Langkau ke kandungan utama

Novel Ekspres Jupiter


Tajuk: EKSPRESS JUPITER

Penulis: RILEY FIZAN

Harga: RM29

Sinopsis: "Selamat datang ke Ekspres Jupiter."

Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup.

Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter.

Dia hanya mahu menjadi lebih kuat!

"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."

Teaser: 

#1 - "Okey, kapten!"

Terbata-bata Teja melihat lelaki redah yang dipanggil Aranzi tadi menonong ke arahnya. Sementara individu yang langsung terlindung wajahnya dan dibahasakan Aranzi sebagai kapten tadi kembali menumpukan perhatian mengemundi stereng.

Bertambah bingung dia apabila Aranzi mahu memegang lengannya. Pantas Teja menarik lengan kirinya itu sebelum berdesir kesakitan memeluk erat lengannya itu. Tertunduk-tunduk Aranzi mengamati lengan kiri Teja. Kemudian beralih pula menilik dahi Teja.

'Eh, kau cedera rupanya," getus lelaki itu.

Bulat mata Teja, was-was dia akan niat sebenar lelaki yaang tidak dikenalinya itu. Bergrak-geraak mulutnya.

"Kamu siapa? Aku di mana ni?" parau kedengaran suara Teja akhirnya menyoal.

Aranzi melepaskan keluhan.

"Kau dalam bas kapten ni."

Terpinga-pinga lagiteja.

"Bas?" - m/s 35
#2 - Teja melepaskan hela nafas yang dia tahan dari tadi. Dia memadam monolognya tadi. Berfikir-fikir, bolehkah dia meminta diri daripada pertemuan sarapan pagi ini tanpa perlu kelihatan biadap?

"Sudah isi, tapi belum rezeki kali." Teja menjawab soalan bapanya tadi.

"Kalau susah-susah, kau kahwin sajalah Teja. Bapa terima saja siapa asalkan kau kahwin."

"Jiran!" 

Teja kenal suara itu. Pantas dia berpaaling, melihat tuan punya suara melangkah ke dalam restoran. Wajah itu seperti biasa, memasang senyuman manis. Tetapi Teja yang bagai tidak keruan si situ. Tidak mahu menemui mata Jimmy.

"Si Jimmy-kah ni?"

"Ingat lagi pak cik dengan saya ya," lebar senyuman Jimmy bersalam dengan Encik Muzaffar.

"Ingat. Tentu ingat. Berjiran saja rumah kau dengan rumah mak si Teja."

"Ya, pak cik."

Jimmy melihat semua di meja itu membalas senyuman ramahnya kecuali Teja yang kelihatan tidak mahu berada di situ. - m/s 129

#3 - "Aku akan pulang ke Tawau." Beritahu Teja.

"Adakah kau sudah kuat untuk pulang semula ke sana?"

"Terima kasih untuk kapten dan Ekspres Jupiter, aku rasa bekalan kekuatan aku cukup untuk pulang ke sana."

Hilzan senyum.

"Aku percaya dan yakin, kau adalah Jupiter yang kuat."

Teja menelan liur dan angguk.

"Aku akan cuba." Jaminnya. - m/s 276

Review: Selesai juga membacanya kerana banyak kekangan masa untuk menhabiskan walaupun buku ni tak tebal sangat. Ceritanya yang permulaan rasa macam hambar mula semakin menarik dengan plot twis nya buat saya terfikir oh, saya mahu lagi walaupun dah penghabisan bab!

Kisah pengembaraan Teja dalam kehidupan yang keras ini. Dia seorang anak dari broken family, yang mana ayahnya kahwin lain dan membiarkan ibunya bergantung tak bertali membuatkan Teja rasa dia bersalah dan akhirnya membentuk keperibadian yang agak negatif. Teja bertambah tiada keyakinan diri selepas dia mendapat kecerderaan semasa dia di pilih sebagai atlet untuk sukan gimnastik. Jadi dia kembali mejalani training sukan tersebut walaupun usianya tidak boleh melayakkan diri dia bertanding dalam sukan tersebut.

Menariknya, Teja diselamatkan oleh Ekspres Jupiter ketika dia hampir mati. Mula-mula dia terkejut tapi lama-kelamaan dia dah biasakan diri dengan Ekspres Jupiter dan Kapten Hilzan. Dia mula melangkah untuk berjuang walaupun kadang-kadang dia rasa putus asa. Dikemuncak itu, Kapten Hilzan memberi  kepercayaan dia untuk memandu Ekspres Jupiter sewaktu polis datang menangkap Kapten Hilzan. Dari situ, dia mula sejuk dengan Jimmy, kawan sekampungnya yang dulu crush. Sekarang Jimmy pula yang duk terkejar si Teja ni 😆  siap pakej cemburu dengan Kapten Hilzan. Cemburu punya pasal dan masa sama sayang pada Teja hahaha. So sweet la Jimmy ni hahaha.

Mula-mula tak suka sangat dengan watak Jimmy ni sebab terfikir kenapa wujud watak ni, rupanya ni la sebab kedua yang Teja pilih untuk kuat menghadapi kehidupan? Adakah saya salah tafsir? Entah. Teja ni berbintang Jupiter sebab tu Ekspres Jupiter datang untuk memberi bantuan. 

Kisah fantasi ala-ala Harry Potter klo tengok bukunya. Mula-mula baca bab Ekspres Jupiter macam Harry Potter naik bus 2 tingkat dalam Buku #3 Harry Potter and The Prisoner of Azkaban. Arghhh rasa nak lagi baca buku macamni. Menarik sangat!!!

Rating: ⭐ 5/5


Ulasan