya. Ternyata, Fuyutsuki ialah rakan sekerja barunya.

Di pejabat, Fuyutsuki yang seorang perempuan cool/ tiada perasan menawarkan penyelesaian mudah dan rasional kepada dilema Himuro, semuanya dari membantunya berkebun tanpa membekukan tumbuhannya kepada memastikan dia tidak cair semasa kerja di kawasan yang panas. Setiap kali Fuyutsuki melakukan sesuatu yang baik untuknya, makin bertambah Himuro suka pada Fuyutsuki.

Akibat ribut salji yang kerap, perasaan Himuro terhadap Fuyutsuki adalah mustahil untuk disembunyikan. Walaupun Fuyutsuki tidak menunjukkan perasan itu, Himuro tetap bertekad untuk membalas kebaikannya dan menghangatkan hatinya dalam apa jua cara yang dia boleh.

Ceritanya memang best dan santai sangat. Bila Himuro menyatakan perasan dalam bentuk pelbagai sajil memang rasa indah. 

Rating: ⭐⭐⭐⭐

Ulasan