Langkau ke kandungan utama

Novel Sayang Yang Tak Terungkap


Tajuk: SAYANG YANG TAK TERUNGKAP

Penulis: MUHARIKAH

Harga: RM32

Sinopsis: “Iman, please stay. You don’t have to do this to me!”

“I have to leave. Until you can explain everything to me.”

*** 

Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya.

Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi. 

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut.

Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semula Aleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara. 

“Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?”

Mampukah kepercayaan yang tersisa melenyapkan semua kecurigaan, lalu dia menemui kebahagiaan yang dicari?

Review: Novel macam dairi tapi bukan dairi. Kisah Iman seorang doktor tapi bekas lesbian. Dia suka sejenis disebabkan dia pernah di cabul oleh sepupunya. Dia mula bercinta/ kasih sayang (?) Dengan junior nya Iwani. Selepas berdua berpisah kerana mereka berdua rasa mereka buat itu salah dan akhirnya Iwani sudah berkahwin. Iman berjumpa dengan Aleph dan mempunyai rasa sama macam Iwani tapi mereka sedar diri dan sama² cuba berubah ( walaupun i rasa mereka macam mmmmmmmm..... OVER?). Iman berkahwin dengan Faris. Faris, sebelum berkahwin dengan Iman, seorang doktor MO (Medical Officer). Selalu bersama dengan Iman sebab Iman ketua dia. Faris merupakan Gay. Dia pernah berkahwin tapi bercerai selepas 6 bulan. Setahun dua tahun lepas,baru dia berani untuk berkahwin dengan Iman. I syak mereka berkahwin tanpa tahu kisah silam masing² sampaikan malam pertama or honeymoon mereka tak menjadi, membuatkan Iman syak. Dia doktor kot tak akam tak tahu. Dan Faris ni macam nak lari hakikat yang sebenarnya dia tak boleh nak lari dari takdir yang dia buat
 Tak boleh nak salahkan pasangan dia sebelum ni... Sebab dah tahu kan risiko penyakit macam ni. Benci banyak mana pun keadaan tak akan berubah. Sebab tu Allah laknat Kaum Nabi Lut. Kenapa manusia lupa sejarah? 

Faris dan Iman masing² sedar diri dan terima kekurangan masing². Dah jodoh, Allah tahu yang terbaik untuk kita sebagai manusia. 

"Jodoh yang baik untuk orang yang baik."

I tak tahu apa i fikir dalam ni melainkan novel ni for LGBTQ. Mereka boleh kembali kepada fitrah manusia. Allah dah takdirkan kita hidup berpasangan bukan sejenis. Walaupun pahit kehidupan kita tapi ada manisnya. Selalu bersangka baik dan reda dengan kehidupan. 

I rasa tak boleh hadam bila parents masih push anak² mereka berkahwin. I tak tahu fikiran tu sepatutnya or tu sebab culture, tapi kita ada hak. Kalau kahwin sebab kehendak orang semata² memang terseksa. Realiti nya masih macam tu ke? Im glad because my family even big family tak la push me to kahwin walaupun I dah masuk 30an. Baca novel ni buat i terasa? Tak.. rasa macam menonong dalam hati tanpa rasa atau fikir. 

Novel ni best kalau diteliti balik tapi aspek² yang macam di atas buat agak sempoi.. kahwin for family suruh? Buat for family suruh? Hubungan family out... Kawan²... Hmmm.. entah.. terlalu berat for LGBTQ community but i rasa memang mereka patut dibantu. Hanya yang kuat yang boleh lepaskan kisah silam itu. Mereka masih ada harapan untuk kembali pada fitrah kejadian asal mereka. 

So apa jadi few watak itu? Apa jadi Aleph? Masih berkawan teman mesra or kawan girl normal dengan Iman? Last i baca aaleph ada someone guy close but tak tahu cerita lanjut.. how about Jamil, ex suami adik Zarith, Iwani after berkahwin, sepupu Iman yang pernah cabul dan banyak lagi. Novel ni just fokus Iman dan Faris jadi watak² tu jadi sekadar bacaan kosong tanpa kaitan. 

Oh yea.. Faris tahu tak Iman pun sama seperti nya? 

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan