Langkau ke kandungan utama

Drama Perempuan Itu

 

TAJUK: PEREMPUAN ITU

PENGARAH: Ain SharifI Dan Isma Yusof

DITULIS: Erma Fatima

EPISODE: 30

TARIKH TAYANG: 1 JUN 2023 HINGGA 30 JUN 2023

PLATFORM: TONTON (LANGGAN SEBULAN RM9.90)

PELAKON: Mimi Lana (Khalish), Zul Ariffin (Emir), Siti Hariesa (Seira), Amar Asyraf (Aryan), Eman Manan (Ustaz Salahudin), Norish Karman (Ustazah Khafila), Aleeza Kasim (Farisha), Balkisyh Semundur Khan (Musalmah), Erma Fatima (Ibu Kartika), Elfriena Adros (Yasmina), Erysha Arshad (Wardah), Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal), Amir Ahnaf (Remy), Sha'arin Razali (Imran), Aida Aris (Mak Mertua Wardah), Laila Nasir (Mak Seira) dan ramai lagi. 

SINOPSIS: Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir.

Walaupun pada mulanya Tengku Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya. Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. 

Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira. Emir melayani Seira sama seperti dia bersama dengan Khalish, penuh dengan kasih sayang. Khalish berasa sangat dikhianati, malah jatuh sakit akibat tekanan yang melampau dan kehilangan anaknya dalam keguguran. 

Khalish kemudiannya menuntut cerai dengan bantuan Aryan, seorang Peguam Syariah yang juga rakan zaman kanak-kanaknya. Selepas bercerai, Khalish membina sebuah organisasi untuk memperjuangkan pemerkasaan wanita. Dia menjadi terkenal kerana sifat lantang mempertahankan hak wanita. 


REVIEW: Episode pertama disaksikan Khalish dan Emir sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Khalish imbas kembali bagaimana mereka mula² berkahwin. Khalish seorang perempuan yang lantang bersuara dan punya cita² mahu jadi peguam untuk wanita. Abi/ ayah Khalish tak nak Khalish teruskan cita² dan Abi mahu Khalish mengambil alih Madrasah, Khalish tak mahu. Jadi dia kahwinkan Khalish dengan Emir, anak kawan umi/ ibu Khalish. Walaupun Khalish tak suka, tapi Khalish reda dan menurut apa yang Abi dan Umi aturkan untuk dia. Selepas 4 tahun, Khalish mengandung. Semuanya kelihatan bahagia sehingga.....

Khalish mula curiga Emir selalu balik lewat malam atas alasan bekerja. Ditambah pula isteri (Tina) Iqbal kawan suaminya selalu datang rumah bagitahu masalah suaminya kaki perempuan. Jadi bertambah syak dengan banyak alasan Emir beri. Mula² Khalish ingat Emir ada affairs dengan kawan baiknya Yas. Ternyata bukan, yang dia tertengok Yas dengan Iqbal. Tapi dia diam tak bagitahu Tina pun dan dia minta maaf pada Yas. Yas pun telah putuskan hubungan dengan Iqbal. Di saat itu, watak MISTERESS muncul. 

Seira, doktor selebriti mula minta hak sama rata dari Emir. Emir pula tanpa rasa bersalah terus tinggalkan Khalish berseorangan pada waktu malam. Rahsia yang Emir simpan dah dihidu oleh Khalish dan Khalish mula susun plan baik² walauapun kandungan dia teracam. Dia siap bagi hint sikit² pada mistress suaminya dan suami dia tapi suaminya masih buat tak tahu. Akhirnya Khalish tahu yang suaminya mahu bernikah dengan mistress di Mekah, di masa itu ketika dia mahu mengejar suaminya, dia keguguran. Khalish mengalami depression dan dia menolak permohonan maaf suaminya.

Di masa itu, Seira berteruskan menuntut hak dia sepanjang 2 tahun mereka bersama. Manakala Emir pula tiba² cemburu disebabkan bekas tunang Seira, Dr Imran kembali dan mula menangih cinta Seira. Jadi disebabkan Khalish tak mahu terus menerus melihat perbohongan suaminya, dia terjah masuk rumah Seira ketika Emir ada dan menyatakan hasrat untuk meminang Seira untuk suaminya. Mereka terkejut besar dan Seira teruskan je rancangan itu sebab dia memang nak sangat berkahwin dengan Emir. Baginya Emir cinta sejatinya. 

Emir dan Seira pun berkahwin. Dan Khalish terus bagi surat cerai. Emir tak mahu menceraikan, jadi mereka berdua fight demi kepentingan masing². Abi tak setuju Khalish bercerai dengan Emir. Aryan seorang peguam syariah aka kawan sejak kecik pun menolong Khalish walapun dia sudah nasihat dan pujuk. Ternyata kemenangan pada Khalish tanpa dedahkan aib Emir, mereka pun bercerai. Dalam tempoh iddah, Emir dan Khalish duduk serumah, Emir terus menerus cuba berbaik semula dengan Khalish. Sementara Seira makan hati dengan perangai suaminya walaupun suaminya dah ceraikan isteri pertama. 

Selepas habis tempoh iddah, Khalish keluar dari rumah itu dan berpindah duduk sekali dengan Yas. Khalish bercadang mahu buka NGO wanita. Khalish dapat dana dari Puan Kartik dan menubuhkan House of Khansa. Kes pertama dia ialah kawan baiknya Wardah. Emir pula gila talak sampai makan hati Seira tengok. Yang Seira pula tak habis terus cari Khalish, klo tak pujuk suruh rujuk kembali, dia datang perli² Khalish. Tak aman hidup Khalish. Manakala Aryan menolong Khalish dalam kerja NGO. Dana House of Khansa yang disangka kan dari Puan Kartik rupanya dari Emir. 

Khalish terus menerus menolak rujuk dari Emir dan dia menerima lamaran Aryan. Mereka berdua bahagia sehingga Aryan kemalangan dan ketika itu Khalish selamat melahirkan baby perempuan. Seira memujuk untuk khalish rujuk kembali pada Emir tapi Khalish tak mahu dan mereka jadi kawan sahaja. 


ULASAN: Dari tengok reel dalam facebook, terus saya cari tajuk cerita dan akhirnya saya langgan Tonton. Mula² saya bayar sebulan tapi saya terbayar 2 kali. Jadi sampai bulan 8 saya boleh tengok dalam tonton 😅. Klo nak langgan Tonton pastikan download app Tonton. Lepas tu topup saya guna Touch n Go. Lepas tu logout kembali dan sign up kembali akaun. Saya sign up guna komputer dulu baru sign up sekali lagi di app mobile selepas saya buat bayaran/topup. Episode pertama hingga ke 3 free. Boleh tengok 2 devices (phone, tab, tv dan komputer) dalam 1 masa. 

Suka watak Khalish. Matang walaupun ego dia tinggi tapi maruah dia tetap terjaga. Dia masih jaga aib dalam rumahtangga dia walaupun sakit di hatinya. Cara dia tandatangani isu Emir curang cukup respect. Maybe dah tawar hati sebab tu dia terus pinangkan Seira. Khalish memang keraskan hati dia lepas dia keguguran untuk menuntut cerai dari suaminya. Dia tahu suaminya terlalu baik dan tak adil dalam poligami. Dia tetap teruskan cita² dia menolong wanita yang lemah ditindas oleh lelaki. Dan cara dia bercakap dengan Seira fuss mmg betul² power. Klo perempuan lain dah kena gayang ooo. Nasib baik Seira ni dapat Khalish. Kata² je bisa macam pedang. 😂 

Emir pula... Mula² nampak lelaki sweet, romantic, caring pendek cerita husband idaman la - bak kata Yas, kawan baik Khalish. Rupanya lelaki ego, talang dua muka, pendosa, penting diri dan penipu (tipu, tipu, tipu lagi) 😈. Tapi bila dah bercerai baru sedar diri. Kira ada la baiknya. Emir ni memang caring dan baik dengan semua orang. Dia pun tak sangka dia ada skandal dengan bekas tunang kawan baik dia, Dr Imran. Dari perasan mahu menolong kepada cinta pada Seira. Dia memang jatuh cinta dengan Khalish. Selama 4 tahun dia cuba pikat hati Khalish, support Khalish sambung belajar dan macam² dia buat sampai Khalish terbuka hati dengan Emir dan mereka menanti kelahiran anaknya tapi dalam masa yang sama 2 tahun dia terjebak dengan cinta Seira. Dia alpa dan dia yakin Khalish boleh terima poligami sebabkan islam. Tapi dia lupa Khalish ni kental. Akhirnya dia jadi gila talak selepas bercerai. Dia rasa bersalah sebab tu tetap cuba rujuk dengan Khalish tapi Khalish terus menerus menolak, akhirnya dia terima takdir itu. Dia memang baik walaupun apa² pun, dia tak ceraikan Seira sebab dia tahu kalau dia ceraikan Seira, Seira kan hancur sebab tu dia terus bersama Seira. Dan sekarang dia sedar punca dirinya. 

Seira, seorang doktor dan pernah mucul dalam tv. Selama 2 tahun lebih dia bersama dengan Emir. Dia tahu Emir suami orang tapi dia masih bersama sebab dia percaya Emir sayang dan cinta dia walaupun Emir suami orang. Selama 2 tahun dia menunggu Emir melamar dia untuk jadi isteri walaupun isteri ke-2. Selama tu dia makan hati (side dia bila Emir pilih balik rumah Khalish), sebab tu asyik gangu Emir, walaupun Emir jaga Khalish yang sedang menandung. Dia tahu itu tapi dia penting diri sampai Emir kantoi dengan isterinya. Seira pula rasa tak malu cuba nak berbaik dengan Khalish. Seira digambarkan penting diri dan nak semua ikut kemahuannnya termasuk Khalish. Jadi silap dia fikir Khalish faham keadaan dirinya. Masa Dr Imran, tagih cinta dia, dia agak sombong dan bagi saya berlagak. Memang Dr Imran bagi luka tapi dia datang tebus balik. Dia sanggup tak kahwin dengan siapa² sebab tugu Seira. Tapi bila Seira pilih Emir, Seira sendiri makan hati bila tengok Dr Imran bersama perempuan lain. Dari situ dia tahu pilihan dia buat salah dan dia terpaksa hadapi conflict. Seira ni banyak berangin. Klo Emir nampak gila talak, dia terus pergi serang/ jumpa Khalish, lepas bila Khalish bagi sedas dua das tembakkan kata², terkulat² 🤣. Buka level Seira untuk jumpa dan bercakap soal perempuan. Kadang² Seira lupa kelemahan diri. Akhirnya dia berjaya dapat Emir seorang² tapi tidak pada hati Emir dan dia minta maaf pada Khalish dan mereka jadi kawan. Panjang lebar saya menaip watak Seira ini. Rasa benci tapi kesian haha. 

Drama ini menceritakan sakitnya hati isteri bila dapat tahu kecurangan suaminya. Bertambah sakit bila kehilangan anak yang dikandungnya. Drama ini menunjukkan sisi kekuatan isteri menahan diri dari memalukam suaminya dia tempat awam. Menaikkan maruah wanita dan isteri dan menunjukkan sisi gelap kecurangan, mistress dan skandal. Poligami tak salah kalau diikuti dengan betul. Yang salah kalau belakangkan isteri. Bertambah salah klo suami orang menolong wanita yang bukan muhrim sampai terjadinya zina. Nauzubillah. Lepas Khalish bercerai, kita faham apa perjuangan yang Khalish buat sampai buka NGO, House of Khansa. Wanita bukan sebab nak jadi orang penting atau nak jadi iman ada lelaki. Tapi nak angkat maruah serta betulkan tangapan lelaki kursusnya lelaki untuk faham tugas seorang suami. Wanita ni walaupun tunjuk keras tetap ada kelembutan. Wanita yang baik tak akan rampas milik yang lain. Jangan salah kan jodoh atau takdir Allah. Sedangkan kita buat pilihan. Kecuali kalau wanita itu dipinang sendiri oleh isteri pertama dan kenal dengan isteri pertama. Bukan sembunyi dan menipu. 

Dari drama ini menunjukkan sisi gelap hidup kecurangan. Semuanya nampk prefect tapi tanpa sedar akhirnya diketahui dan masa situ, baru tahu dunia mungkin tidak indah lagi. Tiada isteri sanggup terima kecurangan suaminya terutama yang sudah berzina. Perempuan memang ramai tapi tak semua orang sanggup untuk bermadu walaupun mulut dan hati mahu tapi realitinya tidak. Akan makan hati jua seperti Seira walaupaun hakikatnya dia selalu cakap dia terima bermadu dan tidak mahu pun Khalish dan Emir bercerai. Kata²nya tak selari dengan perbuatan. Kalau dia reda, dia tak akn jadikan orang gaji rumah Khalish dan Emir tu spy dan bila masa Khalish sakit, tak ada dia merajuk bagai. Dia sendiri sudah tahu Emir adalah suami orang jadi apa dia harapkan dengan suami orang? Masa? Memang seronok buat zina sampai ketika itu rasa confident dia mahu berkahwin dan jaga, tapi bila dah kahwin, rasa itu hilang kan? Kadang² kesian dengan watak ke 2 dalam rumahtangga, sebab terpaksa tumpang kasih even suami tu dah jadi duda. Ada kes suami orang memang tak kisah pun bekas isteri tapi bila melibatkan anak lama² kelamaan tetap mencari juga, Isteri ke 2 atau skandal, kena terima je la. 

Lagi naik darah bila ayah tak sokong kita. Abi Khalish dia sokong poligami tapi tanpa tahu punca kenapa menantu dia berkahwin dan kenapa anaknya minta cerai. Nama jee ustaz tapi adoi sakit jiwa klo dengar dia bercakap. Bukan saya menolak poligami atau anti poligami tapi zaman sekarang lelaki over dan langsung tak ada kualiti terutama lelaki macam Emir acah² suami misali last² dia pun sama curang walaupun sebenar hnaya simpati. Walaupun perasan ini dari Allah tapi manusia ada akal kot. Ada lagi watak² dalam drama ini ynag boleh kita ambil pengajaran. 

Kalau tengok cerita drama Perempuan Itu bikin panas je walaupun last² lari topik asal cuma okay la. Drama ni mampu buat saya rasa menangis, marah betul² dan bangga sebagai seorang perempuan. Saya harap isteri² di luar sana sentiasa kuat dalam menghadapi ujian rumahtangga. 

Ulasan