Langkau ke kandungan utama

Senaskhah Hidup


Tajuk: Senaskhah Hidup

Penulis: Azzah AR

Harga: RM29

Sinopsis: Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza.

Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata.

Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan.

Review: Alhamdulillah dapat baca dalam 1 hari walaupun ada part² saya terpaksa berhenti sebab tak boleh nak hadam huhu. So far ok la novel ni. Buat drama pun bagus juga cerita ni. Cerita real walaupun susunan tu agak celaru tapi cerita ni agak sarat dengan ilmu untuk published dan cara² editor mahupun kerja belakang tabir untuk sesebuah buku. Banyak kata Hikmat dalam novel ni ambil pedoma dan ingatan. Sejuk bila baca bila hati gudah gulana. 

Mula perkenalkan watak, Fidel, CEO Sarang Publishing House (SPH), Zara, novelist bertaraf superstar, Helmi, pak guard yang yang suka dengan buku, Muaz, Suchi, Ji Ah, Raden dan lain² di WTCKL. Masa tu ada 1 perempuan pregnant sedang kritikal akhirnya di sah mati. Baru saya tahu tu adik Helmi dan sebenarnya ibu ayahnya terkorban dalam pembunuhan kejam menyebabkan Helmi trauma apabila duk dalam rumah. Fidel hilang arah selepas dapat tahu isterinya meninggal dan anaknya hilang. Zara pula masa autograph, ada dikalangan peminat itu cakap Zara plagiarism karya dia dalam Blog. Semuanya terjadi dalam tahun yang sama.

Selepas 3 tahun, SPH masih beroperasi tapi di kecilkan disebabkan isu Zara itu. Zara pun sejak dari kes tersebut banyak terkurung dalam rumah dan jadi makin takut untuk keluar. Fidel dan Zara ni kawan seuniversiti bersama dengan Izman. Mereka berkerjasama dalam 1 syarikat iaitu SPH. Fidel ni selepas kejadian itu agak hilang arah, hubungan dia dengan ayahnya Tan Sri Fachnan memang tak baik langsung. Mula² agak pelik sangat hubungan itu sebab kenapa Fidel tak suka ayah kandung dia itu. Tapi tengok layanan ayahnya dengan ibunya buat saya terfikir sesuatu sebab itu saya teruskan lagi sebab watak Tan Sri ni sesuatu terutama di Madrasah. 

Novel ni cerita la macamne SPH bangkit balik dan brands yang baru untuk PBAKL yang akan datang. Memang faham dengan isu cipta baru faham sangat. So, kebetulan Zara bertemu dengan Helmi, ketika dia menjadi sukarelawan untuk rakan jalanan (Gelandangan). Helmi sebenarnya dah kenal Zara masa di Dobi sebab Helmi kerja disitu. Mereka pun berkawan baik. Fidel dalam di cuba bangkit untuk syarikatnya dia cuba mencari anaknya yang hilang. 

Klimaks cerita, Tan Sri mula² saya fikir ajaran sesat rupanya wow! Tak boleh brains tau sebab tu kena hadam sangat cerita ni bagi logik haha. Walaupun Ayahnya macam tu Fidel ni macma tak ada kekuatan just let go je Ayahnya buat apa walaupun dia tahu punca kematian keluarga dia disebabkan Ayahnya. Malahan Helmi sebenarnya abang ipar Fidel. Patut la berkaitan. Berkaitan lagi Zara ni ex gf Fidel. Tapi masalah isu plagiarism itu selesai juga. Sebab itu pentingnya isu cipta ni. Zaman sekarang ni memang menakutkan terutama klo terjadi isu macam ini. 

Semua ending yang bagus la. Sebab itu saya cakap macam dalam drama sih 😊

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan