Langkau ke kandungan utama

Novel Rahsia Paling Rahsia


TAJUK: Rahsia Paling Rahsia

PENULIS: Bahruddin Bekri

HARGA: RM29 (SM)  RM32 (SS)

SINOPSIS: Sultan Terakhir Empayar Melaka telah meninggalkan harta karun yang nilainya bilion. Selama ratusan tahun, harta itu telah dijaga oleh sebuah persatuan rahsia.

Sehinggalah suatu hari rahsia itu terkuak. Beberapa pihak mula mengatur langkah dan strategi bagi membongkarnya.

Ia bermula dengan pencarian lapan bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada harta karun itu.

Di sinilah Amin, seorang lelaki yang hidupnya mudah, hanya mahu kerja stabil dan cuba mendapatkan cinta gadis pemalu, terjebak dalam konspirasi dan pengkhianatan yang tidak pernah dia bayangkan.

Yang akhirnya juga membuka rahsia hidupnya yang tidak pernah dia sangkakan.


TEASER:

#1 - AMIR yanag wajahnya iras Kurt Donald Cobain (versi melayu), dengan rambut lurus belah tengah separas bahu yang sering menutup wajah apabila dilanggar angin lalu terpaksa diselit ke telinga, tahu dan yakin yang dia sudah jatuh hati kepada gadis itu. Jatuh cinta yang benar-benar jatuh cinta. Bukan yang main-main.

Memang setiap kali dia balik malam, dia akan memlalui jalan di tepi flat itu. Jalan yang Amir panggil "jalan pasar malam" kerana setiap isnin akan ditutup bagi memberi ruang kepada peniaga pasar malam.

Bagi malam-malam lain, jalan itu lenggang dan gadis yang wajahnya seperti Kim Jisoo versi bertudung (lebih innocent), akan ada di situu membantu ibunya menjual burger. Amir yang baru balik kerja akan singgah untk membeli burger ayam biasa. Sekiranya ada duit lebih, barula dia membeli burger ayam double special.

Sebenarnya, gadis itu baru tiga minggu di situ. Gerai burger itu pula baru dua bulan beroperasi. Pada mulanya, Amir singgah kerana nama gerai yang unil: Burger Mak Cik Gemuk. - m/s 1

#2 - 15 tahun dahulu
Amir baru berusia 10 tahun dan ayahnya kata dia mahu meninggalkan kampung untuk ke kota. Di kota sana, dia mendapat pekerjaan yang bagus. Apabila Amir bertanya, apa kerja ayahnya? Ayahnya menjawab, "Night Watchman."

Amir yang baru darjah empat ketika itu sangat kagun mendengar nama pekerjaan itu. Malah di sekolah, dia bangga bercerita kepada kawan-kawannya bahawa ayahnya adalah Night Watchman.

Amir sangka, "Night Watchman" itu adalah pekerjaan superhero. Paling tidak, mungkin ada kaitan dengan polis.

Apabila ayahnya pulang ke kampung pula, da akan membeli kotak mainan Ding Dang dan Tora. Amirlah yang paling gembira. Adakala, ayahnya akan membeli novel sejarah, buku puisi (yang ayahnya beli sebab murah), ataupun majalah kartun untuk Amir. Sesuatu yang langka untuk budak-budak di kampung.

Jika ada pakcik jual ais krim, ayahnya bukan sahaja membeli ais krim untuk Amir, tetapi juga untuk anak-ank jiran. Kadangkala pak cik jual ais krim itu beri ais krim lebih kepada Amir. Semua itu membuatkan Amir yakin ayahnya punya pekerjaan yang bergaji tinggi.  - m/s 11

#3 - Selepas kira-kira lima minit, pintu gelanggang kembali terbuka. Tujuh kereta masuk dan dari setiap kereta, keluar tujuh lelaki setegap Bunyamin.

Mereka bertujuh terus menghadap Bunyamin lalu bersalam dan kemudian mengikut Bunyamin ke rumah kayu.

"Assalamulaikum. Boleh anakanda berlapan naik?" kata Bunyamin.
"Waalaikumusslam. Silakan naik, anakanda."

Kelapan-lapannya membuka kasut dan terus menaiki tangga ke beranda. Mereka bersalam dan menciam tangan ketiga-tiga orang yang duduk di kerusi. selepaas itu, mereka berlapan duduk bersila di hadapaan yang bertiga.

"Tuan guru Yahya, Tuan Guru Aidil, Tuan Guru Imayah, kami panglima berlapan sudah masuk menhghadap. tetapi mengapa menghadap di Rumah Utama, tidak di ibu pejabat sahaja?" soal Bunyamin.

Guru Yahya tersenyum.

"Rumah Utama inilah ibu pejabat Gerak Aulawiyat untuk lebih 100 tahun sebelum berpindah ke Bangunan Gerak Utama Berhad. Kami cuma mahu kembali nostalgia itu. Lihatlah busana kami ini. Lagipun, suasana ibu pejabat terlalu moden. Tidak kena dengan busana begini."

"Oh begitu. Saya faham."

"Alhamdulillah. Tujuan kami guru bertiga meminta kami berlapan mnghadap adalah kerana kami mnerima pesan daripada Datuk Berlima untuk segerakan usaha mendapatkan kembali keris Abhitah dan Keris Jagaddhita yang hilang," kata Guru Yahya yang duduk di tengah-tengah. - m/s 47

#4 - "Ampun, Tuan Raja Malam! Saya sudah sahkan siasatan. Pelanggaran peraturan oleh sebahagian Penjaga Malam di Dewan Barat adalah benar. Hukuman juga sudah selesai."

"Bagus,Naga Hitam!" kata manusia disebalik tabir hitam. Suara yang berat dan dalamitu memberi rasa seram kepada yang mendengarnya.

"Ada satu perkara lagi, saya mohon pandangan Tuan Raja. Saya telah menemui Pisau Perjanjian Berdarah Tahap 5 antara Dewan Barat Penjaga Malam dengan Amir Mansuramir bin Masur. Selepas meneliti jejak cip digital, Amir sudah melaksanakan tugasnya, tetapi Penjaga Malam pula belum melunaskan tugasnya, tetapi Penjaga Malam pula belum melunaskan janji seperti dalam perjanjian itu! Masalahnya. Dewan Barat sudah hancur."

Naga Hitam membuka kotak hitam itu. Di dalamnya ada pisau yang digunakan oleh Amir untuk menoreh tangan dan surat perjanjian berdarah.

"Perjanjian Berdarah Tahap 5? 'Darah terikat, terlerai nyawa?"soalan lelaki di sebalik tabir.

"Ya, Tuan Raja!"

"Jadi, laksanakan perjanjian itu. Penjaga Malam tidak pernah mungkir janji!"

"Baik Tuan Raja!"

Naga Hitam pun undur dari menghadap dan sebalik keluar dari ruangan kelam itu, pembantunyasudah menunggu.

"Cari Beraksa sekarang juga!" arah Naga Hitam.

#5 - Tibra dan Adipati Seth masih lagi bertarung dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang mana antara mereka akan tewas. Tidak juga terlihat ada antara mereka yang sudah letih. Kedua-duanya masih nampak segar. Beraksa di tepi pula masih teragak-agak mahu bertindak. ketinggian ilmu Patra Braja mereka membuatkan pergerakkan terlalu pantaas dan tidak terihat ruang untukmembuat serangan curi.

"Mungkin sudah masanya untuk aku guna Driji Bajra. Kau pun tahu, Driji Bajra aku adalah yang paling kuat antara kita semua!" kata Adipati Seth lalu merapatkan jari telunjuk kiri dengan telunjuk kanan lalu menghasilkan perikan elektrik yang kuat.

"Aku pun ada!" kata Tibra sambil mengangkat jari.

"Mari!" kata Adipati Seth terus meluru.

Tibra kini lebih berhati-hati. Kekuatan jurus Driji Bajra Adipati Seth memang tidak main-main. Malah dikatakan Adipati Seth pernah menggunakan Driji Bajra menumbangkan seekor gajah jantan yang mengamuk. Jika terkena menusia, pasti maut.


REVIEW: Mula-mula baca rasa macam baca buku budak² tapi watak Amir mula berkembang dan berkembang sampai rasa Wah! tak jemu membaca sambil berfikir hebat juga Ayah Amir dan cara dia besarkan Amir. Sejarah + Fiksyen + Aksi + Teka Teki buat rasa macam buat puzzle yang besar. Tak pernah rasa teruja macamni bila membacanya. 

Amir suka Hawa, anak makcik jual burger. Tapi dia rasa banyak kekurangan diri. Sedangkan dia ni ada Degree tapi dia ikut jual² ubat traditional. Jadi kawan serumahnya, Jackson cadangkan dia ikut apa ayahnya telah tulis "Kau pewaris kekayaan." Dia fikir tu jenaka dari ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Jadi dia pun pergi jumpa jumpa Pak Yon seperti yang dinyatakan dalam kertas ayahnya tulis. 

Dah jumpa Pak Yon, dia jumpa Razak lepas itu jumpa John Kusack. Rupa-rupa kematian Ayahnya macam dirancang! Amir mula rasa mahu menuntut bela. Tengah-tengah dia mencari siapa bunuh ayahnya, Beraksa, Bunyamin dan Baltasar muncul. Mereka berebut untuk mengambil Amir. Kiranya Amir ni kunci untuk mereka dapatkan apa mereka cari iaitu Keris. Tapi hanya Beraksa yang tahu. Bunyamin macam tak rasa Amir ni kunci kepada masalah yang lain sehingga dia diberitahu baru la dia minta maaf pada Amir. Manakala Baltasar, merupakan orang Portugis dan pemburu harta karun. Dia memburu tanpa membuat risikan akhirnya mendapat kekalahan. Dia insaf.  Sebab itu mula² ingat Buyamin, Baltasar dan Beraksa tu satu team, tapi ternyata lain. Buyamin dan Beraksa itu dulu pernah sekali satu pasukan akhirnya Baraksa tu berpaling tadah selepas buat kesilapan dan dibuang. Beraksa ni memang jahat tak berhati perut dan rupa-rupanya anak kepada salah seorang Datuk Berlima. 

Dari situ terbongkar lagi terbongkar rahsia paling dalam. Memang sesuai dengan tajuk buku ni. Demi harta karun Sultan Melaka, ada pemberotakkan dalaman dalam kesatuan. Seperti dalam sejarah Melaka. Saya memang suka susun perjalanan itu malah teringat kembali kejatuhan kesultanan melayu. Apa pengkhianatan dalam kesatuan. Kesatuan dalam ni agak berkuasa. 

Nama kesatuan ini gempak seh! 
1) Night Watchman atau Penjaga Malam adalah orang yang diupah jadi pengintip, kerja cari maklumat, kerja cari orang dan macam-macam lagi selain bunuh orang. Night Watcahman ni ada Dewan Kawasan, Dewan Gelap Dan banyak lagi dewan lain. 
2) Gerak Aulawiyat ada syarikat bernama Gerak Utama Berhad. Gerak Aulawiyat ini telah ditubuhkan oleh lima panglima terakhir Sultan Mahmud Shah. 

Suka dengan Amir ni, sebab dia bijak walaupun dia ni kadang² downgraded kan diri sendiri. Di kelilingi dengan kawan² yang ambil berat seperti Faizal dan Taufik, perkara yang susah mereka sama² selesaikan dan membawa kepada penemuan berdarah. Dari mula lagi fikir Amir ada sesuatu tapi dia tak sedar. Apabila dia tahu, keturunan Amir ni memang gah. Rasa macam kadang² rahisa tu perlu di simpan supaya tak jadi malapetaka. 

Dengan watak antagonis, punya kesudahan masing² dan ada plot twist, buat saya rasa macam membaca teka teki dan susun semua dari mula. Satu² saya lengkapkan supaya tak terlepas langsung bab² saya baca. Seperti watak pemburu harta karun dari Portugis tapi macam lemah, buat keputusan terburu² tapi akhirnya insaf tapi ok ke kehidupan dia di Malaysia, macamne keluarga dan kekasihnya di sana? Tak terancam ke? Apa jadi Datuk Aruna pula? Dia tu perisik ke? Hujung novel bagitahu kisah disebalik semua kejadian ini terjadi iaitu Kuasa. 

Kesudahan yang buat saya terfikir ada lagi sambungan tu atau terputus sudah cerita ni? Entah tak ada jawapan sebab ceritanya macam penamat bagi permulaan cerita, malahan Amir bukan seperti dahulu lagi. Dia macam ada kuasa superhero hahaha. 

Tak sabar nak cari buku seperti ini lagi atau mungkin ada sambungan.... Saya tunggu 😉


RATING: 5⭐/5⭐

Ulasan